October 13, 2008

2 bakal calon pernah melanggar peraturan PRK yang lalu – bekas calon

PRK yang lalu merupakan antara PRK yang paling tidak demokratik walaupun memberi peluang kepada mahasiswa untuk bertanding. Dalam pada itu, seorang bekas calon PRK lalu yang mahu identitinya dirahsiakan membuat dakwaan bahawa terdapat dua bakal calon yang ingin bertanding pada PRK kali ini merupakan antara mereka yang melanggar kesalahan PRK lalu tetapi tidak diambil tindakan oleh Sakretariat PRK. Beliau yang membuat dakwaan ini kepada upsikini.blogspot.com tengah hari tadi mengatakan bahawa beliau mendapat tahu 2 orang ini akan bertanding setelah melihat senarai nama peserta yang menyertai kursus kepimpinan di dalam portal UPSI. Apabila ditanya apakah bentuk kesalahan yang dilakukan semasa PRK lepas, beliau menjawab bahawa mereka adalah antara jentera kumpulan Aspirasi yang mengedarkan flyers yang tercatat nama-nama calon Aspirasi semasa hari pengundian dan ini bertentangan dengan peraturan Pilihan Raya yang melarang mana-mana pihak berkempen dalam apa jua bentuk selepas tamat waktu berkempen.
“Saya lihat dan kenal mereka. Semasa kejadian saya berada di situ dan menengking mereka,”ujar beliau. Tambahnya lagi ”Saya tidak terkejut mereka bertanding pada PRK kali ini kerana mereka memang terkenal sebagai pengikut paling setia MPP lepas tetapi saya akan mendedahkan perkara ini sekiranya mereka bertanding nanti.”Walau bagaimanapun beliau enggan memberitahu siapa 2 bakal calon tersebut dan mengatakan akan mendedahkannya selepas mereka benar-benar bertanding nanti. Beliau juga menjelaskan tindakannya itu bukan untuk membalas dendam tetapi tidak mahu mahasiswa salah memilih pemimpin.

No comments: