October 17, 2008

Kempen tertumpu di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)

Pengucapan awam yang disampaikan oleh beberapa calon pada malam tadi tidak seperti yang dijangkakan. Hujan yang turun sejak jam 8.00 malam memaksa acara kempen bermula agak lewat di sini. Kempen malam tadi dilihat tertumpu di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) apabila inisiatif untuk membuka gelanggang pengucapan awam dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Mahasiwa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid. Kempen yang bermula pada jam 10.00 malam itu menampilkan beberapa calon dan wakil calon yang membentangkan manifesto masing-masing. Rata-rata mahasiswa yang hadir menyertai rapat umum tersebut berpendapat kebanyakan calon masih belum dapat menyampaikan manifesto mereka dengan begitu jelas. Sekumpulan pelajar yang ditemui mengatakan bahawa mereka masih belum dapat menangkap apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan beberapa calon yang berpidato.
”Kami tak dapat lagi menangkap perkara pokok yang ingin diperjuangkan oleh calon-calon ini”kata mereka.
Seorang lagi mahasiswa yang memperkenalkan dirinya sebagai Jefri berkata, semua calon yang bertanding adalah muka-muka baru dan kemungkinan mereka masih dalam proses belajar untuk berhujah. Secara keseluruhannya, kempen malam ini belum mencapai apa yang diharapkan oleh pengundi-pengundi disini dan dijangka akan lebih panas apabila semua calon mengambil bahagian esok.
Kempen ini yang berakhir pada jam 11.50 malam turut dipantau oleh beberapa Sakretariat PRK.

1 comment:

Anonymous said...

Pendapat Gua lakan..

Calon MPP UPSI ni semuanya tak kenal...ntah siap2 ntah..majoriti budak muda sem3...baru join smu sekali, baru masuk nasyid wakil kolej, baru buat satu program baktisiswa, baru berjinak dalam dunia kepimpinan dah nak JOIN MPP..tapi dorangpun dah join kursus, mungkin ok dah kot...

masa bg pidato tadi, jujur gua katakan, langsung x nampak karisma..gua x UPM, gua boleh bezakan UPM dengan UPSI nya calon2 nih...

p/s : gua nak masuk dah tua...tinggal satu sem sahaja..