October 13, 2008

Ramai warga kampus masih belum tahu tarikh perjalanan PRK

Kerancakan persediaan menjelang PRK di sini tidak seperti yang berlaku di beberapa IPT lain. Sumber upsikini.blogspot.com melaporkan masih ramai warga kampus yang belum mengetahui tarikh perjalanan PRK. Meskipun hebahan telah dibuat melalui media cetak dan elektronik, namun masih ramai mahasiswa yang tidak menyedari akan kehadiran PRK kali ini. Perkembangan ini boleh mengurangkan peratusan pengundi yang keluar mengundi sekiranya keadaan ini berterusan. Semua maklumat berkenaan perjalanan tarikh PRK boleh dibuat di www.upsi.edu.my atau merujuk di papan-papan kenyataan utama sekitar kampus dan kolej kediaman.

No comments: