Dalam kehangatan perjalanan PRK UPSI yang bermula kempen hari ini, mahasiswa UPSI berharap pihak sakretariat dapat mengendalikannya dengan penuh integrity dan telus. Upsikini menerima beberapa e-mel daripada beberapa mahasiswa UPSI termasuk pemimpin beberapa persatuan UPSI, memberi pandangan dan harapan dengan sistem yang digunapakai pada PRK kali ini. Rata-rata mahasiswa UPSI merasakan sistem ini pasti mengundang keraguan walaupun pihak Sakretariat berulangkali mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sebarang manipulasi yang dilakukan ke atas sistem ini. Salah seorang pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Omar mengatakan, sistem e-voting memang baik dari segi masa dan tenaga yang diperlukan untuk mengendalikannya berbanding secara manual, tetapi bagaimana kita hendak percaya 100% sedangkan sistem itu dicipta oleh manusia yang sudah pasti tahu selok-belok untuk memanipulasinya. Beliau juga turut menytakan bahawa sekiranya sistem itu paling demokratik dan telus, mengapa Pilihan Raya Umum di negara kita sendiri tidak menggunakannya.
PRK UPSI sudah 4 kali menggunakan sistem ini sejak 2004.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya pun sokong. Sistem ini memang boleh diragui. Tetapi bagi calon yang layak, orang akan mengundi anda.
p/s : sejak 2004, ini yang ke-5 dijalankan sistem e-voting. Maknanya sudah 4 kali, ini baru masuk yang ke-5. Harap diperbetulkan
saya juga setuju...jika cara ini berkesan, kenapa tidaj digunapakai oleh kerajaan Malaysia sendiri? adakah PRK UPSI ini mencapai standart ANTARABANGSA sehinggakan layak menggunakan e-vote? saya tidak menyangkal bahawa ramai yang masih ragu2 kerana teknologi itu sendiri boleh digubal dan ditukar inikan pula dalam melaksanakan undian...???renungkan....
Post a Comment