October 23, 2008

Mahasiswa mahu MPP turun padang

Keputusan rasmi PRK yang diumumkan petang tadi selepas tamat waktu bantahan mengesahkan calon-calon yang menang semalam dinobatkan sebagai barisan kepimpinan MPP yang baru. Rata-rata mahasiswa yang ditemui berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan dan ini menunjukkan proses demokrasi masih wujud di UPSI. Dalam satu tinjauan yang dibuat bersama mahasiswa, mereka dikatakan menginginkan kepimpinan yang komited dan mahu turun padang bersama mahasiswa di bawah. Seorang pelajar semester 5, yang mahu dikenali sebagai Amir, dipetik sebagai berkata, mahasiswa tidak terlalu memandang apa bentuk program yang mereka buat dan ke mana mereka telah pergi sepanjang memegang jawatan MPP tapi kami mahu MPP sedia turun padang dan tinjau masalah yang kami hadapi secara terus. Seorang lagi mahasiswa memberi pendapat bahawa MPP harus ke depan dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan maklumkan kepada kami segala perkembangan yang berlaku dalam sesuatu masalah dan ini akan mendekatkan lagi mahasiswa di bawah dengan MPP.
Beberapa pengirim e-mel kepada Upsikini juga meminta agar kepimpinan baru MPP membuang rasa bangga dengan jawatan dan sentiasa mendengar dan bertindak dengan aduan daripada mahasiswa. Sementara itu, ada pendapat mengatakan MPP yang baru ini harus terus berjumpa mahasiswa dengan mengadakan satu program interaksi bersama mahasiswa di kolej-kolej kediaman dan di situ mahasiswa boleh mendengar harapan barisan MPP baru dan harapan mahasiswa kepada mereka. Pengirim itu juga dipetik sebagai berkata, kami mahu melihat mereka berucap selepas mendapat kemenangan kerana ucapan mereka semasa berkempen pasti berbeza dengan ucapan selepas mencapai kemenangan dan dari situ kita akan mula mengenali mereka secara lebih dekat. Upsikini juga menerima banyak pendapat yang mahu satu program bersama MPP baru ini diadakan bagi mendengar pidato mereka mengenai hala tuju yang ingin dibawa selain mendengar keluhan mahasiswa yang ingin disampaikan kepada barisan MPP baru.

3 comments:

Anonymous said...

turun pdg ler...nanti owg ckp x buat keje..hubgn dgn persatuan kena jaga gak...


apels..

shah said...

betul 2...sebagi pemimpin yang telah dipilih oleh pelajar, pelajar semistinya telah memberi harapan yang besar kepada anda..justeru itu, berbaktilah pada mahasisiwa. pangkat, kuasa tidak berkekalan

Anonymous said...

saya rasa sbg MPP baru, saya ingin memberi sedikit idea.Saya bukanlah hebat dan bukanpun MPP, namun sekadar mahu berkongsi idea.Bolehkan...

Pertama hubungan MPP dengan semua student haruslah nampak berkarisma dan unggul. tidaklah terlalu santai(ayat BERLAPIK untuk mpp yang lepas)dengan mahasiswa.

Kedua, hubungan dengan persatuan-persatuan dan kelab haruslah diperbaiki dengan hemahnya. adakan program dan satu diskusi.saya percaya majunya mpp jika dibawahnya adalah naungan2 persatuan yang mencecah lebih 60 persatuan..barulah setiap program,aktiviti sampai dan melibatkan semuanya.

ketiga, kalau ada sebarang acara pastikan MPP tidak sibuk dengan protokol, menjaga vip, sambutan atau kata mudahnya sibuk dengan semua urusan.MPP kan mmpunyai rexco, biar sekiranya silap, namun yang silap dilakukan itulah menjadi tonggak kejayaan seseorang kelak.

Keempat, MPP sesama MPP haruslah mempunyai Ukhwah dan saling berkerjasama antara satu sama lain. Jgn berpuak-puak sehinggakan tidak mahu masuk kebilik MPP.

Kelima, Program didalam kampus dan membabitkan kebajikan mahasiswa harus dipergiatkan. Juga program kemasyarakatan seperti bekerjsama dengan mana-mana kelab yang cenderung dengan aktiviti kebajikan. Jika ada ketidak puas hatian mahasisiwa tolong sampaikan secara telus,jangan biarkan UPSI portal sebagai medan pelajar untuk menyampaikan macam2 hal yang sudah tentu tidak pasti ada penyelesaiannya.

Keenam, jgn ulang dan bangkitkan isu POSTING. pertamanya urusan posting semuanya adalah urusan pentadbir universiti dan yang sudah tentu ALLAH punya kuasa.JAdi isu lapuk sebegini jgn diangung2kan. "Undilah saya, jika undi saya jamin posting selesai" (teringat semasa PRK tahun lepas). MasyaAllah bukankah tuhan yang punyai kuasa bukan beliau.

Ketujuh, dalam sesetengah hal, sifat universal harus diterapkan. Jgn terlalu sempit sehingga yang dirasakan rasional ditolak ketepi. Hiburan itu perlu namun jgn sampai menyekat. Yang penting kandungan hiburan haruslah relevan dan menurut lunas2 ketimuran.

Kelapan, popularkan dan sering publishkan sebarang program didada-dada akhbar. Hubungi PRO bagi setiap program yang dilakukan.Hubungi akhbar.

Akhirnya, nasihat saya kepada semua MPP. Teruskanlah memajukan universiti. Saya yang sering mewakili universiti dalam beberapa siri program dan pertandingan, kadang-kadang rasa kecil sgt dengan UPSI. Buatlah sesuatu demi IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN ini agar dikenali seluruh IPT.