August 17, 2009

UPSIkini disekat, ramai hantar e-mel tanya sebab

Tanjong Malim, 17 Ogos – Sekatan yang dibuat terhadap UPSIkini sejak beberapa hari lalu membuatkan ramai pengikut UPSIkini bertanya mengapa mereka tidak dapat mengakses blog UPSIkini melalui kiriman e-mel yang diterima.

Beberapa minggu lalu, Ketua Editor UPSIkini, Mr Teller dimaklumkan tentang sekatan ini yang menyebabkan semua pengguna perkhidmatan WiFi UPSI di kampus utama tidak dapat mengakses UPSIkini melalui URLnya http://www.upsikini.blogspot.com. Berikutan itu beberapa tindakan penyiasatan dibuat oleh beberapa editor UPSIkini dan didapati perkara ini benar-benar berlaku.

Rentetan daripada sekatan awal yang dibuat, UPSIkini sekali lagi disekat apabila semua pengguna UPSI Jaring yang kebanyakan penggunanya tinggal di kolej-kolej kediaman tidak dapat mengakses blog informasi tersebut beberapa hari yang lalu.

Mengulas tentang perkembangan tersebut, Ketua Editor UPSIkini yang mahu dikenali sebagai Mr Teller mendakwa, sekatan yang dikenakan berkemungkinan berpunca daripada beberapa pendedahan eksklusif yang dibuat UPSIkini seperti Isu AUDI dan beberapa maklumat yang dikatakan mempunyai nilai tinggi.

Selain itu katanya, pihak yang membuat sekatan ini juga bimbang dengan peningkatan jumlah pembaca yang dicatatkan UPSIkini.

“Saya kira sekatan ini bertujuan bagi mengurangkan bilangan pengguna yang dapat mengakses UPSIkini selain daripada faktor bimbang dengan beberapa pendedahan eksklusif yang didedahkan UPSIkini”jelasnya.

Dalam pada itu, Mr Teller turut menyangkal dakwaan mengatakan UPSIkini hanya membawa berita sebelah pihak terutamanya yang berkaitan politik di kalangan mahasiswa UPSI.

“Dakwaan ini saya kira dah beberapa kali dijawab dan saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa pihak yang banyak menghantar maklumat, membuat kenyataan kepada kita dan sering menghubungi kita kebetulannya daripada pihak Pro Kebajikan dan kami di UPSIkini menunggu juga maklumat daripada pihak yang satu lagi namun tidak ada yang disampaikan, jadi apa yang boleh kami buat?”,jelasnya selepas satu mesyuarat bersama sidang editor UPSIkini bagi membincangkan penstrukturan semula UPSIkini. Setakat ini UPSIkini hanya menggunakan medium e-mel dan ‘yahoo messenger’ dalam saluran maklumat yang disampaikan.

Ditanya mengapa UPSIkini begitu komited dalam menyampaikan maklumat sedangkan tidak ada sebarang ganjaran yang diperolehi, beliau menjawab segala kerja yang dibuat merupakan tanggungjawab sosial kepada mahasiswa UPSI selain mempraktikkan bakat kewartawanan yang ada di kalangan mahasiswa di sini.

“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang kami pikul bersama dalam menyampaikan maklumat kepada mahasiswa dan ini terbukti apabila semua warga kerja UPSIkini bekerja mendapatkan maklumat dalam kes H1N1 baru-baru ini dengan mengemaskini setiap maklumat yang diterima”,jelasnya.

Sementara itu, beliau yang ditanya tentang masa depan UPSIkini selepas ini hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus menandakan ada sesuatu khabar menarik yang bakal diumumkan.

UPSIkini mula beroperasi sebagai blog informasi yang melaporkan perkembangan semasa di UPSI sejak September tahun lalu dan mempunyai lebih 100 pengikut setakat ini.

9 comments:

sayangupsi said...

biarpun disekat, jgn patah semangat. truskan penulisan blog ni.bnyk info benar dan membuka minda mahasiswa bakal pendidik yg blh didapati di dlm blog ini..

jgn henti.truskan memberi info2 terkini kpd mahasiswa.TAHNIAH krn berjaya memikat hati ramai mahasiswa dalam dn luar UPSI=)

Anonymous said...

aku sbg pengikut setia blog ni, tindakan sekat menyekat ni TIDAK PATUT di lakukan, kalau pihak "berkenaan" takut kelemahan-kelemahan mereka didedah, so buat la kejer dgn btol....
cam mana lg mahasiswa bitara yg upsi inginkan ni nak dptkan maklumat????
nak harapkan pengumuman kat "MYUPSI PORTAL"? hampeh......

Percaya atau tak melalui blog ni,segala maklumat ttg UPSI yang kita sayangkan ni dpt dikongsi bersama...so tak keterlaluan kalu aku ingin ucapankan "SYABAS" pada editor dan krew2 UPSIKINI nie...
ko buat ni dgn ikhlas, so ramai yg menghargainya....

bg aku yg duk luar kolej, tak ada masalah nak view blog ni..tp tak tau lah pulak, esok2 lusa tak boleh..mana la tau kan,hehehehehe
tak pasal2 jd cam "MalaysiaToday".."MR TELLER" lak jd cam Raja Petra..hehehe

apa pan skali sybas buat UPSIKini..smoga lepas ni, teruskan dpt maklumat yg bermutu untuk semua...UPSI KITA TANGGUNGJAWAB...
UPSI D'HATI...

yg benar...
"anak kandung suluh budiman"

kamal said...

teruskan usaha..

sape yg nk berita, bg alamat email kt admin. nti admin send berita2 baru..

ni cadangan jela..

Anonymous said...

upsikini hanyalah trumpet parti politik luar. bekerja hanya untuk mendapatkan nama, buat banner pun letak mpp kebajikan. sedangkan dalam penubuhan mpp tiada pun MPP kebajikan atau bukan kebajikan yang ada hanyalah jawatan exco dan MT sahaja, nama MPP kebajikan pun sudah menunjukkan perpecahan dalam MPP. apa semua ni bertanding nak jaga kebajikan kami ke atau hanya nak highlightkan nama kebajikan tu..sudahla MPP kebajikan kami pelajar UPSi da muak dengan propaganda anda semua..jika jd mpp hanya nak memecahbelahkan pelajar upsi baik jangan jadi MPP. buatla kerja dengan ikhlas, jangan hanya nak naikkan nama kebajikan kami da bosan dan muak dengan kata-kata manis kebajikan yang hanya menjaga kroninya sahaja

tiganaga said...

KAHKAHKAH. depa dah takut!!!

Memang sifat kuku besi tu dah sampai kat universiti. DIKTATOR!

Namanya pun tempat melahirkan pendidik. ahli akademik. sekat sebaran maklumat = sekat pemikiran MAHAsiswa!!!

Tindakan ni tandanya kita dah maju selangkah. Jangan berundur sahabat2 REVOLUSI!!! Ayuh mara lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAHAsiswa pencetus REVOLUSI!!!!!

Anonymous said...

MMG LA BAGUS,,, TP SEDAR ATAU TAK,,, BNYK BENDA NEGATIF KELUAR,,, KALAU KAMU PERGI KE U LAIN,,, MEREKA TANYA KAMU DARI U MANA,, SEDANGKAN MEREKA MENGIKUTI UPSIKINI,, BUKANKAH KAMU TELAH DI COP.. IBARAT MELUDAH KELANGIT.KENA MUKA SENDIRI... SAMALAH JUGA SEKIRANYA MPP PRO KEBAJIKAN YANG MEMPUNYAI MEJORITI DALAM KAMPUS ATAU YANG CONTROL UPSI, AKAN ADA JUGA MASALAH..DAN ANDAI KATA PRO KEBAJIKAN YANG MEMERINTAH UPSI... BUKAN KAH MPP LAIN AKAN BUAT PERKARA YANG SAMA... MENGKRITIK APE YANG PRO KEBAJIKAN LAKUKAN.. SEDAR ATAU TAK,,, PEKARA NI X KAN ABIS,,, BUKANNYA NAK MENINGKATKAN PENCAPAIAN TETAPI NAK MERENDAH RENDAHKAN,,,

Anonymous said...

betul2... klu bukak upsikini kr rumah, boleh plk..heeee

Anonymous said...

teruskan usaha dan perjuangan UPSIKINI..
blog ini adalah wadah yg boleh dikatakan utama kpd warga UPSI..

tiganaga said...

Sahabat, sedarlah kamu.

Kebenaran itu sesuatu yang pahit.

Kita simpan kebenaran. biar dia jadi kerak. mcm taik gigi. lama2 gigi belubang. ha! mcm tu la.

Apa yang baik tunjuk. yang kurang baik simpan. tapi simpan tanpa ada kesudahan.

Cheh!

Ingat.... MAHAsiswa!!! ;)

*senyum*