August 18, 2009

H1N1 : 9 pelajar dilaporkan sembuh

Tanjong Malim, 18 Ogos - Seramai 9 pelajar yang dikuarantin kerana disyaki terkena jangkitan H1N1 minggu lalu disahkan sembuh dan dibenarkan menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Laporan tersebut dikeluarkan hari ini selepas mendapati semua pelajar terbabit bebas dari semua simptom jangkitan.

Sehingga kini, pelajar yang masih lagi dikuarantin adalah 6 orang masing-masing 2 di Kolej Ungku Omar (KUO) dan 4 di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Dalam perkembangan berkaitan, pengusaha kafe di KHAR mendakwa jualan makanan di kafenya menurun pada minggu ini.

Katanya, jualan yang dicatatkan tidak seperti minggu-minggu biasa dan menganggap keadaan tersebut mempunyai kaitan dengan wabak H1N1 yang dikatakan menular di KHAR.

Beliau juga katanya bimbang sekiranya UPSI mengisytiharkan cuti buat kali kedua selepas diarah tutup sebelum ini.

3 comments:

Anonymous said...

takot hasil jualan mnurun ke....apa jenis manusia la pentingkn keuntungan dr nyawa pelajar....

Rajabudak said...

Salam Admin UPSI Kini, Tahniah atas ketelusan anda dalam membuat membongkar isu2 yang tersirat berkaitan mahasiswa di Kampus UPSI.

Saya ingin menyarankan agar pihak admin ( Mr Teller ) menukar email yahoo ( upsidaily@yahoo.com )kepada email Gmail ( email google )untuk mengelakkan email saudara di Hack oleh pakar2 dalam bidang ni.

Sebenarnya sy dah cuba Hack email blog upsi kini, dan sememangnya berkesan.. saya ade sedikit maklumat dalam email upsi kini dan sy janji akan hapuskan maklumat tersebut.. selain itu juga saya menyarankan agar UPSI kini mengunakan domian berbayar seperti http://mahasiswakini.com/ . Domian berbayar lebih selamat dari domian percuma blogspot.. Untuk pengetahuan admin domian percuma senang untuk di Hack oleh Hacker yang pro dalam bidang ni..

Saya sarankan agar Mr Teller mempertimbangkan nasihat saya, agar keselamatan Mr Teller terjamin dari Peraturan-peraturan @ Akta Universiti (AUKU)

Sekian terima kasih

Jangan risau Sebab saya pom seorang mahasiswa

Teruskan berjuang!!


Rajabudak USM PP

sayangupsi said...

btul3