August 4, 2009

MPP Pro Kebajikan : Jangan batal program

Tanjong Malim, 4 Julai – Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan UPSI hari ini menggesa semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana program-program yang terpaksa ditangguhkan akibat kes H1N1 di UPSI supaya tidak membatalkan program yang telah dirancang sebaliknya terus melaksanakan program-program tersebut selepas cuti.

Saranan itu dikeluarkan MPP Pro Kebajikan apabila mendapati beberapa program yang dirancang berlangsung pada minggu ini tidak dapat dijalankan selepas UPSI diarahkan tutup akibat penularan wabak H1N1.

Antara program yang dijadual akan diadakan pada minggu ini adalah Lawatan Profesor Adjung, Prof. Dr. Rod Ellis, program-program kuliah di bawah anjuran Pusat Islam UPSI, Pameran Keusahawanan FPE, Bicara Wanita, Diskusi Filem Laskar Pelangi, Elsplorasi Buku : Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem, Bengkel menghadapi temuduga dan penulisan resume siri 3, Konvensyen dan Ekspo Astronomi dan beberapa program lain lagi.

Exco Akademik dan Kerjaya, saudari Nur Aqilah Hanis yang mengulas tentang saranan ini mengatakan, semua program yang telah dirancang tidak perlu dibatalkan sebaliknya menganjakkan tarikh program tersebut pada tarikh yang sesuai selepas UPSI dibuka semula nanti.

“Semua program yang telah dirancang sebaiknya jangan terus dibatalkan, ubah tarikh dan teruskan pelaksanaanya kerana saya percaya persediaan oleh AJK Pelaksana program sudah sepenuhnya siap dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan, jadi agak rugi kalau terus dibatalkan” jelasnya.

Minggu lalu UPSI diarahkan tutup serta-merta selepas beberapa kes jangkitan H1N1 yang melibatkan beberapa orang pelajar disahkan positif dan akan dibuka semula pada 5Ogos ini manakala pelajar pula hanya akan memulakan pengajian mereka semula pada 10 Ogos 2009.

6 comments:

Anonymous said...

tak perlu nak batal2. paper work program sudah lulus, gerak kerja sudah berjalan. tarikh je perlu dianjak dan disesuaikan dengan pelbagai program lain.

kalau batal, nanti dikata pula duit program dilesapkan.

azlanlin said...

Hairan :

Kenapa UPSI harus ditutup? Apa akan berlaku jika masih ada pengidap H1N1 selepas UPSI dibuka semula? Adakah UPSI akan ditutup semula? Hairan..hairan..

Kenapa? :

Yang disyaki positif,MESTI dikuarentinkan. Pelajar lain harus meneruskan pengajian.. sedangkan yang positif hanya sebilangan kecil... 'kurung' jer... yang lain perlu meneruskan tugas memasing..

Mungkin :

Adakah sekadar meniru institusi lain yang terpaksa ditutup? atau sekadar mengambil ruang dan peluang untuk bercuti?

Biarkan..biarkan..SiLuncai terjun dengan labu-labunya..

Anonymous said...

saya kesian kat jmkz..dorg nk buat open day tp dh saat2 akhr kena batal...sbb cuti h1n1..kwn2 sy ckp khemah dh naik dh hr tu..sem ni singkat,...bulan pose....bila la dorg nk wat pulak???alamtnye sem dpn arr....klau jmk lain kat tmpt dorg mcmn la erk??sy xsokong mn2 jmk tp cian kat jmk kolej zaba ni...lau saya la mesti dh xnak buat dh....huhu

Anonymous said...

KESIAN2 JMKZ....AGAKNYA APE YG DORG RUGI??

Anonymous said...

buat je ar...xyah nak batal2...open day kz??xpenah pula dgr sblom ni kz wat open day..bguz2...maju setapak jmk kz...tp nsb xsebelahi sbb cuti h1n1 kan2?..huhu

silent killer said...

hidup JMKZ..jangan putus asa...