August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

Tanjong Malim, 13 Ogos – Penyanyi utama Kumpulan Nasyid terkenal tanah air, Ustaz Asri Ibrahim telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham yang bergerak di arena nasyid bersama Rabbani dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pantai.

Baru-baru ini, Allahyarham bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS) telah bekerjasama dalam satu konsert yang diadakan di Stadium Melawati.

Allahyaraham juga dikenali di kalangan warga UPSI dan merupakan kumpulan nasyid yang sering dijemput untuk membuat persembahan di UPSI.

Seluruh warga kerja UPSIkini dan mahasiswa UPSI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

4 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Satu kehilangan besar dalam industri nasyid tanahair..

Semoga Allah mencucuri rahmat atas jenazah ust.

hhidayatul munauwirah said...

Takziah....

Innalillahi wainna ilaihiraji'un..

lepas ni mesti akan rindukan suara-suara zikir beliau, selalu tgk kat channel oasis astro. hebat...

Al-fatihah untuk Ust asri.

Big fan of Ustaz Asri said...

Sama2 kita doakan agar rohnya bersemadi tenang. Semoga dia terlepas daripada azab kubur dan mahsyar serta ditempatkan bersama roh orang2 beriman y lain. Amin.

Satu kehilangan y besar buat industri dakwah, huu~
Al-fatihah buat beliau.

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Pergi tak kembali.. lagu rabbani ni menggamit memori ana.. betapa pemergian arwah ustaz asri cukup memberi kesan buat ana.

benarlah, ajal di tangan Tuhan..tiada siapa dapat mengagak, tiada siapa dapat menjangka. pemergian arwah tidak bertemu ramadhan kali ini.

bagaimana dgn kita??

sempat lagikah kita untuk menikmati mulianya ramadhan..?

bersediakah kita menghadapi situasi bernama kematian?

ya allah... hambaMu ini mendamba redhaMu..


Sekadar ingin mengajak sahabat2 semua, sama2 bermuhasabah, mengoreksi diri kita..sejauh mana persediaan kita pada saat ini..

ketahuilah, hidup dan mati kita hanyalah untuk beribadah kepada Allah, sujud dan tunduk padaNya..

Al-Fatihah..