August 11, 2009

Bantah konsert : Pro Kebajikan peroleh kemenangan moral

Tanjong Malim, 11 Ogos – Siri bantahan pimpinan Pro Kebajikan bersama penyokongnya yang berusaha untuk melihat persembahan Jaclyn Victor malam semalam dibatalkan disifatkan di kalangan pemerhati sebagai kemenangan moral bagi mereka meskipun gagal merealisasikannya.

Pandangan itu dikeluarkan oleh pemerhati politik UPSI yang sebelum ini pernah menjadi komentator di beberapa artikel UPSIkini, saudara Ihsan.

Beliau yang menghubungi UPSIkini melalui e-mel mengatakan Pro Kebajikan telah memperoleh kemenangan moral dalam isu ini yang memperlihatkan bagaimana mereka berjaya mencetuskan suasana bimbang dan risau di kalangan penganjur.

Beliau turut mengulas tindakan penganjur yang terpaksa mengerah pengawal keselamatan dan pihak polis untuk memberi lebih perhatian kepada perjalanan program tersebut meskipun pada hakikatnya tidak ada sebarang bentuk provokasi yang berlaku.

Dalam pada itu, ulasnya, Pro Kebajikan berjaya mewujudkan suasana bimbang pada pihak penganjur apabila wujud cakap-cakap mengatakan sesuatu bakal berlaku semasa program tersebut berlangsung dan kesannya, pihak penganjur terpaksa membuat garis panduan dan pesanan berulang-ulang kali supaya semua hadirin menjaga tingkah-laku.

Sementara itu, tindakan protes senyap dengan beredar daripada tempat duduk sejurus penyanyi jemputan, Jaclyn Victor naik ke pentas juga dilihat memberi kesan kepada tetamu VIP yang hadir apabila ramai di kalangan mereka menyedari tindakan tersebut sebagai tanda protes.

Walau bagaimanapun, di akhir coretannya, Ihsan menganggap Pro Kebajikan masih belum mampu melahirkan individu yang berani untuk bersuara secara lantang dalam isu-isu yang dibangkitkan.

58 comments:

Ceria Sayang said...

suatu permulaan yg baik...pasti selepas ini ada yg lebih hebat menanti...

Anonymous said...

erm...

Anonymous said...

cuba kita renung seketika... perasan atau tidak, bahawa kita semua sedang bermusuhan sesama umat..
perasan atau tidak...
perasaan mula disuarakan melalui laman blog, perasaan iri hati dan tomahan yang memusnahkan hubungan sesama umat mula berlaku,,
sedar atau tidak rakan sekalian.. kenapa kita tidak barsatu,,, kenapa kita perlu tunjuk belang sesama umat (islam). sekarang kita baru berpolitik di dalam kampus.. tapi dah bergaduh sesama sendiri,, macamana bangsa kita nak maju,, sebab itulah melayu selalu ketinggalan,, kerana PHD yang diperolehi.. Perasaan Hasad Dengki inilah yang boleh menyebabkan runtuh sesebuah bangsa..
kenapa kita semua tidak bertekak dengan bangsa lain, atau agama lain...
sebagai pemarhati suasana politik di UPSI, laman blog ini secara halusnya menyebabkan seseorang melakukan dosa... fikirkan...

Anonymous said...

mayb pada korg yang betul2 penyokong kebajikan,korg rasa menang moral..tp aku yang duk tgh2 ni,tau la cmne keadaannya.daripada ckp org2 sekeliling aku td,aku dpt dgr diorg mcm kecewa.bkn kecewa sbb `tujuan`korg bantah,tp kecewa ngan `cara` korg bantah tu.puak2 atasan ni setuju je korg nak bantah,tp kna ada `cara` yang sesuai.jgn terlampau ekstrim.mcm td tu,mmg nmpak sgt terutamanya muslimat yang bertudung labuh.klu nak tau,tindakan korg tu menyebabkan golongan yang bertudung labuh dipandang serong.patotnye kna organisasi yg mantap utk gerakkan bantahan ni.jgn main terjah jer.so pasni pk la elok2.pk tindakan yg rasional..
HIDUP..HIDUP...HIDUP STUDENT!
STUDENT...STUDENT..STUDENT POWER!

Anonymous said...

kalau korang nak tau diorang ni sume memalukan golongan kopiah n tudung labuh

Anonymous said...

Nak cover malu la tu..Hahahahaha..tak payah lah.pekung dah terbukak...tudung labuh mula di pandang serong..salah siapa??Tentulah Pro-Kebajikan..

tiganaga said...

Hasil propaganda sekular...

Minda kita dah diracuni.

Thanks buat kawan2 yang sedar.

Doakan yang masih leka. supaya sama2 sedar. Insya Allah. Ameen~

:)

Pelajar-IPT said...

hahahhahha betul aku nak tergelak la cara mereka boikot ni...memang old fashion hahahhahahha dah la konon siap2 pakai baju alim2 wow tudung labuh tutup aurat, pas tu lelakinya segak ngan kopia n baju melayunya....bila jac naik jer konon..terus makhluk2 ni beredar dengan perasaan tujukkan kepandaian mereka sebagai bakal2 guru....betul2 tak profesional tindakan tersebut..tapi apa juga bagus juga drang chow..terus banyak ruang....tp kejap jer penuh balik tempat tu....hohoho boikot2 konon......last2 ok jer pun....bagus jan jadi guru la kamu yang tak menghargai bakat seseorang manusia........kamu asyik nak bakat berunsurkan keagamaan....hei ramai juga tau non-muslim di UPSI!!!!!!!!!! so jan pentingkan diri sendiri......

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hehehe..
buat ape nk pandang serong??
bukannya muslimat buat maksiat dengan tindakan mcm tu?

Baiklah pandang serong kepada perempuan2 yg fanatik pada jaclyn pada malam tu..

Ada gak rasionalnya nk pndang serong pada orang..

Anonymous said...

Slmt pagi semua... ari ni jgn gaduh2 lg k... datanglah lah beramai2 kt pesta Konvo.. mcm2 ada... barang ada jual, mkanan & aktivti menarik menanti anda.. Klu x silap Pg ni ad cabaran teh tarik.. leh lah kita tunjuk bakat tarik teh... Bye...

hanzalah said...

ya Allah timpakan golongan yang berbangga dengan kemungkaran ini azab yang menjadi peringatan kepadanya dan juga kepada kami..amin

suara siswa said...

bermusuhan sesama umat. kami tidak bermusuh, sekadar menegur kesilapan y berlaku. bukankah Islam menganjurkan umatnya agar ingat-mengingati? konsert semalam jelas tidak diluluskan syarak, maka perlu diingatkan mereka y mungkin terlupa.

mengenai mereka y bertudung labuh, sudah lama mereka dipandang serong jadi apa y berlaku semalam tidak memberikan sebarang kesan pd jiwa mereka. malah, kenapa golongan y menjerit-jerit + perempuan y tak bertudung + lelaki y bersolek tak pulak dipandang pelik semalam? bukankah mereka ini terang2 melakukan mungkar? adakah mereka lebih mulia berbanding tindakan rakan2 kita y bertudung labuh tersebut? sila fikirkan, saudara =)

cara membantah y sesuai? boleh saudara cadangkan? adakah perlu diserahkan memorandum lagi? adakah memorandum tersebut PERNAH dilayan? wakil kami sudah bersuara secara lembut sebelum konsert namun tidak dilayan. adakah Nabi dahulu memerangi kemungkaran dgn lidah sahaja? jawapannya TIDAK, baginda juga mengangkat senjata bila perlu. malah, protes semalam berlaku secara aman tiada kerosakan jiwa mahupun harta UPSI.

pada saya, kemenangan moral atau tidak bukan itu isunya. gagal atau berjaya apa y berlaku semalam tidak dinilai dr pandangan mata manusia. perkara pokok ialah amar makruf nahi mungkar.

MUSTAHIL Y BATIL BERCAMPUR DGN Y HAQ.

Allahualam~

Anonymous said...

dr pndngn mata aku..
x semestinya bertudung labuh ini baik sgt..terbukti apabila terdapat kepala lelaki didalam tudung labuh di tempt awam..bgs sgt ke..( x semua la mcm ni) yg bangang je la wt cm ni,,)

korang duk kutuk yg gurl x pki tudung n laki pki makeup..
mmg dh slh..
tp dr segi moralnya yg aku lht..
mereka lg mulia dr yg disangka..

aku berkwn dgn berbagai manusia..
dr situ aku mengkaji..
uniknya manusia..
kdg2 muka n tingkhlaku sgt baik..tp ht busuk..

bg aku..sudah2 la..
sampai bila umat islam nk jd mcm ni..
xkn nk mengemis dibumi sdr..sedangkn bangsa lain berlumba2 memijak kepala kita..

fikir2kanlah

Anonymous said...

cukup2 lah kwan2.... buang yang keruh amik yang jernih...ok... Slmt blaja... jgn gaduh2 lagi...

unt hilangkan tension anda.. lagu ni aku tujukan kepada smua....

Siti Nurhaliza

Di Taman Teman

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana
Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia
*
Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah
Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia
Chorus;
Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci
Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku
Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini…
Ulang *

p/s
klu nk nyanyi mesti kena fokus ok...

Anonymous said...

ASTAGHFIRULLAHHH.. sanggup depa ckp cmtu.. dalam hadis ada sebut, kalau berlaku maksiat. kns cegah dengan 3 perkara, dengan perbuatan, dengan lidah dan dengan hati, jika xde 3 tu, maka xde imam seseorang tu... konsert ni jelas2 haram cz panggil orang pompuan datang nyayi... kalu orng yang sokong konsert ni, sah xdok imam..

Anonymous said...

ASTAGHFIRULLAHHH.. sanggup depa ckp cmtu.. dalam hadis ada sebut, kalau berlaku maksiat. kns cegah dengan 3 perkara, dengan perbuatan, dengan lidah dan dengan hati, jika xde 3 tu, maka xde imam seseorang tu... konsert ni jelas2 haram cz panggil orang pompuan datang nyayi... kalu orng yang sokong konsert ni, sah xdok imam..

Anonymous said...

Tidak tahulah apa sebab dan rasionalnya diorang bantah konsert Jaclyn Victor tu. Nak kata Jac berbogel atas pentas tu, tak pulak. Bahkan pakaian yang beliau pakai bersesuaian dengan adab berpakaian orang timur (yalah, takkan nak suruh Jac pakai jubah dengan tudung labuh kot)Nak kata lagu2 yang dibawa Jac melampau tak juga. Bahkan lagu2 tersebut bagus mesejnya, seperti lagu Gemilang dan Wajah. Nak kata ada pergaulan bebas pun tidak juga. Bahkan pihak penganjur telah menetapkan bahawa penonton lelaki dan wanita diasingkan semasa melihat konsert tersebut. Para pelajar pula dilihat begitu mematuhi ketetapan tersebut kecuali segelintir yg tidak perasan pengasingan tersebut. Kalaulah nak dikatakan wujudnya unsur kemungkaran di situ, saya tidak nampak pula kemungkaran berlaku disebabkan konsert tersebut. Mungkin golongan yang melaung-laungkan diri mereka sebagai pejuang Islam boleh senaraikan kemungkaran yang terjadi masa konsert tu.Gejala couple? Kalu bebudak yang bercouple nk berpeleseran, tak payah tunggu konsert tu pun boleh. Jadi apa sebenarnya isunya?


Saya merasakan golongan yang membantah ini tidak pernah keluar dan melihat situasi di negara-negara dan di tempat-tempat lain. Sebab itu mereka begitu over-reacted apabila UPSI nak mengadakan konsert yg kecil camtu. Mereka ini juga sekadar bercampur dengan golongan baik2, golongan berkopiah, berjubah dan berpurdah semata-mata. Golongan yang sosial, yang mungkar seperti kami ini HARAM didekati. Kerana itu mereka dengan mudahnya menghukum itu dan ini.


Hairan juga apabila golongan Islamik melihat dunia hiburan dengan sangat melampau. Sehinggakan pada pandangan mereka, penyanyi yang boleh dipanggil menyanyi hanyalah kumpulan2 nasyid. Bagaimana pula dengan pelajar2 bukan Islam yang turut membayar yuran pengajian (bahkan dalam skop lebih besar, ibu bapa mereka membayar peratusan cukai lebih besar drp kita yg Melayu dan Islam ini), terpaksa mendengar nasyid semata-mata ataupun langsung tidak turut serta dalam aktiviti hiburan? Sebelum mengadakan konsert, pihak penganjur sudah tentu telah melihat kesesuaian artis yang dipanggil dengan situasi di UPSI. Maka itu, Jac yang terkenal dengan peribadi yang baik dipanggil untuk menyanyikan lagunya. Penampilan dan lagu-lagunya sesuai sahaja dilihat dan didengar oleh pelajar Muslim dan bukan Muslim di UPSI. Inilah jalan tengah yang diambil oleh pihak penganjur. Jadi tidak perlulah sangat untuk kita terlalu over-reacted dalam hal seperti ini.

Anonymous said...

ASTAGHFIRULLAHHH.. sanggup depa ckp cmtu.. dalam hadis ada sebut, kalau berlaku maksiat. kns cegah dengan 3 perkara, dengan perbuatan, dengan lidah dan dengan hati, jika xde 3 tu, maka xde imam seseorang tu... konsert ni jelas2 haram cz panggil orang pompuan datang nyayi... kalu orng yang sokong konsert ni, sah xdok imam..

Anonymous said...

ASTAGHFIRULLAHHH.. sanggup depa ckp cmtu.. dalam hadis ada sebut, kalau berlaku maksiat. kns cegah dengan 3 perkara, dengan perbuatan, dengan lidah dan dengan hati, jika xde 3 tu, maka xde imam seseorang tu... konsert ni jelas2 haram cz panggil orang pompuan datang nyayi... kalu orng yang sokong konsert ni, sah xdok imam..

Pelajar-IPT said...

mengenai mereka y bertudung labuh, sudah lama mereka dipandang serong jadi apa y berlaku semalam tidak memberikan sebarang kesan pd jiwa mereka. malah, kenapa golongan y menjerit-jerit + perempuan y tak bertudung + lelaki y bersolek tak pulak dipandang pelik semalam? bukankah mereka ini terang2 melakukan mungkar? adakah mereka lebih mulia berbanding tindakan rakan2 kita y bertudung labuh tersebut? sila fikirkan, saudara =)

wooooiiiiii apa la pemikiran kamu ni...ada ker kami ckp kami memuliakan mereka yang tak bertudung atau berkopia....manusia sama jer semua.....melakukan kebaikan dan keburukan......teda poin la kmu ckp mcm tu.....sebab setau saya pakaian tak penting....hati penting......dan manusia tak layak langsung menghakimi sesama manusia......hanya TUHAN jer yang layak menilai manusia......so.....jan nak tunjuk yang awak tu manusia suci murni konon....padahal pemikiran kamu tu lagi negatiffffffffffffff!!!!!!!!

Pelajar-IPT said...

kesiannya ko bagus awak balik ke zaman nabi awak.....ah time tu takder hiburan konsert and gerenti ko akan masuk syurga yer tak yer.......hahhahahahh bagi muslim ok la saya hormati yang memang perkara ni bertentangan ngan agama kamu.....tp cuba ingat kami non-muslim mcm mna...bagi kami tak salah konsert mcm ni...so plz la walaupun mgkin kmu benci dekat non-muslim...kami ada hak juga sebagai warga UPSI......

Anonymous said...

saya betul2 berasa hairan dgn tindakan memboikot persembahan Jaclyn Victor mlm tadi. pada pandangan saya, pakaian yg Jaclyn pakai okey jer, baju kebaya labuh dan sluar panjang.

saudara saudari, nanti kat skolah, hidup x macam yg kita inginkan, kita akan jumpa dgn byk jenis org yg kita mmg x biasa. cara hidup juga berbeza-beza. kalau dari sekarang kita menyempitkan minda kita dan cuma mahu melihat/membuat apa yg kita MAHU sahaja, takder gunanya. WELCOME TO THE REAL LIFE. mcmna kalau budak2 yg memboikot mlm tdi tu posting ke skolah2 di bandar atau kawasan yg berbeza budayanya 180 darjah? x kan nak boikot skolah tu kalo rasa pelajar2 kat sana x snonoh? kalo nak betulkan mereka pun belum tentu diterima, sbb budaya mereka lain. apabila anda melihat sesuatu yg lain drpd budaya anda, jgn terus menyimpulkan bahawa benda itu dosa, haram, dsb. fikirkan dlm2, org lain mungkin melihat amalan anda sebagai bodoh dan dangkal. anda nak mcmtu? kalo betul anda nak tolong org2 tu nak berubah, guna cara yg baik2. kita x boleh memaksa, kalo x suka jgn datang, tapi x boleh paksa org lain, kalaupun pbuatan tu dosa, itu hal mereka dgn Tuhan, kamu siapa nak betulkan org sedgkan hidup sndiri belum tentu apa yg menanti kelak?

konsert Jac mlm tdi punya tujuan baik, dia nyanyi lagu baik2, dia x der pun buat lenggok Inul ke ape ke, siap minta org bagi derma kat tabung kemboja plak, apakah itu x cukup baik? tindakan anda yg meninggalkan konsert mlm tadi, mungkin juga sebenarnya nak mengelak drpd menderma kan???

dalam menilai orang lain, jangan gunakan emosi dan kedangkalan akal. selidik betul2, jgn main terjah jer dlm mbuat tindakan. bagi mereka yg mengambil bahagian dlm aktiviti memboikot semalam, adakah kmu rasa dgn melakukan cara itu, org memandang tinggi martabat kmu? saya berlegar2 kat kwsan padang dan gerai pesta konvo semalam, apa yg sya dgr cuma ejekan dan tohmahan. sehinggakan ada org yg mengatakan golongan memboikot ini adalah ekstrimis dan taksub. adakah ini yg anda inginkan apabila mlakukan boikot tersebut?

kalau kamu nak anti sangat dgn benda2 mcmni pun, tgok lah keadaan. kamu kata konsert sperti ini membawa konsep hedonisme. bagi saya, korang kena yakin dgn iman saudara saudari korang. kalau betul seseorang manusia tu nak jatuh ke lembah maksiat, bukan Jaclyn Victor penyebabnya tapi DIRI SENDIRI. tgok saje golongan yg mengandung sebelum bernikah, bukankah benda2 seperti itu yg anda perlu salurkan masa dan tenaga anda untuk mencegah??? tgok diri sendiri tu juga, adakah anda layak untuk membetulkan org lain?

pengalaman saya mengenali seorang Hamba Allah (beragama islam) yang betul2 mendalami ajaranNya, dia x pernah pun mempamerkan tingkah laku seperti apa yg korang buat semalam. dia boleh berhadapan dgn smua jenis manusia dan sentiasa tenang dan RASIONAL dalam membuat tindakan, apatah lagi bertindak ganas dan radikal, itu bukan cara beliau. itu adalah cara ekstrimis Taliban... korang fikirkanlah... wassalam

ChrisjoeBaiko said...

betul kata awak tu.....ntah pa2 mereka ni...terlalu fanatik.....kalu yer pun nak tunjuk perasan semalam.....guna cara yg beradab bersopan......mau ka saudra atau saudari jika naik sahaja ke pentas terus awak melihat ramai penonton beredar....cuba kamu di tempat jac semalam mesti perasan malu ada.......kamu mmg jahat penjahat betul buat kerja mcm tu.......pasti jac sedih lihat situasi mcm tu semalam....tak sangka pelajar upsi ni tak mesra tak beradab..klu tak nak tengok konsert tu pun beredar la cara yang baik.....tp mmg dah tujuaan kamu nak tunjuk perasaan kamu yg busuk itu.........

Anonymous said...

saya selaku penganalisis polik kampus.. mendapati mcm2 pndapat dlm blog ni... ad yg bagus ad yg x bagus... so teruskan bagi komen2 yg membina minda k... slmt mkn tgh hari....
Nk promot sikit... kt gerai2 konvo mcm2 ada jual.. so bleh bli mkanan kt sana k... harga pn ok gak.. x da lh mahal sgt..
klu dh kenyang leh beli bju n sluar.. mmg murah brbanding hrga kat luar... slmt membeli belah ye kwan2....

tiganaga said...

aku nak ulas sikit:

"kesiannya ko bagus awak balik ke zaman nabi awak.....ah time tu takder hiburan konsert and gerenti ko akan masuk syurga yer tak yer.......hahhahahahh"

Pelajar-IPT, aku tau ko bukan orang Islam. tolong jaga tutur bahasa ko. jangan nak kaitkan dgn nabi. Buruk padahnya. Aku sendiri tak sentuh pasal agama ko.

Kita bincang isu moral! Korang kaji agama masing2. ada benarkan arak? ada benarkan free sex? ada benarkan hiburan melampau?

mana ada agama yang benarkan?

Buddha sendiri pun tak bagi pengikut dia minum arak!

Aku nak tekankan kat sini. Artis2 sekarang ni punca keruntuhan moral manusia. korang ada internet. korang tengok blog2 gosip hiburan. tengok perangai artis2 sekarang. majoritinya OUT!

korang mungkin korang bole kawal diri. tapi ramai dah yang hanyut. kami yang bagi pendapat bertentangan dengan pemikiran korang yang suka hiburan cuma berusaha untuk pulihkan moral manusia zaman sekarang. walaupun usaha kecil, tapi sekurang2nya akan ada yang terbuka minda.

Tolong la. fikir sampai akar umbi. jangan setakat fikir atas tanah aje. huh!

Anonymous said...

baru masuk UPSI ke?..atau xpernah menghadiri majlis rasmi pesta knvokesyen?..bkn ke sblm2 ni waktu pesta konvokesyen pesanan dan tindakan yang sama di ambil?..mgkin kawalan kali ni lebih ketat memandangkan apa yang telah berlaku dan telah dilakukan oleh org yg tidak bertanggungjawab ke atas alatan yg terdapat di kawasan pentas utama.

Anonymous said...

ooooooo

imakkelantan said...

Penganjur konsert jelas MELANGGAR saranan Perdana Menteri

www.imakupsi.blogspot.com

Anonymous said...

Salam.. smlm sy berada d kmpus utk melihat majlis perasmian, bersama sy seorang kawan yang baru balik dari jordan. Dia sendiri terkejut melihat tindakan golongan yang memprotes konsert tersebut.. smbil berkata.. klu ada hati yg tersinggung dengan perbuatan tersebut, maka golongan yg protes ini perlu meminta maaf kepada mereka yg tersinggung @ kecil hati..x kira muslim @ bukan.. kerana dosa dgn manusia, hnya manusia yg boleh ampunkan...

Pelajar-IPT said...

Kita bincang isu moral! Korang kaji agama masing2. ada benarkan arak? ada benarkan free sex? ada benarkan hiburan melampau?

sedara tiganaga awak ni napa yaaaaa...betul2 tak paham keadaan sengaja putar belitkan....

ooo ya betul ka kamu ni bincang pasal isu moral..setau saya kamu semua ni bincang pasal agama kamu...bukan pasal moral...mengaku jer la isu utama sini adalah pasal agama islam..

kami yg takde kaitan terkena tempias kmu ni...memang la agama kami haramkan minum arak, maksiat semua.......tapi wajarka kmu boikot konsert hanya kerana berpikiran sempit ada konsert maka ada arak ada maksiat...ko kena dalami lagi ilmu agama ko tu

Syahir Mohamad said...

salam...
apabila membaca komen yang ada, ia nya menlambang pemikiran mahaisiswa sekarang. Bagi saya takde masalah anda nak hadir, mmg tempat kosong yg dikosongkan tu adalah utk anda. duduklah.. diorg bagi peluang. yang diorg kosongkan tu sebab diorg tak nak dengar. takpelah.. Cuba semua fkirkan, kenapa masa start sehingga VC berucap tak ramai yg datang? bagi saya mahaisiswa hanya dtg nak dengar hiburan. jelasnya itilah mentaliti mahasiswa sekarang. bayangkan kalau program akademik atau agama ( MUslin je) pasti tak ramai. Tidak risau kah anda?
kepada non muslim, itu hak anda, bukan membantah konset itu tapi pengisiannya.. itu bagi sayalah. dalam islam ada hiduran tapi ada panduannya.. kita hidup toleransi dan saling faham memahani. kami risau dgn mahasiswa muslim. walau bagaimana pun, inilah hakikat Malaysia yg berbilang kaum. amat unik. Dan minta beri komen berdasarkan hak kita sebagai mahasiswa. izinkan saya menyatakan jurang dan kefahaman antara agama dikalangan kita masih jauh.Ini menyebabkan kita semua tidak mamahamni. sebagai bakal pendidik, sama2lah kita cuba memahaminya kerna kita akan jumpa anak murid yang berlainan latar belakang pendidikan, ekonomi, agama dan bangsa. Dan kepada Muslin, apa yang ada dlm hati melambangkan keperibadian. maka adab, tingkah laku, cara pemakaian terutama bertudng atau berkopiah adalah lebih benar dan baik. mmg tdk dinafikan ada juga yang bermasalah. so hati2 bila bercakap, mmenulis. Belajarlah ilmu agama terus menerus. jgn hanya berlandaskan pemikiran yang tidak dibimbing agama takut syaitan yg menjadi guru . memuntut ilmu tanpa guru umpamanya berguru dgn syaitan, hati2 semua. semoga UPSI MENJADI UNIVSERSITI BITARA..wassalam

Anonymous said...

adoiyaiiiiiiiiiiiiiii.....jgn la gaduh lagi.sekarang bukan ms untk bgaduh.tp ms untuk selesaikan mslh ni.ok skrg ni kta fkrkan cdgn utk selesaikan mslh ni..cpt2 fikirkan.jgn nak kutuk2,tp xbg la cdgn...aku dah bg cdgn dlm post2 aku sebelum ni..

Anonymous said...

mengenai mereka y bertudung labuh, sudah lama mereka dipandang serong jadi apa y berlaku semalam tidak memberikan sebarang kesan pd jiwa mereka. malah, kenapa golongan y menjerit-jerit + perempuan y tak bertudung + lelaki y bersolek tak pulak dipandang pelik semalam? bukankah mereka ini terang2 melakukan mungkar? adakah mereka lebih mulia berbanding tindakan rakan2 kita y bertudung labuh tersebut? sila fikirkan, saudara =)

dah kalau mmg lama dah diorg dipandang serong,jgn la ditambah-tambah lg pandangan serong tu dengan tindakan yang kurang bijak.`tujuan` bantah tu betul,tp `cara` tu x betul.gunakan pendekatan yang lebih mesra.mmg kna amik ms utk sedarkan yg lain.tp amik ms tu lebih baik daripd diorg dipandang serong.tu akn menambahkan lg mslh yg sedia ada.tgk skrg,yg non-muslim plak terasa.sebab jacklin kan non-muslim.n ada peminat dia dr kalangan non-muslim.skrg ni kita kna fikirkan cara yg terbaik supaya kedua2 pihak berpuas hati...

tiganaga said...

memang la agama kami haramkan minum arak, maksiat semua.......

Bagus! Pelajar IPT mengaku agamanya pun sama.

So, jelas kat sini kalau Pelajar IPT seorang yg berintelektual, maka anda boleh fikir kesannya. dari sekecil2 kuman, mampu jadi sebesar gajah kesan dia.

Aku bukan nak putar belit. aku risaukan dunia akhir zaman sekarang ni yang mana manusia dah hilang arah. itu sebabnya ada hiburan. dengan berhibur, manusia akan leka. tak fikir benda lain. sebabnya, remaja sekarang ni don't care! kalau aku cerita lebih panjang nanti ko akan cakap aku keluar topic lagi. tapi sedarla kawan, agenda nak sesatkan manusia dah lama berlaku. thats y aku libatkan semua agama. sebab kita ni manusia! beza mcm mana pun agama, Tuhan tetap satu!

Jangan la kita bergaduh. cuma kita renung masa depan. muda mudi sekarang ni berapa kerat yang risau pasal perkembangan tak sehat yg sedang berlaku???

yus said...

huhuhu.. tak yah nak gaduh2.. konsert semalam walaupun tidak keterlaluan, tetapi ianya telah mencemarkan intitusi perguruan dimana pengaruh akan muzik akan masuk keadalam otak setiap pelajar.

berhibur tiada salahnya tetapi syariat perlu ada. berhibur merupakan perkara untuk keseronokan nafsu, kita perlu melawan keseronokan nafsu keranya ianya boleh menyebabkan kita akan terus menjadi lalai. elakkan perkara yang melalaikan.

tambahan kita sekarang berada dalam bulan syaaban dan beberapa hari lagi adalah bulan yang paling mulia dalam setahun iatu bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.

adakah kita mahu sambut bulan mulia dengan maksiat dan dosa?

kepada golongan2 yang masih lagi menyokong konsert hiburan semalam bertaubat la segera supaya kamu masuk dalam bulam ramadhan dalam keadaan bersih.

allah tidak akan terima puasa sekiranya kita melangkah masuk dalam bulan ramadhan penuh dengan dosa yang belum bertaubat.

kenapa saya kata yang monyokong akan mendapat dosa yang sama. kerana setiap perkara yang kita lakukan akan berkait.. sokong dan redha akan perbuatan itu maka kamu tergolong dalam golongan orang-orang munafik...

bertaubatlah segera.. marilah sama-sama kita menjunjung perintah allah, jangan letakkan hukum allah dibelakang kelak kamu akan dibinasakan. H1N1 belum lagi reda, adakah kita mahu mengundangnya lagi?

segala penyakit itu merupakan bala yang diundang melalui tangan-tangan manusia sendiri.. sedarlah wahai umat islam yang mengaku dirinya islam dan beriman.

ain solehah said...

Assalamualaikum wrhmatullah...tahniah dan alhamdulillah kerana dengan tindakan itu pihak2 tertentu sedar bahawa ada pihak yang tidak senang duduk apabila bumu upsi didatangi oleh artis yang mana tidak tiada sebarang manfaat lain, kecuali hiburan semata2.. tindakan ini adalah susulan daripada rundingan secara baik mpp pro kebajikan yang tidak dilayan hep..tanggungjawab nahi mungkar selesai satu siri.

iye, memang pakaian jac tidak menjolok mata, sopan kononnya, tapi sedarkah kita, bahawa..penganjur yang menganjurkan program yang mana di dalamnya terdapat percampuran llki an pmpuan, pergaulan bebas, maksiat,penganjur tersebut yang akan menanggung segala dosa pelaku kemungkaran tersebut(boleh rujuk kitab tuhfathul ghorobin m/s 26 :antara termasuk dosa2 besar,iaitu dosa ke 28)..jgn lupa, bahawa tidak menutup auratpun merupakan suatu kemungkaran, suatu yang diharamkan oleh ALLAH.

jadi, penganjur mampu ke nak tanggung dosa2 tersebut, sepatutnya berterima kasihlah kepada mereka yang nak menghalang penganjur daripada mendapat dosa free,sama2lah kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..

Allah dah turunkan bala h1n1, tapi xserik2 lagi...fikir2kanla...

Selamat meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa muslim yang mendapat redhaNYA, InsyALLAH...

w/a..

Anonymous said...

emm

syauqahsolehah said...

berfikirlah penuh hikmah. firstly, sy sangat bersyukur kerana segala urusan bantahan semalam dipermudahkan=)

alhamdulillah, walaupun bantahan kali ni tidak begitu keras namun yang diharapkan adalah usaha yang dibuat demi mencegah mungkar itu. skurangnya kita ada usaha untuk menolak dan menunjukkan bantahan dan kebencian kita terhadap maksiat itu. jika secara rasionalnya kita lihat, kenapa perlu pertikaikan ketidaksopanan yang membantah kerana bangun setelah jac naik pentas?sedangkan jika dilihat scra hikmah, its better than others that just come in front after 'perasmian' just for jac?! tidakkah itu lebih memalukan NC? jika tiada golongan pembantah yang duduk di depan untuk bersama2 NC semasa perasmian, itu lebih mengaibkan NC kerana boleh dilihat selepas saja golongan pembantah bangun sewaktu jac naik pentas, terus golongan yang cintakan hiburan memenuhi saf depan....fikir2kan. sepatutnya itu lebih mengaibkan NC kerana jelas terang lagi bersuluh, golongan pencinta hiburan hanya menantikan jac dari mendengar ucapan NC..

apapun, syukur lillah, aura kebangkitan semasa bantahan semalam menjadikan suasana kaget. pada sy, ia mungkin ruh malaikat yang menampakkan ramainya golongan yang membantah sama seperti 'perang badar' yang mana Allah menghantarkan bantuan malaikat menampakkan kaum muslimin ramai pada pandangan pihak musuh..renung2kan.

"dan betapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka(padahal) mereka lebih hebat kekuatannya daripada mereka(umat yang kebelakang)ini. Mereka pernah menjelajahi di beberapa negeri. adakah tempat pelarian(dari kebinasaan bagi mereka)?
sungguh pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang2 yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya sedang dia menyaksikannya"
(Qaf:36-37)

Nurulfazlina Ain Rasol said...

Assalamu'alaikum,
banyaknya pendiskusian yang berlaku di bahagian ini....
Ada yang menggunakan emosi bila mengeluarkan pendapat...
Ada juga yang seperti mencabar ISLAM....
Ingat!!!! jgn sampai kemurkaan ALLAH semakin bertambah...
H1NI telah melanda negara kita...
Ingatlah mahasiswa dan mahasiswi UPSI.... prinsip ISLAM adalah ketetapan dalam hidup kita....
Ingat!!! ISLAM adalah tertinggi, tiada yang lebih tinggi dari ISLAM....

Anonymous said...

haiyoh....nth la...tp bg aku..cara korg mebantah ni mmg tak kene...dgn erti kate lain..tak bijak..tak cerdik...boleh nk bantah tp berhikmah la...dan mmg betul kalu org nk pandang serong kt org pakai tudung labuh n kopiah skrg pun...tp tgk la..salah sape??kan??

tak bleh la wat mcm ni..kite bakal cikgu...rational la ckit..kalu mcm ni carnye..tak ubh mcm tak hormat org...xde sensitiviti...ramai lg non muslim kt cni..kite kene pikir...

tindakan korg dh menunjukkan sifat sebenar korg mcm mane..taktau nk ckp cmne lg...tp mmg silap korg..org dh mula pndg serong kt golongan tudung labuh..mmg korg tak wat mksiat..tp THE WAY YOU ARE MAKE THE OTHERS NOT RESPECT YOU..and aku mmg tak nafi kalo org ckp..pmpuan yg biase2 ni lebih baiik dr yg pkai tudung labuh smpai ke kaki...tudung utk tutup aurat..tp bkn melambangkan pribadi..tgk la ap yg dh jd ni..

so..korg pikir la sdri cmne...yg pasti..tindakan korg membantah mmg tak cerdik...mcm sia2 je korg blaja kalu nk mebantah pn xtau adab..

ak xtuding sape2..tp fikir2kan lah...

Anonymous said...

haiyoh....nth la...tp bg aku..cara korg mebantah ni mmg tak kene...dgn erti kate lain..tak bijak..tak cerdik...boleh nk bantah tp berhikmah la...dan mmg betul kalu org nk pandang serong kt org pakai tudung labuh n kopiah skrg pun...tp tgk la..salah sape??kan??

tak bleh la wat mcm ni..kite bakal cikgu...rational la ckit..kalu mcm ni carnye..tak ubh mcm tak hormat org...xde sensitiviti...ramai lg non muslim kt cni..kite kene pikir...

tindakan korg dh menunjukkan sifat sebenar korg mcm mane..taktau nk ckp cmne lg...tp mmg silap korg..org dh mula pndg serong kt golongan tudung labuh..mmg korg tak wat mksiat..tp THE WAY YOU ARE MAKE THE OTHERS NOT RESPECT YOU..and aku mmg tak nafi kalo org ckp..pmpuan yg biase2 ni lebih baiik dr yg pkai tudung labuh smpai ke kaki...tudung utk tutup aurat..tp bkn melambangkan pribadi..tgk la ap yg dh jd ni..

so..korg pikir la sdri cmne...yg pasti..tindakan korg membantah mmg tak cerdik...mcm sia2 je korg blaja kalu nk mebantah pn xtau adab..

ak xtuding sape2..tp fikir2kan lah...

suara siswa said...

Wah, nampak gayanya pelajar IPT begitu concern dgn tulisan saya. Alhamdulillah (segala pujian bg Allah, tuhan kami) sekurang-kurangnya ada y sedar tulisan saya di blog ni =)

Cuma satu ingin saya ingatkan, sila jangan komen mengenai nabi kami. Komen saudara tu ibarat menghina agama saya, terutama bila saudara sebenarnya tidak faham agama kami (sepertimana saya tak pernah menyentuh soal agama saudara sebab tak faham & hormatkan pegangan awak).

"so plz la walaupun mgkin kmu benci dekat non-muslim"
Saya tak bencikan non-muslim, malah sejak sekolah saya berkawan dgn semua tanpa mengira agama. I even got 1 bes fren here, she's a Hindu n we respect each other's religious. Malah saya cuba belajar agama kalian utk lebih memahami dan menghormati kalian. Saya yakin ramai juga rakan seagama yang begitu. Islam mendidik kami supaya tidak menghina mahupun membenci rakan2 y tidak seagama. Kami diajar menghormati setiap jiwa.

Kami tak menafikan hak non-Muslim. Misalnya, kami tak wajibkan non-Muslim utk menutup aurat, cukup sekadar berpakaian sopan. Ada perkara y boleh kami tolak ansur, namun bila kemungkaran jelas di depan mata kami WAJIB menentangnya.

Konsert semalam, maklumat y saya perolehi drp sumber terdekat HEP, jac dibayar dgn jumlah sekurang-kurangnya 8k. Itu nilai ptptn y saya terima selama 2 sem! Andainya duit tersebut didermakan pd sekolah Kemboja tu, bukan ke lebih bagus? Malah saya tak terkejut kalau kutipan derma tu nanti lebih kecik nilainya berbanding y dibayar pd jac.

Kepada saudara y berbicara tentang pengharaman konsert. Biar saya bercakap soal bayaran lg. Saya juga pernah terlibat dengan perancangan n pengurusan program di UPSI (4 kali lebih tepatnya), saya tahu kita boleh dapatkan kumpulan nasyid dgn RM 2500 utk nyanyikan 6-8 lagu! Jac semalam bayarannya 3x ganda lebih dr jumlah y saya katakan, berapa lagu y dia nyanyikan? Bukankah itu dah termasuk soal pembaziran? Perlukah saya ingatkan perkaitan antara bazir dan syaitan?

Bukan kami tidak yakin dgn iman saudara2 kami, BUKAN juga kami ini maksum namun sudah menjadi tanggungjawab utk sesama Islam ingat-mengingatkan. Kami sayangkan saudara2 kami. Selangkah ke tempat haram, sudah ada balasannya y Allah tetapkan, ini sudah terlalu jelas dlm Islam jangan dinafikan.

Hedonisme juga sudah terang-terangan tidak selaras dgn syarak. Maka atas hujah apa anda membenarkannya? Hak individu, begitu? Bukankah Al-Quran dan hadis itu lebih tinggi martabatnya berbanding hukum akal manusia? Siapa kita utk menghalalkan perkara y jelas diharamkan Khaliq?

Pertimbangkan juga soal faedah vs lagha, jelas konsert tu memang lagha malah keburukannya adalah lebih banyak berbanding kebaikan. Bukankah masa y dibazirkan tu lebih baik digunakan utk siapkan assignment dan tesis bg pelajar sem 7? Atau kalau dah takde kerja sangat, mungkin boleh dihiasi hati dengan zikrullah dan kalam-kalam cinta-Nya. Atau buat non-Muslim, kalian boleh ke library atau lakukan apa saja perkara y berfaedah.

Banyak lg sebab lain y mengharamkan konsert tersebut.

Di sekolah nanti kalau ada kemungkaran, kami akan bantah juga setakat y termampu, dgn cara y dihalalkan syarak, insya Allah. Bukan soal real life or what so ever, asalkan itu kemungkaran, menjadi kewajipan setiap Muslim utk menentangnya. No compromise. MUNGKAR TETAP MUNGKAR.

Em, kali ni nak tambah banyak2 la smiley. Biar semua y komen di sini tak emo sgt. Harap2 smiley y byk ni nanti tak dijadikan isu pulakla ye =) =) =) =) =)

sayangupsi said...

sume dah tgk kan komen2 di atas..Allah dah anugerahkan akal untuk berfikir..jd, gunakanlah sebaik2nya..

sama ada anda nk terima atau tak cara ini, golongan pembantah maksiat tak rugi apa2..tapi bila nnti ditanya kelak, pandai2 la jawab..

agaknya ni la kesimpulan yang boleh diambil.ckp bnyk2 pun tak guna.kat sana tgk la cmna..

sume kan bijak2..blh pk sndiri..

Anonymous said...

salam. sy hairan bin pelik tengok orang Islam skrg, Islam hanya atas kad pengenalan, Islam sebab mak dan ayahnya Islam, tapi amalan dan cara hidup jauh dari Islam. sy sedih mengenangkan dunia akhir zaman, umat Islam saling bermusuhan. Gaya hidup x ubah spt yahudi... halal dan haram dah x tau beza. hiburan tu x salah, tp kta kna taulah apa pengisiannya. sedarlah adik2, abg2, kakak2, KIAMAT SUDAH DEKAT.. inilah dunia di ambang kiamat, bila artis diagung2kan, yang terang2 haram dihalalkan.

"wahai org2 yg beriman! masuklah ke dlm agama Islam secara kseluruhannya, dn jgnlah kamu ikuti lgkh2 syaitan. sungguh ia musuh yg nyata bagimu" (2:208)

yang pastinya usaha kami tidak berhenti setakat di sini!!!!

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

"Renungkanlah fikiranmu, ia menjadi kata-kata.
Renungkanlah kata-katamu, ia menjadi perbuatan.
Renungkanlah perbuatanmu, ia menjadi amalan.
Renungkanlah amalanmu, ia menjadi sifat...

Anonymous said...

salam

nilah tindakan CERDIK.kalo tindakan tak cerdik, yg menyokong konser tu. itu tindakan KURANG CERDIK.jangan nak bincang isu cerdik@ tidak. sy SEORANG BEST STUDENT , kakak sy 4 flat student,kalo nk ambil tindakan sy akan fikir soal kecerdikan dahulu, PEOPLE DONT CARE HOW MUCH YOU KNOW UNTIL THEY KNOW HOW MUCH YOU CARE. PROTES konsert adalah cr utk melahirkan persoalah, utk menimbulkan tanda tanya dan utk menlahirkan kesedaran. UPSI, kilang melahirkan GURU, tp buat konsert dikampus, BILA MENGAJAR, IBUBAPA NAK ANAK2 MEREKA DIDIDIK OLEH GUR YG SOPAN, BAIK AGAR ANAK MEREKA JUGA BAIK, SOPAN.
-ANDAI KATA HIBURAN ITU XMELALAIKAN KAMU DR LANDASAN SEBENAR SILAKAN BERAMAI2 KE SANA
Apa yg sy nmpak, penunjung2 menggeleng kepala tgk UPSI ni, suka sgt hiburan sbb tu bila ke sekolah, ada guru tak nak terima pelajar upsi.
KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.
OK, MAAF utk kata2 .itu sj nk disampaikan.YA, PERJUANGAN KAMI XKAN BERHENTI DISINI.KAMI SUDAH ADA PERANCANGAN2 TERSENDIRI,
-hehe, rs nk gelak smlm, bila time sy lalu kat org yg bg flyers tentang progrm UPSI, mereka x bg pula pd sy, tp buat2 xsedar sy lalu kat sana, rasanya mcm nk mintak sj flyers tu dgnnya
-p/s mungkin bimbang buat demo pulak ke apa ke =)
-terlalu sensitif bila menyebut tentang CERDIK
-MARI BERBAHAS!

Anonymous said...

assalamualaikum...
kalaupun ade yg tidak mahu memandang dari perspektif agama...kita boleh nilai dari perspektif matlamat asas Pelan Induk pembangunan Pendidikan...

'melahirkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama'

hmmm...agak2nya, budaya hedonisme membantu ke mencapai matlamat ini???
fikirkan sendiri...anda mahasiswa berintegriti...

tp sy rs rmi yg tak penah ambl tau tentang PIPP wp bergelar pelajar uni Pendidikan...baik diterangkan tentang ini, drpd berkonsert tak henti2...faedah???
fikirkan sendiri, anda mahasiswa bermentaliti...

mane tujuan asas kita ke SATU-SATUNYA UNIVERSITI PENDIDIKAN TERULUNG NEGARA???? hedonisme diterapkan,tp pengetahuan tentang perkembangan sistem pendidikan?????
jgn bila temuduga posting nanti baru sibuk dikaji...berusahalah menjadi guru berkualiti atas asas IMAN DAN TAQWA di hati...

sayangupsi said...

"haiyoh....nth la...tp bg aku..cara korg mebantah ni mmg tak kene...dgn erti kate lain..tak bijak..tak cerdik...boleh nk bantah tp berhikmah la...dan mmg betul kalu org nk pandang serong kt org pakai tudung labuh n kopiah skrg pun...tp tgk la..salah sape??kan??

tak bleh la wat mcm ni..kite bakal cikgu...rational la ckit..kalu mcm ni carnye..tak ubh mcm tak hormat org...xde sensitiviti...ramai lg non muslim kt cni..kite kene pikir...

tindakan korg dh menunjukkan sifat sebenar korg mcm mane..taktau nk ckp cmne lg...tp mmg silap korg..org dh mula pndg serong kt golongan tudung labuh..mmg korg tak wat mksiat..tp THE WAY YOU ARE MAKE THE OTHERS NOT RESPECT YOU..and aku mmg tak nafi kalo org ckp..pmpuan yg biase2 ni lebih baiik dr yg pkai tudung labuh smpai ke kaki...tudung utk tutup aurat..tp bkn melambangkan pribadi..tgk la ap yg dh jd ni..

so..korg pikir la sdri cmne...yg pasti..tindakan korg membantah mmg tak cerdik...mcm sia2 je korg blaja kalu nk mebantah pn xtau adab..

ak xtuding sape2..tp fikir2kan lah..."

nk tanya sikit kat penulis komen ni..kalau berbincg secara damai pun, pihak penganjur dan tnc hep tidak layan, nk bantah dengan cara bagaimana lagi?tlg bg cadangan..

Anonymous said...

cadangan...

kita gabungkan suara student ngan suara pensyarah supaya bantahan tu jd lebih kuat.ramai kan uztaz2 kat UPSI ni?mst diorg xstuju jgk dengan benda2 cmni kan?so kita gabungkan bantahan student ngan pensyarah supaya lebih kuat.kita kna sedar,suara student kat UPSI ni bknnye power sgt.lain la klu kat u lain.So pasni,klu ada pape bantahan..dapatkan kerjasama drpd pensyarah..jgn diorg takut sudah la.DENGAN INI SAYA MENCABAR SEMUA PENSYARAH UPSI YANG MEMBACA BLOG INI AGAR MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA TERHADAP ISU KONSERT INI.KALAU ANDA RASAKAN KONSERT INI MEMANG MENDATANGKAN MASALAH,SILA KELUARKAN KENYATAAN ANDA TANPA RASA TAKUT...
HIDUP..HIDUP..HIDUP STUDENT
STUDENT..STUDENT..STUDENT POWER

Anonymous said...

" Hai orang2 yg beriman, bertakwalah kpd kamu kpd Allah dan KATAKANLAH PERKARA YANG BENAR, nescaya Allah memperbaiki amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Al-Ahzab:70-71.

syabas kpd mereka yg membantah konsert... jangan takut... jangan gentar.

Ini langkahku
yang kan kuayun
walaupun payah
tak akan jera

Anonymous said...

nanti mst ada yg cakap`nape nak libatkan pensyarah?`

Contoh kalau kat umah,ada pape mslh,ibu atau bapa akan menjadi tempat kita meluahkan perasaan atau mendapatkan pertolongan kan?

so klu kat UPSI ni,diorg la jd ibu dan bapa kita.so apa salahnya klu kita dapatkan bantuan daripada diorg?

Untuk uztaz dan uztazah yang selalu bg ceramah kat UPSI ni,dlm ceramah mcm2 ckp.amal ma`aruf nahi mingkar,ajak wat kebaikan,tggl kejahatan,mcm2 la.tp dlm perkara2 yg mcm ni,mana suara mereka??atau mereka hanya pandai bercakap..bercakap..bercakap dan terus bercakap?

SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UPSI UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA DALAM ISU INI.JANGAN JADI BACUL KERANA TAKUTKAN PIHAK ATASAN.kami student bese ni sanggup wat mcm2 demi menegakkan kebenaran.sanggup terima risiko dikenakan tindakan.tp mana suara pensyarah?mana?mana?mana?
SILA NYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!

asma ul husna said...

pelajar-IPT nih org sabah bah atau org serawak..aku mmg x suka diorang..yg lelaki sebok nak kapel dgn muslim..yg muslim pun banggalah sbb ada yg x kurang hensemnya..

diorang ni bnyak yg kristian..skrg makhluk2 ni kan nak pengaruh org islam nak sesatkan org islam lg..

tgklah berapa bnyak komen syaitan yg bertopengkan pelajar-IPT ni menghina islam..

jg2 ya mulut kamu tu..jgn smpai kena panah petir..
old-fashioned yer..koranglah golongan yg xkan masuk syurga..gelaklah selagi termampu..

yg boikot2 ni teruskan usaha korang..aku sokong dr jauh..skrg final year..bz sgt..kurang ms nak turun pdg..biarkan jer apa2 yg c pelajar-IPT tuh nak ckp apa..kita cuba nsihatkan kepada muslim2 yg leka ni slagi termampu..
insyaallah...
wsalam..

Pelajar-IPT said...

ni tuk saudari ain solehah

pihak2 tertentu sedar bahawa ada pihak yang tidak senang duduk apabila bumu upsi didatangi oleh artis yang mana tidak tiada sebarang manfaat lain, kecuali hiburan semata2..

amboi2 nama pun konon solehah ok....no komen sb tu hnaya nama semata2 tak tau org sebenarnya mcm mna...betul ker awak bole ckp kenyataan mcm tu ''''tiada mafaat'''.......
awak ader ker menghayati lirik lagu jaclyn...seperti wajah..gemilang.....saya rasa lagu tersebut meningkatkan semangat UPSIAN kita pas tu lagu wajah sangat bersesuian dengan susana menderma....
cuma awak tu set otak awak lagu nasyid!!!!!.......takde lain selain nasyid nasyid.....

kepada suara siswa...
ko berkata,
Saya tak bencikan non-muslim, malah sejak sekolah saya berkawan dgn semua tanpa mengira agama. I even got 1 bes fren here, she's a Hindu n we respect each other's religious. Malah saya cuba belajar agama kalian utk lebih memahami dan menghormati kalian. Saya yakin ramai juga rakan seagama yang begitu. Islam mendidik kami supaya tidak menghina mahupun membenci rakan2 y tidak seagama. Kami diajar menghormati setiap jiwa.

betul ker yang ko ckp tu...mmg saya percaya dlm agama korang diajar supaya menghormati agama lain kan......tp lihat tindakan bodoh kamu tu cara membantah tu ker yang dikatakan sebgai hormat, sebelum tu iklan2 jac dikoyakkan lagi...apa nak jadi tu ker yg dikatakan hormat..jika betul kmu tunjuk hormat...tak paya nak boikot jac atau konsert.....kamu tak nak tengok..tak paya ler.....biarlah kmi non-muslim enjoy the show....sebenarnya kmu langsung tak hormat kebajikan non-muslim.....bagi kami kosert tu tak haram....so fikir balik adakah benar kamu menghormati non-muslim..ker nak kami jer hormat kat kamu......

Pelajar-IPT said...

saya tahu kita boleh dapatkan kumpulan nasyid dgn RM 2500 utk nyanyikan 6-8 lagu! Jac semalam bayarannya 3x ganda lebih dr jumlah y saya katakan, berapa lagu y dia nyanyikan? Bukankah itu dah termasuk soal pembaziran? Perlukah saya ingatkan perkaitan antara bazir dan syaitan?

adooooooooiiiiiiii plz ler asyik2 nasyid nasyid.........ketara la kmu mmg tak pernah hormat langsung kebajikan non-muslim.....ingat ni universiti apa.....bukan universiti agama......semua benda ikut kemahuan agama kamu....

Pelajar-IPT said...

Em, kali ni nak tambah banyak2 la smiley. Biar semua y komen di sini tak emo sgt. Harap2 smiley y byk ni nanti tak dijadikan isu pulakla ye =) =) =) =) =)

mmg jadi isu....disebabkan oleh tindakan kumpulan tudung labuh dan kopio semasa boikot tu yg langunsg tak matang....kami pelajar non-muslim semakin meluat dan tambah memandang serong ke atas kumpulan ni......mmg takder hormat langsung....bole dikatakan biadap..kurang ajar.....kumpulan mcm tu....

Pelajar-IPT said...

kepada asma ul husna

ko kata
"pelajar-IPT nih org sabah bah atau org serawak..aku mmg x suka diorang..yg lelaki sebok nak kapel dgn muslim..yg muslim pun banggalah sbb ada yg x kurang hensemnya.."

pertama jan rosakkan bahasa sabah.....memalukan tak tau ckp jan ckp......

"diorang ni bnyak yg kristian..skrg makhluk2 ni kan nak pengaruh org islam nak sesatkan org islam lg.."

sedihnya aku dengar kenyataan ni...mmg kami tahu sekian lama kamu beranggapan mcm ni....sebanrnya kmu benci dekat non-muslim...

"tgklah berapa bnyak komen syaitan yg bertopengkan pelajar-IPT ni menghina islam.."

lihat tu semua kenyataan tu keluar dr mulut awak yg menyebabkan peperangan.....

"jg2 ya mulut kamu tu..jgn smpai kena panah petir.."

tak takut sb saya yakin dengan kepercayaan saya....kamu ni mmg penjahat sikit2 kena petir la..

"old-fashioned yer..koranglah golongan yg xkan masuk syurga..gelaklah selagi termampu.."

hahahhaha mmg dah nampak ngan jelas..kmu mmg beranggapan mcm tu dekat non-muzlim...hahhaha jgn nak memandai yakin sangat dengan berkata begitu...awak yakin dengan agama awak saya yakin ngan agama saya.....so awak tak berhak sebenarnya nak tentukan manusia itu masuk syurga ker tak.....sedar la diri tu..mcm ler awak akan masuk syurga dangan gaya mcm ni....isk tak sedar2 ni org......i feel pity 4 u...

Anonymous said...

asma ul husna said...

pelajar-IPT nih org sabah bah atau org serawak..aku mmg x suka diorang..yg lelaki sebok nak kapel dgn muslim..yg muslim pun banggalah sbb ada yg x kurang hensemnya..

diorang ni bnyak yg kristian..skrg makhluk2 ni kan nak pengaruh org islam nak sesatkan org islam lg..

tgklah berapa bnyak komen syaitan yg bertopengkan pelajar-IPT ni menghina islam..

jg2 ya mulut kamu tu..jgn smpai kena panah petir..
old-fashioned yer..koranglah golongan yg xkan masuk syurga..gelaklah selagi termampu..

yg boikot2 ni teruskan usaha korang..aku sokong dr jauh..skrg final year..bz sgt..kurang ms nak turun pdg..biarkan jer apa2 yg c pelajar-IPT tuh nak ckp apa..kita cuba nsihatkan kepada muslim2 yg leka ni slagi termampu..
insyaallah...
wsalam..

ko x suka,ko pny pasal la...xda pun org bornea yg nakkan ko...ingt muka ko cantik sgt ke?ataupun bgus ko tukar warganegara Iraq...sbb semua agama ko kat sna...ko mmng terlalu selfish....

Anonymous said...

buat pelajar IPT,
komen kamu mcm sampah..skadar menjurus perbalahan..