August 18, 2009

H1N1 : Bilangan kes di UPSI hampir sama dengan Myanmar, Pro Kebajikan gesa laksana pencegahan ikut ‘SOP’

Tanjong Malim, 18 Ogos – Berikutan wabak H1N1 yang menjadi bualan ramai warga UPSI ketika ini susulan beberapa arahan kuarantin terhadap beberapa pelajar yang disyaki dujangkiti H1N1 di sini sejak beberapa minggu lalu, Pro Kebajikan mendesak agar pihak pentadbiran UPSI segera mengambil langkah berjaga-jaga mengikut ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) atau Prosedur Operasi Standard yang digariskan beberapa badan kesihatan dunia.

Dalam satu pembentangan oleh Biro Kajian dan Penyelidikan Pro Kebajikan yang dihadiri semua pimpinan Pro Kebajikan petang tadi, Malaysia dikatakan antara negara yang paling tinggi kadar kematian akibat H1N1 setakat ini.

Mengulas tentang kenyataan tersebut, Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan Pro Kebajikan mengatakan nisbah kadar kematian dengan jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 2 % yang mana risiko kematian bagi setiap 100 kes adalah sebanyak 2 orang.

Keadaan ini katanya sangat membimbangkan dan UPSI tidak terlepas daripada risiko itu.

Dalam satu analisis yang dibuat biro tersebut berdasarkan angka kes yang dilaporkan di beberapa negara, kadar kematian di Malaysia akibat wabak ini berada pada tahap serius.

Menurut beliau sehingga tengah hari tadi, negara Jepun hanya mencatatkan 2 kematian akibat kes ini manakala negara Asean lain seperti Vietnam pula mencatatkan 1454 kes dan 1073 daripadanya dilaporkan sembuh . Vietnam hanya mencatatkan 2 kematian setakat ini.

Selain itu, negara China yang mempunyai keluasan berkali ganda berbanding Malaysia mencatatkan 2729 kes dan berjaya mengawal wabak berkenaan sehingga 2400 daripadanya dilaporkan bebas H1N1.

Di Myanmar pula, hanya 22 kes dilaporkan dan 17 daripadanya sudah disahkan bebas jangkitan H1N1 sehingga hari ini.

Sementara itu, beliau yang turut membentangkan keadaan di beberapa tempat di seluruh negara menyarankan pihak UPSI melaksanakan ‘SOP’ yang dianjurkan supaya wabak ini tidak menjadi lebih serius di sini.

“Saya kira bilangan kes di UPSI sudah hampir dengan sebuah negara Myanmar, dan ini menuntut kita melaksanakan SOP yang berkesan bagi mencegah wabak ini”,ulasnya.

Tambahnya lagi, “UPSI harus mengambil langkah tegas dengan mewajibkan semua pelajar memakai ‘mask’ selain membuat pemeriksaan kesihatan yang berterusan kerana kes terbaru yang berlaku mengesahkan meskipun seseorang itu tidak menghidapi demam atau simptom dijangkiti H1N1, individu tersebut turut berisiko membawa virus H1N1”.

Sehingga semalam Malaysia mencatatkan jumlah kes sebanyak 4225 di seluruh negara manakala jumlah kematian bertambah 3 orang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 67 orang.

6 comments:

Anonymous said...

hrp pihak ptdbrn dpt mengambil langkah segera bg menangani wabak ini drpd lebih ramai lg yg akan mnjadi mgsa h1n1....

Anonymous said...

=="
why become so serious alrdy?????....

Rantong said...

Kita perlu belajar dari negara lain bagaimana menangani penyebaran wabak ni.
_______________________
View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Cepat2 lah bertindak wahai pihak yg bertanggungjawab!!! nk tunggu sampai darurat ke br nak terhegeh2 cuti la..hapa la...tolong jgn pentingkan diri sendiri...NYAWA tu lagi penting...pensyarah di harap alert ckit dengan virus H1N1 nih...jgn berkeras nk buat aktiviti luar....PELIK dan HAIRAN mcmmana pihak UPSI boleh luluskan aktiviti luar time2 kritikal mcm nih? x bca paper @ x tgk berita v ker? aduss....plssss la...NYAWA pelajar anda lebih penting dari segala2nya.....

Anonymous said...

kepada pihak ynag terlibat.. tak payah la tutup... jangan la wat keputusan yang cpt... wat la ikut suka kmu semua... biar la lebih ramai yag kena h1n1 yg terkorban... kalo ramai yang mati kurang sikit student d upsi... tu yang pihak yg berkenaan mau kan mungkin...

nak tungguh sampai bila.. tak lama ge puasa da... time 2 ge la ssh.. bap tak mkn... pas bdn semakin lemah sbb kurang tenaga... senang la h1n1 ni menyerang...

tlg la.. siapa yg rasa dia pihak yang terlibat dalam hal ini.. plz la wat keputusan cpt... jan tgu sampai puasa... nnt ge ramai yg kena...

kalo nak teruskan juga teruskan la.. kita tgk berapa ramai ge yang mati...

Anonymous said...

UPSI NI XAKAN DGR SUARA KITA..DIA ORG TU SUKA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI..KALO LA SAUDARA MARA MEREKA YG KENA DAN BELAJAR KAT UPSI..SURE DIA ORG AMBIL TINDAKAN DGN CEPAT..KITA NI BUKAN SAUDARA MARA DIA ORG..KALAU UPSI MASIH NK AMBIL TINDAKAN , KITA SEMUA..SEBAGAI PELAJAR MENULIS MEMO KEPADA MPP SUPAYA DIA ORG YANG TOLONG KITA..UPSI NI PENTINGKAN DUIT JE..