August 13, 2009

Kumpulan pembantah batal protes, dakwa diekori individu tak dikenali

Tanjong Malim, 13 Ogos – Tindakan protes yang dirancang kumpulan pembantah dibatalkan pada saat-saat akhir selepas beberapa penyokong kumpulan tersebut mendakwa diekori individu tak dikenali sejak petang semalam.

Keadaan tersebut memaksa mereka mengeluarkan arahan supaya tindakan protes tidak diteruskan.

Menurut salah seorang daripada mereka, beliau menyedari dirinya diekori seseorang yang tidak dikenali sejak petang semalam dan mengesyaki individu tersebut adalah perisik yang mahu mencari maklumat tentang tindakan protes yang dijangka berlaka malam semalam.

Sejurus menyedari keadaan itu, beliau memaklumkan perkara tersebut kepada beberapa rakannya yang lain dan mendapati perkara yang sama berlaku terhadap beberapa lagi penyokong kumpulan tersebut.

Ketua kumpulan pembantah tersebut yang khuatir akan keselamatan para pembantah untuk mengadakan tindakan protes yang dirancang semalam, akhirnya mengeluarkan arahan untuk dibatalkan rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut masih belum dikeluarkan kumpulan terbabit.

18 comments:

Anonymous said...

huhuu... poyo je lah... ckap dh buat perjumpaan dan berkumpul ptg smlm atur pelbagai strategi... namun apa hasil yang ko org semua dpt.. dgn alasan "DIEKORI INDIVIDU TAK DIKENALI". mmg x masuk akal la... ckap ko org smua 300org.. so mana kekuatan ko org smua... aku btul2 kecewa la.. cakap je berapi2 tapi hasil macam taik... sebab x protes.. aku g lah konsert smlm.. nk promot la sikit... mmg best la smlm.. rugi ko org x g...

lg satu aku tgok MPP PRO KEBAJIKAN pun tgok gak... ad gak ustaz dan ustazah yg bg sokongan...apa kes ni... cakap x serupa bikin...

INSAflah......

yakuza_inc said...

Pehal ni fanatik sgt smp mbhykn diri ni...ish2,kl nk tnjk fanatik,fanatik je dgn mbuat amalan yang disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang...TAKBIR!

yakuza_inc said...

JGN FANATIK

Pelajar-IPT said...

wakakkakakakkak padan muka kan takut juga..para pemboikot ni..hahhahahha mna perjuangan kamu konon ni.....hahahha lain kali jan berani ckp jer....less talk more action plz....

bila nk cakap benar said...

sekali lagi menipu kami...kata nk boikot...x jadi2...kecewa dgn penipuan ni...kalo x blh lakukan...jgn lah kuat lantang bersuara ja...last minit batal sebab org ikut lah...mcm2 alasan...mcm kami nk percaya!!!

Anonymous said...

wahh.
upsi ni ade ketua pembantah ke ?
x penah tau pun...

[teringin nak b'kenalan dgn ketua pembantah..]

lipan bara said...

kadang2 satu bnda tu xdela mcm mna sgt...
UPSIkini ini dilihat mcm nak sedapkan citer je...
bosan laaa...
org yg mula2 sokong gerakan kamu dah mula kurang kalo mcm ni...
come on la weiii
mcm xbes je

Unknown said...

Salam.
Bila saya dapat tahu bahawa konvo kali ini dijemput artis seperti jaclyn victor dan faizal tahir ada beberapa persoalan yang timbul di fikiran saya.

Pertama, adakah artis yang dibawa itu sesuai dengan imej UPSI yang kebanyakannya golongan pendidik?

Adakah sesuatu yang boleh kita contohi daripada untuk menjadi seorang pendidik yang baik?

Apakah contoh yang boleh kita ambil dari mereka yang boleh kita terapkan kepada pelajar-pelajar kita di sekolah?

Peribadi keduanya tidak perlulah saya ulas kerana media hiburan telah banyak ulas tentang mereka.

Cuma persoalannya begitu. Kenapa mesti golongan artis yang perlu ditampilkan apabila ada pesta konvo, karnival dan pesta keramaian? Apa kriteria yang diambil kira? Keuntungan? Didikan? Kemeriahan?

Ukurannya apa? Jika ada pelajar kita yang menyerlah bakatnya untuk jadi artis atau bercita-cita nak jadi artis, apa acuan yang kita nak guna? Didikan apa? Apa peranan yang perlu mereka bawa?

Jadi apakah model yang boleh kita ambil dari artis berkenaan untuk membentuk acuan modal insan yang mulia kepada pelajar kita kelak? Untuk diri kita juga?

Persoalan ini taknak saya jawab di sini. Saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya.

Soal penganjuran konsert hiburan di UPSI pernah saya timbulkan kepada penganjur pesta konvo tahun lepas. (lihat http://pemudaagama.blogspot.com/2008/08/surat-terbuka-kepada-penganjur-konsert.html) Juga kepada pihak penyadbiran. Persoalannya, apakah pengajaran dan post-mortem yang dibuat?

Penjelasannya pun telah saya berikan. lihat : (http://pemudaagama.blogspot.com/2008/08/mengajak-kepada-kebenaran-menegah-dari.html) (http://pemudaagama.blogspot.com/2008/08/syarat-dan-disiplin-yang-perlu-dipatuhi.html) (http://pemudaagama.blogspot.com/2008/08/hiburan-vs-pendidikan.html)

Saya tak kata hiburan itu salah. Cuma apa matlamatnya hiburan kita?

Dan saya tak kata kalau nak berhibur mesti dengan nasyid sebab taste masing-masing berbeza. Cuma benar atau salahnya pilihan hiburan kita perlu untuk difikirkan.

Teringat saya pada satu bait lagu:

"Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah."

Wallahua'lam.

KESIMPULANNYA..SETIAP ORG ADA HAK MASING2 NAK RSA HIBURAN...

Anonymous said...

saya sokong 100% dengan pemuda agama.
persoalan yang sama bermain di minda saya..
jika upsi melaung dan mengangungkan 'kebitaraan', di mana bitaranya mereka untuk diambil contoh?

akhir sekali: beginikah adatnya nak capai bitara di upsi?

Unknown said...

Sebenarnya, korang menganggap sebagai seorang GURU xboleh la buat itu ini. Apa yang aku tgk sekarang ni, bukan disebabkan hiburan tapi taksub itu memberi impak kepada identiti seseorang itu.

Apabila dikatakan guru, oh xbolehla tgk konsert, oh takleh la sertai keramaian. Itu mentaliti yang salah. Sebagai GURU dia perlu sesuaikan dirinya dengan keadaan. Sebagai GURU anda perlu menilai yang baik dan buruk. So,ambilah yang baik2 jer.

Kalau nak menjahamkan sesuatu majlis pun janganlah melebihi hak dan batas2 seorang Mahasiswa. Jangan meletakkan anda itu sebagai yang benar tetapi anda membuat yang batil dari segi tindakan.

Pikir2 kanlah. Anda masih belajar, so cara nak boikot or protes buat saluran yang betul. Hantar memorandum ke, jangan dok ikut suasana politik semasa. Diingatkan anda sekarang MASIH BELAJAR. STUDENT dan masih tertakluk kepada peraturan dan sahsiah seorang pelajar Universiti.

yahudi said...

belah la...pembantah pengecut kerana diekori oleh SB HEP..
kakakakkakakakakhhhhhhhh

Anonymous said...

upsikini pencetus perpecahan umat

Anonymous said...

Ala..kalau dah bacul tu.. bacul je lah... poraaahhh

Anonymous said...

kenapa hampa semua nak gaduh2 ni.. dah nak dekat bulan posa ni.. banyak2kanlah bermaaf2an.. bukannye dengan mengata ini mengata itu pastu semua ada puak2 sendiri. masalah ini takkan menjadi besar jika tidak dibesarkan dan masalah ini takkan menjadi kecil jika berterusan.

MungKin ini menjadi satu persoalan.

fikir2kanlah..

untuk bulan puasa yang akan menjelang ni berbaik2lah.. tapi ingatlah.. bulan posa bukanlah satu tradisi untuk kita bermaaf-maafan. kita melakukan ibadat bukan hanya di bulan puasa. jadi harapan dari saya.
fikir2kanlah.. buang yang keruh dan amik yang jernih.

dan kepada penulis blog ni.
janganlah cuba membuat sesuatu yang kita x tahu kebenarannya....
salam

azmir abdullah said...

pemuda @gama : kenapa jika bakal jadi guru, tidak boleh hiburan? semua tu bergantung kepada niat, kan? ambil yang positif. jgn terlalu negatif fikir itu ini. itukah guru? tahu membantah tapi tiada jalan keluar. kalau rasa konsert tu tak sesuai untuk otak anda sebagai guru, tak yah pergi. ramai lagi nak pergi. jgn iangat semua orang berfikiran sama macam anda. manusia ni various. dan ini malaysia. pelbagai agama. kalau islam tak benarkan, mungkin agama lain ada benarkan hiburan. jadi sapa rasa alim sangat, tak perlu pergi. jangan fikir ini universiti semua orang sama berfikir.

"kumpulan pembantah batal proses dakwa diekori individu tak dikenali" <-- ini mungkin paranoid. itu lah, jangan bicara tentang perjuangan jika takut akan risiko. berani buat berani tanggung. kalau tak berani, tak perlu, kan? elok sangat. andoid yang paranoid.

Unknown said...

Salam. Beberapa kali saya semak komen saya. Takda satu pernyataan pun yang saya kata bahawa "jika bakal jadi guru, tidak boleh hiburan."

Saya hanya membawa beberapa persoalan agar minda kita berfikir.

Isu yang nak saya bawakan ialah bentuk hiburan yang kita pilih. Mesej hiburan yang kita pilih. Pembawaan hiburan yang kita pilih. Suasana hiburan yang kita pilih.

Yang itu, saya serahkan kepada pembaca untuk difikirkan. Kan cikgu? Taknaklah saya bagi semuanya?

Kat perpustakaan pun berlambak buku tentang persolan hiburan boleh dikaji. Kat kedai pun ada buku-buku yang menyentuh tentang persolan hiburan. Kat universiti pun ramai pensyarah yang boleh kita rujuk.

Nak pilih yang mana? Panduan yang mana? Carilah.

Dan jangan lupa untuk mengkaji persoalan hedonism. Kalau boleh kaji juga tentang persoalan tentang pendekatan dakwah. Kajilah juga persolan tentang Gerakan Freemason, Illuminati dan yang sekutu dengannya jika ada masa.

Selamat mengkaji.
Wallahua'lam.

Anonymous said...

hahahh... tengok la malam time jac wat prsembahan, lepas je lelaki2 dan prempuan2( yang konon2 warak like akmal n aqilah) boikot, Tuhan hantar rmai lagi yang dtg tgk... lain kali nk boikot bkan cra menjatuhkan maruah org... jgn pk kta je btol..