August 11, 2009

Presiden Persatuan Pengguna UPSI perjelas bahaya hedonisme, sokong bantah konsert

Isu bantah konsert yang menjadi bualan ramai pihak kini turut mengundang Presiden Persatuan Pengguna UPSI, saudara Wan Ahmad Fathi bin Wan Hasan menyatakan pandangan beliau.

Melalui blog peribadinya http://myahmadfathi.blogspot.com, beliau memperjelaskan bahaya budaya hedonisme dengan disertakan pendapat beberapa tokoh akademik. Ulasan beliau yang turut mengaitkan hedonisme sebagai pembunuh intelektual mahasiswa menyatakan kesannya dapat dilihat dengan pembentukan pelajar yang pandai tetapi tidak berakhlak.

Dalam pada itu, tulisannya juga menjurus kepada penganjuran konsert yang diadakan pada Pesta Konvo kali ini.

9 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas ulasan presiden Persatuan Pengguna..... sedar2lah....

Anonymous said...

mabruk..
jangan pernah berhenti menegak yang haq..

Anonymous said...

Alhamdulillah, masih ade mahasiswa hari ini yang berani bersuara...ini baru mahasiswa sebenar

CheguFadh said...

satu ulasan matang drp Mr Presiden..
tapi sy tetap merasakan persembahan daripada orang ternama perlu..
utk menarik perhatian hadirin..

atau panggil sahaja karyawan terkenal dgn ilmu..atau buat satu wacana ilmu..

perbahasan mengenai perkara2 krtikal isu pendidikan bersama mana2 pemimpin parti politik lebih mampu menarik ramai masyrakat luar..

yang bermasalah adalah penonton yang terlalu excted..mcm mlm Jac,rasenye Jac sudah buat yang terbaik,tetapi segelintir penonton gagal dikawal..

Anonymous said...

SAYA DENGAN INI MENCABAR PRESIDEN PERSATUAN PENGGUNA UPSI MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI DALAM BANTAHAN KITA TERHADAP ISU INI.

klu setakat ulas..ulas..ulas dan ulas..xde org nak dengar pun.apa kata,skrg kita gunakan kuasa pensyarah2 untuk turut sama dalam isu ni.kita gabungkan suara pelajar dan suara pensyarah..

saya cadangkan setiap pensyarah diberi borang untuk menunjukkan samada mereka setuju@tidak dengan konsert ini.kalau diorg sendiri yang sokong konsert ni,dah xleh watpe la.kita duk melalak bagai nak rak membantah,tp rupa2nya pensyarah sendiri setuju benda ni berlaku..

Pelajar-IPT said...

hahhahaha......lawak lah kmu ni..isu mcm ni pun smapi nak bessr2 kan skg ni menyusahkan diri hingga melibatkan pensyarah......klu dah kalah tu kalah ler...tak payak nak g konsert....duduk jer ruma baca buku atau tengok ceramah agama...isk...betul2 la lepas ni klu masi kalah walaupun ada pensyarah tak tau entah apa lagi di buat...jan2 panggil org luar pula utk bantu mereka......isk tak serik2

Anonymous said...

ada masalah ke kalau libatkan pensyarah?kalau ada, sila bgtau.
pensyarah kan lebi pengalaman daripada kita.so mesti diorg ad jalan penyelesaian terhadap isu ni.Kita just mintak pertolongan daripda diorg.itu jer..

Anonymous said...

pelajar IPT mmg kesian la kat dia sbb dia xdpt hidayah..huhu..btl2 rs kesian kat dia..kesian sgt2..sabo jelah ye!

gembiranya melihat masih ada mahasiswa mahasiswi yg sudi memperjuangkan "amal makruf nahi mungkar"..tahniah!!!

Pelajar-IPT said...

"pelajar IPT mmg kesian la kat dia sbb dia xdpt hidayah"

tak yah......i love my religion...and im proud of it.....so pasal hidayah2 ni not my word.........buang jauh2 dr idup aku.......ko yg kena doa supaya dpt hidayah konon......hahahaha