August 18, 2009

Kunjungan ADUN Slim ke UPSIkini timbul tanda tanya

Kunjungan Ahli Dewan Undangan Slim, Dato’ Khusairi Talib ke blog UPSIkini dan menjadi ‘pengikut’ blog ini menimbulkan tanda tanya banyak pihak sejak berita mengenainya disiarkan UPSIkini beberapa hari yang lalu.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim mula menjadi pengikut (follower) UPSIkini sejak minggu lalu.

Berikutan itu, beberapa pendapat mengatakan beliau berminat mengikuti laporan yang disiarkan UPSIkini selepas pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Auditorium Utama UPSI pernah digunakan jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) dalam satu bengkel parti tersebut.


Gambar tersebut yang turut memaparkan bendera parti-parti komponen BN menjadi sebutan ramai selepas Pro Kebajikan mendesak Sakretariat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SSPR) UPSI membawa isu tersebut ke pihak atasan.

Walau bagaimanapun, tidak ada apa-apa tindakan diambil SSPR UPSI seperti yang disaran Pro Kebajikan.

Susulan daripada desakan tersebut, Pro Kebajikan menyatakan hasrat untuk membawa isu itu ke parlimen dan mengumumkan 3 ahli parlimen sudah dipilih bagi membangkitkannya pada sidang Parlimen akan datang.

Sehubungan dengan isu tersebut, Khusairi yang turut memegang jawatan Setiausaha UMNO Perak dikatakan antara pihak yang bertanggungjawab dalam isu itu memandangkan beliau sendiri merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim dan mempunyai autoriti paling tinggi dalam menentukan gerak kerja BN di kawasan terbabit.

Pendapat tersebut walau bagaimanapun belum dapat dipastikan kerana sehingga kini masih belum ada maklumat yang menyebut tarikh sebenar gambar tersebut diambil dan dakwaan mengatakan beliau merupakan perancang yang menggunakan Auditorium UPSI dalam program parti BN masih kabur.

Untuk rekod, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pernah mengeluarkan arahan supaya IPTA tidak digunakan sebagai tempat program mana-mana parti politik bagi mengelak IPTA dipergunakan untuk kepentingan parti-parti tertentu dan tindakan larangan tersebut adalah selari dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

6 comments:

Anonymous said...

(Pada pandangan dan pemerhatian saya, UPSIkini tidak wajar disekat.)

kenapa soalannya bukan begini..
(wajar atau tidak upsi kini disekat)
kan mudah difahami dan tiada unsur lain disebaliknya.....

Anonymous said...

ni laa namanya soalan putar belit...

Anonymous said...

betul tu, pemilik blog ni suka kelirukan pembaca dengan soalan-soalan yang menyebelahi pihak mereka. saya setuju dengan komen di atas. kalau nak tanya soalan tanya la betul-betul. rugi je ambil 4P.

Anonymous said...

huhuhuuu.... mcm sengal gak kan. mmg dh terbukti blok ni byk pningkan kpala org rmai..

sayangupsi said...

benda2 remah pun nk berkira..benda2 penting tak berkira pun....

Anonymous said...

tula namenye 'cikgu robot'..baru je diputarkan ayat dah mula bingung..tak boleh berfikiran luar kotak langsung..ni mesti semacam 'lampu pendaflour'..paham2 jela