August 6, 2009

ISA : Mahasiswa cadang MPP anjur debat

Tanjong Malim, 6 Ogos – Isu akta ISA yang hangat diperkatakan kini berikutan penganjuran demonstrasi besar-besaran oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama beberapa NGO lain turut menjadi perdebatan di kalangan mahasiswa di sini.

Sejurus selepas laporan berkenaan sokongan Arif Mohamad terhadap perhimpunan Mansuhkan ISA, UPSIkini menerima e-mel daripada beberapa mahasiswa yang memberi pandangan berkenaan isu tersebut.

Salah seorang pengirim yang hanya mahu dikenali sebagai “Kuda Melayu” mengatakan isu ini seharusnya dibawa ke pentas perdebatan ilmiah yang dikupas dengan penuh akademik di samping membawa fakta yang tepat.

Dalam tulisannya juga, “Kuda Melayu” mencadangkan badan tertinggi mahasiswa, MPP memainkan peranan dengan menganjurkan forum atau program seumpamanya yang boleh memberi maklumat sebenar berkenaan akta ini.

Ulasnya lagi, terlalu ramai yang memberi pandangan melalui sumber yang tidak sahih dan hanya merujuk silang kepada kumpulan tertentu dalam memberikan pendapat sedangkan fakta sebenar yang perlu diutarakan tidak sampai kepada umum dan program ilimiah yang membincangkan tentang perkara ini adalah sesuatu yang baik untuk generasi kini.

Wakil MPP Pro Kebajikan, Akmal Madzir ketika ditanya tentang cadangan ini mengatakan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengnjurkannya tetapi persoalan yang harus mahasiswa fikirkan adakah UPSI sebebas itu untuk memberi kebenaran bagi membincangkan perkara ini di pentas debat atau forum.

"Secara dasarnya kami memang berhajat untuk membudayakan program ilmiah seperti yang dicadangkan, apatah lagi membincangkan isu-isu semasa tetapi perkara yang menjadi penghalang kepada usaha ini adalah sekatan yang pelbagai bentuk dan cara apabila cadangan ini dibawa ke atas",ulasnya.

"Jadi, kita boleh rancang namun kami tidak dapat memberi jaminan sama ada cadangan itu dapat dilaksanakan atau tidak",tambahnya lagi.

12 comments:

I'M NOT mr_PERFECT said...

"Adakah UPSI sebebas itu untuk memberi kebenaran bagi membincangkan perkara ini di pentas debat atau forum.

"Secara dasarnya kami memang berhajat untuk membudayakan program ilmiah seperti yang dicadangkan, apatah lagi membincangkan isu-isu semasa tetapi perkara yang menjadi penghalang kepada usaha ini adalah sekatan yang pelbagai bentuk dan cara apabila cadangan ini dibawa ke atas",ulasnya.

"Jadi, kita boleh rancang namun kami tidak dapat memberi jaminan sama ada cadangan itu dapat dilaksanakan atau tidak""
so sama2 kita renungkan.

CheguFadh said...

haha..sape la nak benarkan..
kalau PPSMI pn dulu cm susah..
nsb ade kaitn ngn akademik..
tp ISA ni ade kaitan ngn wrganegara Msia..
ade kaitan ngn mahasiswa yg dikatakan dan dijaja sbg pemimpin masa depan..
tgk je sama ada betul tak mahasiswa diiktiraf sbg pemimpin masa depan atau jadi pak angguk dan pak turut di masa depan..

Anonymous said...

Salam

saya sangat berbangga andai upsi mampu membincangkan isu ilmiah ini.

Namun betul, persoalannnya mampukah?
saya banyak mengenali rakan-rakan pendebat UPSI yang hebat dipersada IPT. Antaranya Habibah,Halimatul, Kaza,Baihaqie dan beberapa nama senior yang hebat seperti Faiezi dan Inra yang hebat dalam pentas debat IPT.

Andai mereka diminta mengulas isu ini sudah tentu kita dapat melihat kekusutan disebalik ISA.

Kita boleh cadangkan usul :

1) ISA tidak relevan
2) ISA lebih sudu dari kuah

dan sebaganinya.

Namun persoalannnya masih sama, mampukah?

Anonymous said...

Akmal dan Pro Kebajikan,banyak lagiperkara berilmu berfaedah yang boleh dibuat,jangan dok kalut2 pasal hal ni la..

Anonymous said...

aku setuju... tak payah duk berdebat dengan perkara yang masih belum mampu kita jangkaui (di luar lingkungan). biarlah politikus je bergebang sebab dah itu keje dorang. anda sebagai mahasiswa perlu fokus kepada pelajaran dan untuk dapat degree...

Anonymous said...

bagi saya, perdebatan mengenai ISA perlu pada orang yang betul-betul paham mengapa ISA ditubuhkan. Bukan hanya sekitar kumpulan-kumpulan pendebat sahaja, mahasiswa lain juga boleh mengutarkan pendapat masing-masing namun penyampaian pendapat itu secara ilmiah.bukan untuk menekan mana-mana pihak atau menunding jari salah siapa. . pada hemat saya tidak semudah itu UPSI membernarkan pelajar-pelajarnya membicarakan perdebatan seperti ini. PPSMI yang berkait rapat dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh guru sendiri pun kita hanya mampu membicarakannya selepas separuh dekat dasar itu dijalakan. Cuma bagi mahasiswa perlulah ada kesedaran dalam memahami dan mengetahu isu yang berlaku sekitar kita dan bukan pergi ke kuliah semata-mata. Kita adalah pewaris kepimpnan masa depan jadi kita perlu ambil tahu perkara yang berlaku di sekitar kita.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Nie nk buat perkara berilmu yang berfaedah la nie..

Jumud betol la pemikiran ko nie anonymous yang dimaksudkan..

sempit pemikiran..

Anonymous said...

kasi setel hal kebajikan dulu..
h1n1 xtau braper ramai yg kena..
xyah dok sibuk2 dgn ISA..

Anonymous said...

xsemetinya pendebat jerr yg hebat utk utarakan isu ni..ntah2 rmai lg mahasiswa mahasisiwi upsi yg lebih bijak utarakan pendapat dlm hal ni....tp walau ape pon...utamakan kebajikan student lu....jgn nak wat benda lain slagi kebajikan student xterjaga...nnt dpt saham kat akhirat sbb xtunaikan janji ms jd pemimpin....ingat semua janji yg xtunaikan kat akhirat akan dituntut...............

Anonymous said...

Encik YO DBC 7231...KO sendiri dah baca ISA?Dah tengok ISA?Dah faham ISA?Belek2 dulu..kalo tak tau jangan cakap ..macam ni ker askar?? Kodok Hijau!!!

Anonymous said...

salam....xpayah la nk bdebat gan suma ni..apa yang dapat....apa yang perlu pkr bg abis stdy 2....nk sangkal wtpa akta ISA ni....ini hal kerajaan...n slma ni kerajaan dh jalankan tugas gan sempurna n yg xsempurna org yg asyik nk tentang akta ISA ni....jgn jd org yg xpandai pkr....terutama saudara Arif pjual nasi lemak 2....

Anonymous said...

pd hemat sy kita kne ambik th..
mebi sekadar utk ilmu tmbhn..
n scr jujurnye sy xstuju kalo ISA dmansuhkan...sila layari website Tun Dr mahathir n plez3 get some info there...u wont regret it

love peace no war=)