August 4, 2009

H1N1 : KHAR bebas positif

Tanjong Malim, 4 Julai – Penularan wabak H1N1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, dilaporkan semakin pulih. Laporan terkini yang disampaikan kepada UPSIkini mengesahkan enam pelajar yang dikuarantin di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) kerana disyaki positif H1N1 telah bebas daripada jangkitan tersebut.

Berikutan itu, 2 orang daripada mereka dibenarkan pulang ke kampung masing-masing selepas doktor mengesahkan mereka hanya perlu dikuarantin biasa dan simptom yang dihidapi tidak membahayakan manakala 4 pelajar lagi dijangka akan dibenarkan pulang dalam masa 3 hari lagi.

Mereka sebelum ini dikuarantin selama hampir seminggu setelah ujian mendapati mereka positif dijangkiti H1N1 selepas pulang daripada satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Di Kolej Ungku Omar (KUO) pula, dilaporkan seramai 23 orang dikuarantin dan 3 daripadanya dikatakan berada dalam keadaan berjaga-jaga. Turut dimaklumkan seorang daripada mereka positif.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 301 orang pelajar dilaporkan tinggal di kolej-kolej kediaman dalam tempoh cuti ini yang sebahagian besarnya daripada Sabah dan Sarawak – KHAR, 148, KUO, 90, KAB 20 dan KZ, 43. Walau bagaimanapun, tiada data bagi pelajar yang tinggal di luar.

3 comments:

Anonymous said...

apa ni? buat data pun tak betul. memang tak betul pun data tu. suka hati dia je nak letak data mcm tu, ni dah update ke apa ni? tak update pun salah juga.

lain kali cari wartawan yang beretika ...hehe..

wahai moderator blog, selagi anda menulis dengan bersumberkan ikut kepala otak sendiri..selagi itu fakta atau tulisan anda akan disanggah...berhati2lah.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

dah x betol betol kanlah..
Nie UPSIKINI..
Utusan sendiri pun banyak kali buat silap sehingga beberapa kali ralat..

Niekan pula upsikini yg moderatornya mungkin pelajar sem 3..

Silap skit2 mengenai angka tu biasala

Anonymous said...

betul lah data tu...
saya dah tnya d pejabat kolej...
thniah Upsikini bg brita terkini n benar....
so blh r blk kolej...