August 24, 2009

Akmal : Protes senyap ikut syariat

Isu protes senyap semasa pengajuran konsert sempena Pesta Konvokesyen beberapa minggu lalu yang menjadi perhatian banyak pihak sebelum ini menimbulkan satu dimensi baru dalam mengutarakan pandangan di kalangan mahasiswa UPSI di sini.

Dilaporkan juga, tindakan yang dianggap luar biasa itu dicatur oleh sekumpulan pelajar yang merupakan penyokong Pro Kebajikan. Sehari selepas insiden tersebut, pelbagai reaksi dan pandangan dikeluarkan menjurus kepada kesesuaian tindakan itu dibuat.

Bagi memperkatakan tentang perkara tersebut, UPSIkini menghubungi Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Akmal Madzir yang turut membantah penganjuran konsert tersebut. Ikuti temubual UPSIkini bersama beliau.

UK : Assalamualaikum

AM : Waalaikumsalam

UK : Apa khabar? Bagaimana Ramadhan?

AM : Sihat saja. Alhamdulillah, awal Ramadhan ini pun ok, dapat terawih dan jalani aktiviti harian seperti biasa.

UK : Saya nak terus kepada topik perbincangan kita. Ramai pihak memandang protes senyap yang dibuat tempoh hari begitu memberi kesan sehinggakan pihak HEP sendiri memandang serius tentang perkara ini walaupun tindakan tersebut hanya tindakan mudah, hanya beredar daripada majlis. Ramai juga ingin tahu, bagaimana tindakan ini boleh dibuat sedangkan saudara sendiri berada di dalam MPP dan mempunyai suara untuk menghalangnya sebelum diputuskan.

AM : Pertama sekali saya nak ucap terima kasih kepada upsikini yang sudi menemubual saya meskipun hanya melalui YM. Ramai yang tidak tahu dan saya sendiri tidak mahu mendedahkan perkara ini tetapi sebagai penjelasan kepada persoalan tersebut saya perlu beritahu. Baik, dalam mesyuarat awal MPP berkenaan Pesta Konvo, saya tak dipanggil untuk hadir dan saya tahu mesyuarat itu dibuat semasa mesyuarat itu berjalan, itupun melalui SMS dari rakan saya, Hanif. Pada hari tersebut kebetulan saya ada urusan lain. Kalau saya free masa tu, memang saya dah pergi. Saya tak tahu apa yang dibincangkan. Esoknya saya dimaklumkan, artis jemputan dan penganjuran program itu sudah dibuat tanpa saya tahu. Kami dalam MPP Pro Kebajikan seorang pun tidak dimaklumkan dan hanya Hanif yang dipanggil. Hanif akhirnya tarik diri daripada menjadi pengurus konsert pada malam itu. Dan selepas kita dapat tahu, kita terus jumpa dan nyatakan pandangan yang kita tak setuju dan minta dibincang garis panduan. Pandangan kami ditolak mentah-mentah. SMS juga kami hantar untuk minta dibincang semula, tapi alasan yang diberi, keputusan dah dibuat. Kemudian kami ambil tindakan untuk berjumpa TNC. Pun sama, tak ada respon yang positif. Apa yang dibualkan, saya tak boleh nak dedahkan Cuma katanya kuasa dah diberi pada seorang pegawai untuk buat keputusan. Jadi kalau diikutkan, usaha kami berunding dengan cara baik dah dibuat tetapi tidak diberi perhatian. Jadi saya serahkan kepada pimpinan Pro Kebajikan untuk buat keputusan dan mereka putuskan untuk protes senyap.

UK : Ada pandangan mengatakan tindakan tersebut hanya memalukan universiti dan ada juga minta apa dalil yang membenarkan tindakan tersebut dibuat.

AM : Saya lebih malu dengan Allah. Saya memegang portfolio untuk membangunkan sahsiah tapi budaya yang bertentangan dengan agama tetap menjadi pilihan mereka yang sama agama dengan saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya untuk mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan, itu suruhan Allah. Dan kaedah diperjelaskan melalui hadis yang meyuruh kita menggunakan tangan dan sekiranya tak mampu dengan lidah dan kalau tak mampu juga dengan hati. Baik, kami dah ambil tindakan keduanya-duanya, gunakan kuasa yang ada dalam MPP tapi tak diendahkan, guna pendekatan berbincang dengan TNC, juga sama hasilnya dan tindakan terakhir kami tunjukkan rasa tidak setuju dengan hati. Ramai yang mentafsir menggunakan hati itu cukup sekadar benci namun tafsiran yang sebenar ialah tunjukkan perasaan itu dengan tindakan. Contohnya, seorang kanak-kanak yang tak suka dengan sesuatu makanan, hatinya tak suka, dia tak makan, malah mungkin sepah-sepahkan makanan tersebut. Jadi, situasi yang kita hadapi ini juga sama, kita tak suka dan tindakannya kita beredar dari majlis tersebut. Ini mengikut syariat.

UK : Bagaimana pula kalau ada yang kata tindakan tersebut menunjukkan saudara dan rakan-rakan yang lain tak bersama universiti dan menentang pihak HEP.?

AM :Saya bersama universiti, cuma tak bersama dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. UPSI tak bersalah, UPSI dipandang tinggi masyarakat tetapi orang-orang di dalamnya yang menjatuhkan nama UPSI. Saya nak bawa satu sirah nabi. Nabi Ibrahim menentang bapanya sendiri yang membuat berhala. Kalau ikut tafisir para ulama’, berhala sekarang ini adalah ideologi dan budaya yang bertentangan dengan Islam; sekularisme, hedonisme dan lain-lain. Kalau nabi pun menentang bapanya sendiri kerana bapanya tak ikut syariat, maka kami juga mengambil langkah yang sama menentang perkara yang tak selari dengan agama. Salah ke tu?

UK : Timbul juga dakwaan mengatakan tindakan dan perjuangan saudara dan rakan-rakan lain mirip kepada perjuangan PAS, parti politik luar. Apa komen saudara?

AM : Ini bukan soal perjuangan PAS atau mana-mana pertubuhan pun. Kalau PAS tak ada di Malaysia ni pun, perjuangan saya dan rakan-rakan tetap sama. Pihak yang mengaitkan perjuangan kami dengan parti-parti tertentu hanya tindakan untuk mengalih isu dan akhirnya nanti melabel. Kalau nak ikutkan perjuangan kami juga sama dengan ABIM, JIM, jemaah tabligh dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain. Kenapa nak samakan dengan PAS sahaja?Pokoknya sekarang, mana-mana program dan agenda yang bertentangan dengan syariat kita tak setuju dan kita akan suarakan pandangan.

UK : Kita semua tahu saudara dan rakan-rakan menggunakan “Kebajikan” sebagai landasan dalam setiap tindakan yang dibuat. Tapi apakah tindakan protes senyap ada hubung kait dengan “Kebajikan”?

AM : Kita kena faham. Sebelum perkataan kebajikan itu kami pilih untuk jadikan tagline atau landasan dalam setiap tindakan, kami berbahas berhari-hari untuk memberi tafsiran yang menyeluruh. Kebajikan jangan hanya dilihat pada sudut dunia, perlu juga dilihat dalam konteks yang lebih besar, di dunia yang lain, dunia akhirat. Kita perjuangkan kebajikan mahasiswa bukan hanya kebajikan di universiti, malah kami juga bertanggungjawab untuk membantu rakan-rakan mahasiswa dalam kebajikan ‘di sana’. Kami berperanan untuk meminimumkan sebanyak mungkin perkara-perkara yang boleh mengurangka kebajikan rakan mahasiswa ’di sana’ nanti, di alam yang tidak ada siapa pun boleh tolong. Itu kebajikan sebenar. Kita sediakan majlis ilmu, mudah-mudahan dengan ilmu tersebut boleh memberi kebajikan kepada rakan mahasiswa bila berdepan dengan tuan punya dunia ini. Maka, perkataan ‘kebajikan’ itu bukan hanya kita nak perjuangkan di universiti tapi lebih dari itu. Ini matlamat dan tekad kita dalam setiap tindakan yang kita buat.

UK : Baik, cukup jelas penjelasan saudara. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan berbagai-bagai urusan.

AM : Sama-sama. Terima kasih juga kepada UPSIkini yang beri peluang untuk saya membuat penjelasan. Semoga penjelasan saya ini boleh memberi manfaat kepada semua dan diri saya sendiri.

UK : Assalamualaikum.

AM : Waalaikumsalam.

21 comments:

Anonymous said...

Kelakar...
YM akhmal dgn upsikini xder limit..
bagusnyerr...skali anta bleh skali byk mcm tu... eee bodohnyer la saper yg percaya.. wei brother..cakap boleh la....

Anonymous said...

ooo..patut la...hmm..baru saya faham..

-cetek ilmu-

Anonymous said...

Akmal, saya kenal kamu..Saya nak ucapkan tahniah pada kamu kerana berani menegakkan apa yang selama ini tak berani dibuat orang lain..Kami sebagai staf pun dapat merasai kelainan kepimpinan kamu dan rakan-rakan kamu..Saya doakan kamu dan rakan-rakan terus berjaya..Teruskan usaha..

-penyokong senyap-

Anonymous said...

Membaca penjelasan awak buatkan saya rasa begitu kerdil..jauh betul pandangan awak dan rakan-rakan...Saya sendiri tak terfikir ke tahap itu..Dan tak pernah pula ambil tindakan ikut sirah nabi-nabi..Semoga terus berjaya..
Salam Ramadhan...

Anonymous said...

Yeke ni??
Hmm..ok...penjelasan diterima...

Mr. Teller said...

Kepada pengirim komen yang pertama.
Kalau nak sembang panjang-panjang, tekan 'enter' bila dah tulis satu-satu ayat.Tak perlu taip sekali gus masa penjelasan dibuat. Dan bila dah dapat isi temubual, proses 'editing' dibuat untuk betulkan ejaan, struktur ayat tanpa mengubah maksud. Itulah cara penulisan mengikut laras kewartawanan.Editor saya tak ada masalah pun dalam temubual tu.
Semoga anda dapat ilmu baru guna YM.

Terima kasih.
Teruskan Bersama UPSIkini.

Anonymous said...

wa...memang profesional..saya rasa mr teller mesti byk ilmu pasal wartawan..dulu diploma mascom ke?kat sini DPLI ek..

Pelajar-IPT said...

apa bodo punya upsi-kini......mmg ni blog utk pro kebajikan.......

Anonymous said...

sesungguhnya... janganlah kita menipu & membohong di bulan Ramadhan... w'pun kmi x nampak dan dengar.. Tapi Allah S.W.T mengetahui segala-galanya... Amin

Anonymous said...

sesungguhnya... janganlah kita menipu & membohong di bulan Ramadhan... w'pun kmi x nampak dan dengar.. Tapi Allah S.W.T mengetahui segala-galanya... Amin

Anonymous said...

ym akmal kambinghep@yahoo.com kan

sayangupsi said...

ISLAM BOLEH!

RAMADHAN KAREEM=)

bjw said...

teruskan perjuangan anda dan rakan-rakan..

maahadian al muallim said...

Kami akan teguh bersama pihak UPSI dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. UPSI mesti dijulang kerana ini merupakan satu2nya universiti yang bakal mengeluarkan guru-guru..

Pincang universiti pincanglah produk gurunya..

Ayuh kita bersama-sama dengan TNC dalam membuat perkara baik. Saya setuju dengan pendapat akmal. kita bukan melawan HEP tetapi menegur HEP dan pihak pentadbiran universiri kerana sayangnya kami kepada universiti..

Semoga kita semua dalam rahmat Allah Taala..

hamba_ALLAH said...

moga kita semua drahmatiNya..
persetankan ap reaksi org len, pd pandangan ALLAH swt itulah y kita hendak raih..

~:: teruskan perjuangan kalian!!::~

Anonymous said...

Apake halnnya protes senyap. Cakap je takut kan senang. Mcm Bodoh je bunyi protes senyap. Bajet best ke protes senyap. kononya mahu menjadi isu. Boleh blah la. kalu berani time mgundi kita pakat kuar ramai2.

Anonymous said...

tahniah saudara akmal. anda sememangnya berkelayakan memegang amanah ini.

rambo malaya said...

'Anonymous said...
Apake halnnya protes senyap. Cakap je takut kan senang. Mcm Bodoh je bunyi protes senyap. Bajet best ke protes senyap. kononya mahu menjadi isu. Boleh blah la. kalu berani time mgundi kita pakat kuar ramai2.'

apake halnya bg komen tp pakai anonymous??macam bodoh je bunyi anonymous.kononnya mahu komen isu.boleh blah la.kalo berani time komen kita pakai nama sendiri ramai2..

AFITI said...

salam..ada ker ym kambinghitamhep@yahoo.com...
try la add kalau dapat..huhuhu..den cubo x dapek jo..

Alhamdulillah..mana yang baik, kita teruskan..jangan jadi mahasiswa terlalu takut..bahkan bukan stakat mahasiswa..kalau bukan mahasiswa pun perlu tegakkan apa yang betul2 benar..universiti ini platform untuk mhsiswa..jika lepaskan pluang amatlah besar kerugiaannya..di sinilah lahirnya pemimpin. Teruskan perjuangan,tiada istilah takut dalam mencari kebenaran..tanpa mereka ini, mungkin kita tidak tahu di mana salah kita..teruskan usaha murni ini

Anonymous said...

eleh!protes senyap konon...ms mlm perasmian pesta konvo, leh plak pakat ramai2 turun...ms mlm forum tak leh plak...brape ketul je yg dtg.dgr2 tak dtg sbb ada solat hajat kat kolej...ermmm tak kan yg takleh solat tu pun solat jugak?tak leh ke dtg forum perdana?

Anonymous said...

penjelasan yang mmg masuk akal..namun ada sedikit kekeliruan mengenai kepimpinan ahli mpp yg lain iaitu seperti tidak bersatu dalam membuat keputusan..cthnya hanya saudara haniff yg dijemput dalam mesyuarat.apapun teruskan perjuangan ahli mpp pro kebajikan.