Sehingga kini tidak kurang 10 orang pelajar dikuarantin di beberapa kolej kediaman kerana disyaki terkena jangkitan H1N1 berdasarkan simptom-simptom yang dialami pelajar terbabit.
Berikutan itu, timbul beberapa desakan daripada kalangan mahasiswa yang mahu UPSI segera mengambil tindakan susulan agar mahasiswa diberi maklumat keadaan semasa berkaitan wabak ini di UPSI.
Salah seorang mahasiswa yang ditemui, Suhaila, 21 tahun, menyarankan agar maklumat disampaikan kepada seluruh mahasiswa agar mahasiswa maklum tentang keadaan terkini di UPSI berhubung dengan wabak tersebut.
“Saya berpendapat, pihak UPSI perlu sampaikan maklumat kepada kami sebagai pelajar agar kami tahu perkembangan terkini mengenai wabak ini di UPSI dan baru-baru ini kecoh di kalangan rakan-rakan saya yang mengatakan sudah ada pelajar UPSI yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut”,katanya.
“Dengan hanya mendiamkan segala apa yang berlaku akan membuatkan kami berasa lebih bimbang, ditambah pula dengan khabar-khabar yang mengatakan sudah ada kematian di UPSI akibat wabak ini”,tambahnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan agar semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengambil langkah sewajarnya untuk menangani penularan wabak H1N1 di kampus masing-masing dan tidak perlu menunggu arahan pihak Kementerian Pengajian Tinggi sekiranya keadaan serius dan memaksa penutupan kampus dibuat.
Beliau yang mengeluarkan kenyataan tersebut mengatakan masih belum ada mana-mana IPTA yang membuat laporan untuk menutup kampus setakat ini.
Sebelum ini, UPSIkini melaporkan timbul desas-desus yang mendakwa UPSI bakal ditutup sekali lagi berikutan penularan wabak ini meskipun telah ditutup awal bulan lalu.
Sehingga kini, 64 orang dilaporkan meninggal dunia akibat H1N1 di negara ini.
11 comments:
tangguh sem... cpt.. nnt byk yg mati...
byk yang tak setuju tangguh sem...doa2 la keadaan x berlarutan
buatlah kptsn yg terbaik untuk rakyat wahai kerajaan.
satu malaysia,
rakyat didahulukan
prestasi diutamakan
realisasikan kata2 ini....
tagguh la..xsabar nk cuti nih..he3..
1. daripada hari tu lagi upsi tgh bincang..tapi xde berita atau memo langsung perkembangan H1N1 di upsi.. napa UPSI jd mcm pihak bomba dalam filem iaitu lepas sesuatu benda bakar hangus baru pihak bomba datang.. adakah upsi sama mcm pihak bomba dalam filem?selalu ambil tindakan secara perlahan?daripada terjangkit H1N1 ni baik upsi bg cuti je..jgn la sampai keadaan bertambah jeruh baru nk ambil tindakan ..ni soalan nyawa.soal hidup atau mati..
harap2 pihak upsi keluarkan memo di IMS UPSI...
2. napa tak de org pun jawab..?ada pelajar upsi meninggal ke akibat H1N1?
kalo tangguh sem.. xpe..boleh stdy balik.. nyawa boleh tanguh ke?H1N1 boleh tangguh ke daripada terjangkit ?adakah H1n1 akan fikir..sperti ini" oh..budak2 upsi ni tgh stdy ..n sekarang ada kuliah.. dan bakal ada exam.. so aku(H1n1) akan aktif time cuti semester la di Upsi.."adakah h1n1 akan fikir mcm tu?so kita sebagai manusia cuba la berfikir...daripada semua terjangkit..baik upsi tangguh sem..xsalah pun.. ..yg penting pelajar sihat dan dapat meneruskan pengajian..itu yg penting..
minta minta jangan tutup kes
sy hairan kenapa hal bahaya mcmni tdk diendahkan oleh phk yg bwajid....dan tiada kenyataan tentang kduduukan hal sebenar ini di UPSI....kenapa harus bdiam diri...adakah nyawa boleh di buat main2....tlg la bgtau keadaan sbenar...tlg la bgtau cepat keadaan sbenar UPSI...kami di ajar untuk jujur di UPSI sedangkn phk pgurusan tidak jujur untuk bgtau apa hal sbenar....tlg la...1 lg jgn jd golongan yg pentingkan diri xmahu tangguh sem sbb dh nk abis stdy tlg pkr nyawa n nyawa ni bleh tangguh2 ke....
kami syg UPSI n harap UPSI pn syg kami semua pelajarnya
x de pun bdak upsi mati lg... pensyarah aku bg tau....
lec aku pn same..
tp td de dak bgtau lec die ckp de 2org yg mati..fenin2..
tp pg td lak sebuk duk tahan org yg x pakai kasut,yg mulut x pakai mask dorng x kesah plak...
cm mne kes nak abes???
x de strategi pencegahan..
pas2 sebuk nak merawat..
mau x mati..
hmmmmmmm....
ntah nye laa..
pihak upsi spttnya mwajibkan sume pljr unt mmakai mask..
ne x, kes makin serius..
dorang neh wat slamba plak..
ades~
Post a Comment