August 17, 2009

H1N1: Desas-desus UPSI bakal ditutup tersebar luas

Tanjong Malim, 16 Ogos – Penularan wabak H1N1 yang melanda UPSI buat kali kedua selepas diarah tutup awal bulan lalu menjadi perbualan ramai di kalangan mahasiswa di sini.

Berikutan itu, pelbagai desas-desus yang mengatakan UPSI berkemungkinan besar ditutup sekali lagi bagi memastikan UPSI benar-benar bebas daripada wabak tersebut yang sehingga kini mencatatkan kematian sebanyak 62 orang di seluruh negara.

Berita tersebut tersebar luas di kalangan mahasiswa di sini. Dalam pada itu, timbul pula ura-ura mengatakan UPSI akan ditutup selama sebulan dan takwim pengajian bakal dirombak semul adengan memendekkan cuti pada hujung semester. Namun, cakap-cakap itu disangkal beberapa pihak kerana tidak mempunyai justifikasi yang jelas mengapa tempoh cuti tersebut begitu lama.

Bagi pelajar Sabah dan Sarawak pula, mereka sekali lagi diundang perasaan bimbang dengan keadaan yang berlaku. Ada di kalangan mereka yang tertunggu-tunggu berita dari peihak pentadbiran UPSI tentang perkara tersebut bagi membolehkan mereka menempah tiket untuk pulang ke kampung seperti rakan-rakan mereka yang tinggal di semenanjung tanah air.

Sementara itu, ada pihak yang tidak bersetuju tindakan memberi cuti sebagai langkah menghindar daripada warga UPSI terkena jangkitan tersebut kerana tindakan tersebut dikatakan tidak praktikal dan hanya akan menjejaskan banyak perkara.

Antaranya adalah jadual pengajian yang akan tergendala dan risiko penyebaran wabak terbabit ke merata tempat apabila semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Untuk rekod, undian berkenaan kewajaran tindakan memberi pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing berikutan penularan wabak H1N1 pernah dijalankan UPSIkini dengan catatan peratusan yang setara antara undian setuju dan tidak setuju.

UPSI sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkembangan ini dan dikatakan hanya akan berbuat demikian sekiranya mendapat arahan daripada kementerian berkaitan.

11 comments:

Anonymous said...

saya selaku pelajar sem 7.. berasa sangat kesal dengan sikap beberapa orang pelajar yang penting kan diri sendiri.. cuba piak yang terlibat memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang keadaan h1n1 d upsi ini... ini bertujuan agar pelajar lain tidak takut or tertanya sama ada berita yang disebarkan adalah benar.. berkenaan kematian n cuti.. minta pihak yang terlibat tidak menutup mulut.. sekiranya ada kematian beritahu para pelajar perkara yang sebenarnya... kematian bukan perkara yang baik untuk kita dengar.. harap jangan la terlalu menjaga nama UPSI... kita harus menjaga kebajikan pelajar...

walaupun saya pelajar sem 7.. saya tidak merasakan tangguh sem suatu perkara yang menyusahkan... hanya tambah 1 sem bkn tambah 4 tahun... kalo dahulu kita bolah belajar selama 6 tahun d sekolah rendah.. 5 tahun d sekolah menengah.. 1 tahun matrik or 1 thn setengah untuk ting 6... kenapa pula dengan hanya tambah 1 sem menjadi masalah yang sangat besar bagi anda.. anda sebagai mahasiswa/i yang "bitara" seharusnya bijak berfikir.. tahu membuat keputusan... bijak membuat pilihan... fikir3 kan la...

untuk pelajar sabah dan sarawak... harap anda dapat bersabar... saya tahu anda semua tertungguh keputusan.. saya sendiri pun tertunggu3 keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak universiti... harap2 pihak yang terlibat blh wat keputusan dengan kadar yang segera..

jangan la tunggu sampai lebih banyak mangsa.. seperti yang kita tahu mangsa kematian di malaysia semakin meningkat.. keadaan semakin bertambah teruk..

nyawa merupakan sesuatau yang tidak ternilai...

kepada pelajar DPLI.. kita sama2 "anak kandung suluh budiman"

dengar kata pelajar DPLI pun kena juga... kesian mereka.. datang hendak belajar tetapi dapat sakit pula.. sbb tidakan yang "terlalu cepat" dr pihak yang terlibat...

tlg la jangan tgu lama2 masalah ini bkn masalah yang kecil or blh dibawa main2... ini melibatkan nyawa manusia n bknnya nyawa "babi"...

saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa.. tetapi wat la keputusan yang lebih baik...

bg saya tangguh sem adalah lebih baik berbanding cuti...

bkn setakat pelajar yang sahaja yang kena... pensyarah, penjaga makmal, pekerja, n semua staf yang ada di UPSI mempunyai kebarangkalian untuk kena penyakit h1n1 ini...

plz la jangan tambah mangsa lagi... bertindak la dengar cpt...

yang benar,
pelajar sem 7...

Anonymous said...

ya...betul 2...susah keadaan sekaang ni yang sangat genting........ cepat-cepatla umumkan status sebenar UPSI ni.... ambilah cuti satu bulan dah cukup... kami sebagai pelajar sanggup tidak cuti bulan 12....... maklumkanlah cepat....plizzzzzzzzzzzzzz...........

Anonymous said...

sy kagum dgn sikap awk yg xpentingkn diri....tlg la phk pgurusan jgn la myembunyikn sesuatu jkalau ada yg benar tjadi bgtau la....nyawa kami umpama di tgn phk pgurusan....dr yg mnanti kputusan....

Anonymous said...

mati dalam menuntut ilmu besar pahalanya.. tapi.. jangan la berserah saje..
saya sebagai student upsi.. setuju.. upsi d tangguhkan sem.. kepada moderator.. try buat pool pasal tangguh sem.. nk tngok peratusan org yang setuju dan tidak..hope boleh buat..;)

zulaikha zafirah said...

memandangkan sekarang sudah memasuki pertengahan sem saya rasa adalah tidak wajar sekiranya penangguhan sem dibuat...mgkn ada cara lain supaya kuliah terus boleh dijalankan sepanjang tempoh kuarantin contohnye online lecture.mgkin xperlu pelajar pulang ke kampung kerana risiko ada dimana-mana...tggl di kolej dan rumah sewa masing2 dan proses kuliah dijalankan secara online...kalau penangguhan sem dilakukan cbe fkrkan kos yg besar mgkin t'pksa ditggung pelajar..tambahan pula yang berada dirumah sewa hal ini kerana diut sewa perlu dijelaskan wlupun kami berada di kampung...bil internet juga perlu dijelaskan wlupun tidak digunakan memandangkan kami di kampung juga selain itu sekiranya tangguh sem kemungkinan besar yuran pengajian tetap perlu dibayar sedangkan sem ini pon telah dibayar sebanyak 799 tetapi sia2 sahaja memandangkan kena extend...sebelum membuat tindakan sila kaji dulu tentang kebajikan pelajar...please..masih bnyak cara lain selain tangguh semm..di kampung x semestinya pelajar bebas dari H1N1...

Anonymous said...

Berita dipetik dari Berita Harian 17-08-09

H1N1: MB Kedah mahu kerajaan isytihar darurat kesihatan

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mendesak Kementerian Kesihatan mengumumkan darurat kesihatan dalam tempoh terdekat berikutan penularan wabak Influeza A (H1N1) yang disifatkan serius dan memerlukan langkah drastik bagi menyelamatkan nyawa rakyat.

Azizan berkata, beliau difahamkan Malaysia adalah negara keempat mencatat angka kematian dan jangkitan tertinggi H1N1 dan keadaan ini sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membatalkan semua program dan keraian yang membabitkan majlis sosial, termasuk sambutan hari kemerdekaan jika keadaan dilaporkan semakin meruncing.

Anonymous said...

Berita dipetik dari Berita Harian :
(17-08-09)

H1N1: IPTA tak perlu tunggu arahan kerajaan tutup kampus

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengurusan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak perlu menunggu arahan kerajaan untuk menutup kampus masing-masing sekiranya wabak H1N1 menular dengan serius.

Anonymous said...

Dengan adanya berita berita yang dipetik dari Berita Harian, harap-harap la Pihak Universiti akan mengambil langkah inisiatif dan sewajarnya untuk membanteras isu isu yang semakin diperbincangkan. Lagipun jika nak tutup kampus, tidak perlula menunggu arahan dari kerajaan.

"Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengurusan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak perlu menunggu arahan kerajaan untuk menutup kampus masing-masing sekiranya wabak H1N1 menular dengan serius. "

Setiap hari bilangan kematian dilaporkan, dalam hati setiap orang timbul kerisauan, keresahan..
Namun keresahan pelajar dapat ditangani sekiranya pihak universiti dapat memberi satu penjelasan yang bernas ataupun maklumat terkini mengenai perkembangan H1N1 di UPSI.Harap-harap Pihak Universiti tidak "menutup mulut".
Sila beritahu KEBENARAN kepada kita semua.

Dari respon yang dikemukakan, didapati segelintir pelajar yang menyokong untuk menangguh sem, cuti: ada yang juga bantah. Mengapa?
setiap dari mereka yang berbuat demikian mempunyai alasan masing-masing.

ok... Bagi saya, saya yang juga merupakan pelajar sem7 menyokong juga untuk tutup kampus buat sementara.Mengapa??

Tahu juga jika betul-betul tutup kampus, akan timbul banyak masalah terutanya ganti kelas, tidak sempat untuk menghabiskan study, konvo lambat.

Tapi, jika difikir panjang.. difikir dengan teliti..pelajaran lebih penting atau nyawa lebih penting?

Tahu pelajaran juga penting, tapi macam kawan-kawan yang cakap, kalau tidak menjaga kesihatan, macam mana dapat study? Macam mana kita sebagai bakal guru untuk berkongsi ilmu pengetahuan kia dengan budak-budak sekolah yang merupakan bakal tunggak M'sia?

Bagi pelajar yang tidak menyokong untuk menutup University buat sementara, mengapa kalian nak buat sedemikian?
Fikirla untuk orang sekeliling kalian. Tidak salah untuk kalian berfikir sedemikian. Tapi... Fikirla... sekiranya H1N1 menimpa kat kawan baik kamu, ataupun dengan malangnya menimpa kat kalian, apa perasaan kalian?
stil nak teruskan pengajian dengan merebak penyakit ini ke sekeliling?
Ada pun yang berkata behawa jika balik juga bahay, juga akan didedahkan H1N1.
Tapi, fikirla.... fikir....
jika stil berkurung di Kampus, peratusan untuk mendapat penyakit adalah lebih tinggi.
mengapa?
Kampus boleh dikira sebagai tempat awam yang dikunjungi banyak orang. Antara manusia-manusia yang muncul di sekeliling kita, kita tak tau sama ada orang itu berpenyakit atau tidak. Lagipun, kita sebagai pelajar terpaksala pergi ke kampus untuk minimba ilmu seiap hari, maka chance untuk kita untuk mendapat H1N1 juga tidak kurang..
faham????

Jika balik ke kampung, juga ada risikonya kena H1N1. Tapi, Rumah tetap Rumah kita. Ya betul even mana mana pun boleh dikenali sebagai hot spot H1N1. tapi tanya la pelajarpelajar, sesiapa yang tidak mahu balik. Walaupun tahu kampung halaman juga ada wabak H1N1, tapi balik juga rumah.. kenapa? ini la kekuatan hubungan dengan keluarga. At least kat rumah, kita dijaga oleh mak ayah kita. At least jika kita nak keluar rumah, mak ayah pun akan bercakap "janganla asyik keluar".
sesiapa yang sayang kat mak ayah tentu akan kurangkan bilangan dia untuk keluar rumah, maka berkurangla kebarangkalian untuk keluar rumah.

Tapi jika bagi certain orang yang memang tabiat asyik keluar.. bergantung la kat orang itu. Cakap banyak pun tak ada guna.
Macam saya, menceloteh kat sini.

Memandangkan H1N1 semakin serious di kalangan IPTA... Minta minta la pihak universiti dapat mengambil tindakan secepat mungkin. Jika betul khabar angin yang dapat kita dengar tentang H1N1 ni yang tidak sahih, mintala beritahu kita semua. Beritahu KEBENARAN PERKEMBANGAN H1N1 DI UPSI kepada semua pelajar.
Macam ni la kita semua tidak perlu risau lagi.

"takut bila nampak kawan-kawan pakai mask, even lecturer. Ini membawa maksud bahawa penularan wabak H1N1 semakin serioua..., betul???"

Terima kasih..

Rantong said...

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda" kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ini adalah ikhtiar kita. Belilah apa2 jenama Habbatus Sauda dan amalkannya SEKARANG!!
_______________________
View Profile: Rantong™

Anonymous said...

salam, keputusan cuti selama sebulan atau menangguhkan sem bukan tindakan yang praktikal. Menangguhkan sem hanya menyebabkan banyak urusan tergendala dan bagi saya penangguhan sem atau cuti sebulan ini sebagai satu beban, lebih2 lagi utk menyiapkan tesis. Ini bukan soa1 lamanya belajar, kerana pembelajaraan itu adalah sepanjang hayat.Mengapa tidak mencegah penularan H1N1? wAJIBKAN pemakaian topeng dalam kalangan pelajar. itu lebih baik daripada mengambil langkah utk cuti. Kematian itu bukan perkara yang boleh dielakkan tapi kita sebagai hamba yang tak tahu bila ajal kita, seharusnya berusaha untuk mencegah penularan wabak ini.