August 18, 2009

RM 8000 untuk Faizal Tahir, RM 5000 Jaclyn Victor

Tanjong Malim, 18 Ogos – Isu konsert sempena Pesta Konvo sehingga hari ini terus-terusan menjadi buah mulut di kalangan mahasiswa di sini meskipun program tersebut telah berlalu hampir seminggu.

Terbaru, UPSIkini menerima maklumat menerusi ruangan komen di kalangan pembaca yang mendedahkan bayaran yang dikenakan Faizal Tahir untuk persembahan malam konsert tersebut adalah sebanyak RM 8000 manakala RM 5000 untuk Jaclyn Victor.

Sumber yang dipercayai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur program tersebut mengatakan jumlah bayaran kepada kedua-dua artis tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan populariti semasa kedua-dua artis tersebut.

Dalam pada itu pengirim turut mendakwa jumlah perbelanjaan yang tinggi untuk program Pesta Konvokesyen adalah perkara biasa kerana program tersebut merupakan program besar yang diadakan setahun sekali dan sebahagian besar bajet yang diperolehi adalah melalui tajaan.

Pengirim juga mendedahkan bayaran bagi kumpulan nasyid yang membuat persembahan Jumaat lalu, Saffone, dan Forum Perdana Ehwal Islam masing-masing sebanyak RM 2000.

UPSIkini sebelum ini mendedahkan jumlah perbelanjaan bagi keseluruhan Pesta Konvo menjangkau RM 75 000 dan dikatakan lebih RM 8000 dibelanjakan untuk bayaran persembahan artis jemputan.

14 comments:

benzema said...

syabas...
aper citer RM36,000 yang telah disonglap MPP Aspirasi pada Pesta Konvo 2006??Lagi banyak jumlahnya dapipada bayaran jaclyn dan faizal tahir..ingat tuh..kurang2 pun si faizal n jaclyn dah melalak beberapa lagu then dpt payment?
yang kes RM36,000 korang senyap palk wahai Pro Kebajikan...

Anonymous said...

Ala... total semua bru RM15,000.00 je.. mcm x da... tu gunanye AJK bhgn penajaan.. mereka dpt cari penaja yg raMAI n banyak ... so wt pa nk kecoh2.. benda dh lpas biarkan je.... UPSI kini suka bg berita yg dh basi.. dh x da modal lah tu.... kecawa aku....

Anonymous said...

betulll...benda yg dah lepas 2 biarkan la berlalu..... lgpun ramai penaja...biar yg non muslim terhibur la ckit walau h1n1 ada....

bjw said...

non muslim xramai pon yg datang.. yg ramai nye MELAYU MUSLIM.. Blanje artis smpai 13k, tp utk aktiviti kerohanian dan ilmiah, xsmpai pon 2k..

H.E.H said...

hiburan itu seperti penyakit, jika dibiarkan ia akan melarat dan akan menyebabkan orang-orang 'sakit'

Anonymous said...

habiskan duit tuk bnda y xberfaedah..
lainkali, cuba tambah lagi slot unt kerohanian.. k~

Anonymous said...

ini bukan masalah duit,kerana hakikatnya bayaran artis mmg mahal..pro kebajikan rasional la sikit..xsalah hiburan konsert nie..kita kan ada kaum lain..ni asyik nasyid jer..kaum lain nak tgk ap..kalo kebajikan sgt,perjuangkan xpayah bayar untuk bas pg program..kami tak undi MPP kebajikan hanya utk mengkirtik..kita kena ada agenda pebangunan..ini bukan medan politik..

Anonymous said...

btl,kte kena ada pembangunan, tapi pembangunan akidah yg lebih utama

gelimat said...

kalo mcm tu...kita bawak hiburan dari kaum iban, kadazan, opera cina, tarian india dan lain2..utk kepentingan kaum lain..org melayu tgok nasid n forum jer...
baru adil..

Anonymous said...

kita kena seimbangkan pembangunan akidah dan pembangunan univ. kita..pada saya tidak salah adakan konsert ,sbb jaclyn and faizal tahir pd mlm tu ok jer...xde pun wat tiger show...kalo dlm kampus xleh tgk konsert,tp kat luar diorg tgk jgk..pokok pangkal pada diri kita.mmg la lbih elok tak buat,tp kita ada pilihan tgk konsert dengan cara berhemah...

Anonymous said...

yup..aku sokong sangat...xkan nk tgok nasyid je wt persembahan...bertimbang rasa sikit la dengan yang non-muslim..dia org xkan nk tgok nasyid jga...yg muslim pun ramai yg x minat nasyid, apatah lg yg non-muslim...cba tgok wktu konsert hari tu...siapa yg ramai??? Muslim ke non-muslim??? Muslim kan???? So....buka lah minda anda!!!! Jangan asyik nk berfikiran sempit je...tengok2 lah org lain...

Anonymous said...

aku pun setuju...pro kebajikan ni mcm la jaga kebajikan sgt..isu bas buat tak tau jer...pg program kat kl pun kena bayar seribu..mana MPP kebajikan??yang tu perjuangkan dulu.bukan mengkritik je mcm org pas.keje tarak jalan.u as a MMP,must honest to the truth..jgn menuding jari jer...

Anonymous said...

bayaran artis masih dipertikaikan lg...nm je kebajikan,tp tak jg kebajikan pun...ntah pape lah.korg tu dipilih bkn untuk mengkritik keje org je..dipilih utk jg kebajikan lah wei...rsnya Islam pun tak larang hiburan ni...selagi ia tak melalaikan dan tak ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan...len kali tu tgk dl br ckp....tak tau bezakan ke antara konsert dengan persembahan jemputan?ermmm....klw nak tmbh slot kerohanian,alamat sepi lah pesta konvo...sbb tak sume student UPSI ni minat slot mcm tu....

Anonymous said...

rsenyalah..org muslim yg sibuk sgt nk jga kebajikan non muslim... non-muslim pdhal xkisah pun ada konsert ke x...malah xg pun tgk knsert....pelik2 org2 yg begelar ISLAM zmn sekarang ni..ckp jelah korng je yg nk tengok konsert...apa susah???