August 27, 2009

Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia

Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Allahyarham meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari China ke Singapura dan disahkan Hospital Besar Singapura pada jam 8.00 pagi tadi.

Allahyarham yang juga merupakan seorang pakar ekonomi merupakan senator pertama yang dilantik daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Sebelum ini, allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Warga kerja UPSIkini dan seluruh mahasiswa UPSI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.


5 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang besar dalam perjuangan membela golongan kurang upaya.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Al-Fatihah

Lorang 4,Taman Seri Indah said...
This comment has been removed by the author.
Khai said...

Salam.... pemergian Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh merupakan satu kehilangan yang besar kepada kita, Beliau bukan sahaja seorang yang pakar dalam sektor ekonomi malah orang sepertinya(Golongan Kurang Upaya) juga boleh berjaya dalam lapangan bidang yang diceburinya sama seperti mereka yang normal.
Pada Kesempatan ini,Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh kaum keluarganya agar bersabar dengan ujian dan ketentuan maha pencipta (Allah SWT). Sesungguhnya kepadaNya kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali mengadap Illahi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta orang yang beruntung.

-Al-Fatihah-

Anonymous said...

Al-Fatihah

Anonymous said...

alfatihah..