August 24, 2009

Kutipan dana sekolah Kemboja hanya raih RM1650, UPSI dijangka tambah sekurang-kurangnya RM 20 000 lagi

Tanjong Malim, 24 Ogos - Kutipan dana untuk program pembinaan sekolah di Kemboja yang dilancar semasa Pesta Konvo minggu lalu hanya berjaya mengutip RM 1650 sehingga hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Encik Faiezi Othman.

Memandangkan kutipan yang tidak mencapai sasaran bagi program membina sekolah di Kemboja itu, UPSI dikatakan akan memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM 20 000 lagi untuk program tersebut.

Menurut sumber, kutipan pada awalnya dijangka mencapai sasaran selepas 2 penganjuran konsert yang menampilkan artis terkenal tanah air dijalankan namun gagal.

Berikutan itu, pihak jawatankauasa program memaklumkan perkara tersebut kepada penasihat, Encik Faiezi Othman bagi menyokong cadangan sumbangan daripada UPSI kira-kira RM 20 000 lagi untuk pembinaan sekolah tersebut.

Dalam pada itu, sumber turut memaklumkan, cadangan tersebut walau bagaimanapun dipertikai beberapa pihak memandangkan rancangan asal program itu yang meletakkan sumber dana daripada kutipan daripada warga UPSI dan orang ramai tetapi akhirnya menggunakan wang UPSI.

Sumber turut menambah, pihak terbabit menasihatkan jawatankuasa program seharusnya mempergiatkan kaedah mengutip dana untuk mencapai sasaran kutipan dan bukan hanya mengharapkan sumbangan UPSI semata-mata.

Walau bagaimanapun, kata sumber, cadangan tambahan sumbangan itu masih dalam proses untuk dibawa kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob.

7 comments:

Anonymous said...

hm macama mana tak sedikit kutipan derma.ni sebab duit banyak labur kat faizal tahir dan jacklyn victor..Upsikini kalau boleh dedahkanlah berapa bayaran dua penyanyi tu..kami pun nak tahu......

Anonymous said...

sepatutnya tabung derma ni biar prokebajikan yang handle..tgok brape leh dpt...

derma itu ikhlas dari individu..kenapa perlu dipertikai pula ya upsikini???

Anonymous said...

betul tu...kalo bg sejuta pun kalo xikhlas xguna jgk...

Anonymous said...

Tak kisah la...Tolonglah Upsikini...dedahkan berapa bayaran disalurkan untuk Faizal Tahir & Jackln Victor.. Majoriti mahasiswa ingin pendedahan ini kerana ia membazir duit sahaja...

Anonymous said...

hermmmmm....pandai ckp je...pasal komen kerja org no.1..tp tak nmpk plak wakil pro yg kutip derma...come on lah upsikini...kalau kita sm2 kutip derma tu...mesti dah byk skrg...sempena bln ramadhan ni, ayuh lah kita sm2 kutip derma untuk bantu saudara seIslam kita kat sana....jgn lah pandai berkata-kata je...

azmir abdullah said...

sejauhmanakah duit derma itu akan digunakan dengan betul? jangan lekat pada orang atas sudah. dunia ni bukan boleh terlalu dipercayai.

Anonymous said...

ermmmm....dgr citer wakil pro kebajikan salah guna tabung kemboja...tabung tu digunakan utk kutip derma kilat plak..mmg tak salah kutip derma kilat tu...tp jgn lah guna tabung kemboja...sudah salah tu...kata mengamalkan ajaran Islam yg betul...mesti tau hukum kan?