August 20, 2009

“Henti isu konsert, tumpu program seterusnya” – Hanif

Tanjong Malim, 20 Ogos - Exco Kesenian & Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, saudara Mohd Hanif Azwan hari ini mengeluarkan kenyataan supaya semua pihak berhenti dalam membincangkan isu konsert dan memberi perhatian kepada program seterusnya.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan tersebut pagi tadi menjelaskan pertikaian yang berlaku memang membawa kepada perkembangan positif dalam melihat sejauh mana tahap pemikiran mahasiswa UPSI apabila sesuatu isu timbul namun keadaan itu boleh menjejaskan tumpuan kepada program-program yang akan datang.

Dalam pada itu, beliau yang turut menyokong kepada bantahan yang dibuat sebelum ini berkata pemanjangan isu ini boleh menambahkan kekeliruan ramai pihak.

Kenyataan pendek yang dihantarnya kepada UPSIkini walau bagaimanapun tidak menggunakan nama Pro Kebajikan.

Pada bahagian akhir kenyataannya beliau menyampaikan ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh warga UPSI.

Hanif sebelum ini turut dipertikai berkenaan peranan yang dimainkan beliau semasa konsert tersebut dalam peringkat cadangan.

5 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat saudara Hanif..hentikan isu itu.lagipun masa konsert tidak ada perkara yang di luar jangkaan berlaku..kita tumpu pada program seterusnya untuk meningkatkan lagi mutu setanding dengan universiti lain.kurangkan mengkritik,kita sama2 berusaha untuk mengharumkan nama UPSI tidak kira asal usul kita.

Anonymous said...

YA SOKONG TUE..TAPI HARAP TAHUN DEPAN MASI ADA ARTIS DATANG YER...SAYA KONVO NE TAHUN DEPAN NANTI BORING KALAU TIADA WARNA WARNI KONVO...

Anonymous said...

Isu konsert baik takyah dok bincang. Cuba bincang camana nak perkembangkan otak korang tu. Cuba jangan dok pertikai benda yang telah dibuat. Jika tidak bermanfaat kepada anda, mungkin ia bermanfaat kepada yang lain. Janganlah disebbkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar.

Anonymous said...

ellehhh. dah habis belanja besar..nak suruh ubah benda2 lain..so..hal2 yang lepas tak payah la kita nak ingat..uishh..mana boleh mcm tuh..awat. takut ka.. isu ni pn tak selesai lagi..nak suruh kami pergi ke isu lain plk..alaa..saudara hanif yang budiman.. selesaikan lah dulu kes ni..baru kita tumpu program yang seterusnya..itu yang patut awk buat skrang..ok..

p/s: cakap mcm orang politik la plk si hanif nie..nk jd ahli politik ke guru.?.;)

rambo malaya said...

arap sgt MPP taun depan dapat bayor pussycat dolls ataupun lady gaga wat konsert kt UPSI
mesti gempak dowh...
pikirkan ye cadangan ni yg sy kira agak bernas..hehehe