August 26, 2009

Sambutan Kemerdekaan : Tiada acara nyanyian di UPSI

Tanjong Malim, 26 Ogos – Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-52 di UPSI dilaporkan lebih bersifat ilmiah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dalam beberapa maklumat yang disampaikan ke meja UPSIkini, dijangkakan tiada sambutan berbentuk hiburan ataupun nyanyi-nyanyian di UPSI bagi menghormati bulan Ramadhan.

Sambutan pada tahun ini dikatakan lebih menumpu dan disambut secara berasingan di kolej-kolej kediaman.

Antara program yang bakal diadakan sempena sambutan kemerdekaan adalah forum kemerdekaan yang dijadual berlangsung pada jumaat ini, 28 Ogos di Kolej Harun Aminurashid (KHAR) dan beberapa program lain yang akan diadakan di kolej kediaman masing-masing.

Ketiadaan sambutan berbentuk hiburan dikatakan mempunyai kaitan dengan insiden bantahan penganjuran konsert sempena Pesta Konvo beberapa minggu sebelum ini selain menghormati bulan Ramadhan pada ketika ini.

Sementara itu, ketiadaan himpunan untuk sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini juga merupakan langkah yang diambil bagi menghindari penularan wabak H1N1.

4 comments:

sayangupsi said...

alhamdulillah, bgus lah kalu camtu.buat forum kemerdekaan dpt membuka minda mahasiswa mengenai kepentingan semangat patriotik yang benar.

TAHNIAH UPSI!

Mg dapat bnykkan lagi program2 sebegini agar budaya ilmu hidup di bumi UPSI ini=)

Anonymous said...

nyanyi apenye bulan2 pose nih...

maahadian almuallim said...

haikkkkk!!!!...
xleh buat nyanyian ek bulan pose??
bulan lain xpe ker??

OOOO...
gitu rupanya...

:)

Anonymous said...

haikkkkk!!!!...
xleh buat nyanyian ek bulan pose??
bulan lain xpe ker??

OOOO...
gitu rupanya...

apa statement mcm ni???

ko ni kan, orang buat baik tu support la! ni perli2 plak... poooodah....