August 10, 2009

Pro Kebajikan putuskan tolak konsert

Tanjong Malim, 9 Ogos – Pro Kebajikan UPSI mengeluarkan kenyataan rasmi menolak konsert yang akan diadakan semasa Pesta Konvo minggu ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pro Kebajikan disampaikan ke meja UPSIkini melalui e-mel kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Dalam kenyataan tersebut Pro Kebajikan memutuskan untuk membantah penganjuran konsert tersebut setelah mesyuarat Majlis Tertinggi memutuskannya bersama 8 ahli MPP Pro Kebajikan.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa bantahan yang dibuat bukan atas sebab anti hiburan tetapi mempertimbangkan kepada aspek intelektual dan sensitiviti masyarakat setempat yang memandang tinggi terhadap UPSI selama ini.

Selain itu, Pro Kebajikan juga menegaskan mahu mendokong harapan Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob yang mahu melihat mahasiswa UPSI lebih diberi pendedahan kepada program yang membina intelektual dan membendung budaya hendonisme di kalangan mahasiswa yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dalam pada itu, MPP Pro Kebajikan juga dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan bagi mendesak dan menuntut konsert tersebut digantikan dengan program lain.

Konsert yang bakal berlangsung sempena Pesta Konvo tersebut dikatakan bakal menampilkan bekas juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor.

11 comments:

Anonymous said...

UPSi terlalu drastik..Universiti lain jugak ada mengadakan konsert pesta konvo.namun,dalam masa yang sama,program intelektual juga dipertingkatkan. untuk melahirkan graduan berdaya saing, perlulah adanya pelajar yang aktif serta seimbang. saya bukannya menggalakkan kepada aktiviti sosial,tp hiburan juga ada perlunya cuma tetapkanlah batasan.

Anonymous said...

malam ni konsert tu nak jln kan?awat lmbat sgt wat keputusan?bkn ke MPP kebajikan ni ada sekali dlm meeting konvokesyen?nape ms tu x bantah n bg cadangan?mst korang xbersunguh-sungguh kan?kalau betul la xnak konsert ni,bantah la awal2.pastu bg cadangan yang sesuai untuk ganti konsert tu.xphm la aku ngan korang nih........

Fadhlullah Universoul said...

mgkin sbb majoriti..

bg aku,bnde ni ade org suke,ade org xsuke..

sebabnye ade pd diri msing2..

ade yg rase xsalah..ade yg rase salah..mcm perhimpunan bantah ISA..

ade yg ckp slh,ade yg ckp perlu..


jadi kat sini aku just nk ckp pd kedua pihak..

enjoy la bg sape yg nak..cm aku pn nak gak hiburan..lgpn dpt tarik pengunjung ramai dtg bile ade artis besar dtg..peniaga untung bile ramai org dtg..


bagi yg bantah..sile datang utk pantau majlis..itu je..bukan lepas semua benda..

kes ni pnh jd..anda xdikira bersubahat(jika tu yg anda fikir) untuk sesuatu perkara yang anda rasa perlu anda buat..

ala..mase pesta merdeka/smbutan new year kan ade parti g kat KLCC tu duk pantau n sebar2 mklumat..sile contohi dorg wpn dorg xberhibur pd mlm tersebut..ok..wslm..

Anonymous said...

MPP Kebajikan mmg dah bantah awal, tp diorg plak yg kne hentam balik ngan MPP Aspirasi.ye la, MPP ASpirasi kan ramai kalau nak dibandingkan dgn MPP Kebajikan, walaubagaimanapun diorg akan tetap meneruskan bantahan. Usaha diorg xsetakat membantah di dlm meeting. Lgpun MPP Kebajikan xdisenaraikan langsung dlm aktiviti konvo.mmg semua ni dah dirancang oleh pihak tertentu!!!!! semoga bantahan dan usaha yang mereka lakukan akan berhasil dan usaha itulah yg sebenarnya akan dinilai oleh Allah kelak!!!!!

Anonymous said...

urm..
kadang2 kita perlu lebih realistic
salah ke kalau kita nak adakan sedikit hiburan?
lagipun bukan selalu ada konsert macam ni..
then kalau nak buat konsert, cuba la pisahkan kaum lelaki dan perempuan supaya tak akan timbul macam-macam fitnah
that's not totally hedonisme but just a little bit entertainment that rarely doing in UPSI
so please think about some people needs and not too conservative

Anonymous said...

dihalang oleh pihak2 tertentu?sape pihak tertentu tu?mari la kita bongkar bersama2.dah klu kna halang,amik la tindakan.jgn senyap jer.wat sidang media.dedahkan perkara yang berlaku.klu korg xdedahkan,mcm mana nak selesaikan mslh?tgk skrg,isu konsert ni dah jd semakin besar.sebab ape?sebab dari awal lg xde tindakan untuk membantah.kalau betol korg kna hentam ngan MPP aspirasi,xkn diam je kot?xkn xde lgkah susulan?pastu klu x disenarai dlm sekreatriat,suh si hairi YDP MPP tu bg surat tunjuk sebab.ni x,korg asik bising2 n bising,tulis dlm blog.ckp2 n terus ckp.ada x lgkah penyelesaian?adoiyaii..cmne nak setel mslh bro..HIDUP..HIDUP..HIDUP STUDENT..
STUDENT..STUDENT..STUDENT POWER..

Anonymous said...

udah2 la kita bertekak psl mslh konsert ni.skrg ni ms utk fkrkan apa yg terbaik untuk pesta konvo akan dtg.klu perlu pungutan suara,wat pungutan suara.tnya apa yg student nak.xpun amik contoh daripada universiti lain.tgk diorg wat ape untuk pesta konvo diorg.klu rasa ok,kita ikut la cara diorg tp dgn penambahbaikan la.supya kes2 kontrovesi x jd lg.ada paham????????????????

Pelajar-IPT said...

hahhahahh syok nya konsert akhirnya berjaya juga konsert....wakkakakkakakka padan muka yang boikot.......lawak lah yang boikot tu.......hahhahahha

Pelajar-IPT said...

putuskan hingga bersambung balik wakakkakakakkakakka

Anonymous said...

Pelajar-IPT,jgn la gelakkan org yg membantah tu.diorg ada tujuan wat benda tu.mayb cara dirg je yang xkena pada tempat.
apa kata awak bg pendapat cmne nak setelkan mslh ni..

Pelajar-IPT said...

ok ler ok.....sory yer para pemboikot sekalian kerana tertawakan kamu......tp masalhnya tetapu lucu....haha