August 17, 2009

Pro Kebajikan : Penyebaran 'flyers' satu konspirasi

Tanjong Malim, 17 Ogos - Pengedaran flyers yang mengaitkan isu konsert dengan Timbalan Naib Canselor (HEP&A) Prof Dr. Shaharudin Abd Aziz didakwa Pro Kebajikan sebagai konspirasi yang bertujuan memburukkan nama Pro Kebajikan. Dakwaan tersebut dibuat Pengerusi Pro Kebajikan UPSI selepas beberapa tohmahan mengaitkan Pro Kebajikan dan flyers tersebut.

Penyebaran flyers yang menyentuh isu konsert dan TNC HEP itu antara lain mendakwa segala yang berlaku adalah berpunca daripada tindakan Prof Dr. Shaharudin yang tidak mengambil sebarang tindakan atas desakan membatalkan konsert tersebut.

Flyers yang turut memaparkan gambar TNC HEP itu dikatakan diedar di kolej-kolej kediaman beberapa jam sebelum konsert tersebut berlangsung. Berikutan itu, pihak kolej membuat pemeriksaan mengejut di beberapa rumah pelajar untuk mencari bukti bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Pro Kebajikan menafikan tindakan penyebaran flyers tersebut didalangi mereka dan menjelaskan tidaka ada keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pro Kebajikan untuk mengedar ‘flyers’.

“Saya nak jelaskan di sini, kami tidak terlibat dengan kerja-kerja tersebut kerana kita sudah tetapkan beberapa tindakan yang diputuskan melalui perbincangan yang dibuat Majis Tertinggi Pro Kebajikan.

“Pertama, kita dah minta wakil kita dalam MPP menyuarakan pandangan dan gesaan dalam mesyuarat mereka tetapi tidak diendahkan. Kemudian kita mengambil keputusan untuk berjumpa TNC sendiri untuk menyampaikan pandangan dan sekali lagi tidak ada respon positif yang diberikan dan tindakan ketiga kita protes melalui tindakan beredar daripada majlis,”jelasnya selepas diminta berbuat demikian.

Tambahnya lagi,”tindakan edar ‘flyers’ tidak ada dalam ketetapan kami dan kami tidak menolak kemungkinan perkara tersebut merupakan konspirasi dan perancangan pihak tertentu yang ingin memburuk-burukkan nama Pro Kebajikan”.

Ketika ditanya adakah Pro Kebajikan bersedia untuk dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, beliau berkata Pro Kebajikan tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang inginkan penjelasan tetapi mestilah berlaku adil dalam membuat penyiasatan.

“Kita tak ada masalah sekiranya dipanggil untuk memberikan penjelasan dan sehingga hari ini pun beberapa orang telah dipanggil tetapi pihak yang membuat siasatan mestilah berlaku adil dengan membuat perkara yang sama terhadap pihak di sebelah sana”jelasnya.

2 comments:

Anonymous said...

mungkin diantara yg berada di dalam pro kebajikan yg buat surat ini tanpa pengatahuan Majlis Tertinggi PK... biasa laaa sapa mau mengaku tahi sendiri kat tengah jalan... hehehehe

Anonymous said...

“Pertama, kita dah minta wakil kita dalam MPP menyuarakan pandangan dan gesaan dalam mesyuarat mereka tetapi tidak diendahkan. Kemudian kita mengambil keputusan untuk berjumpa TNC sendiri untuk menyampaikan pandangan dan sekali lagi tidak ada respon positif yang diberikan dan tindakan ketiga kita protes melalui tindakan beredar daripada majlis,”jelasnya selepas diminta berbuat demikian. ayat ini boleh manjadi bukti siapa yang benar...