Tanjong Malim, 21 Ogos – Pro Kebajikan hari ini mengulas tentang kenyataan seorang wakilnya di Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohd Hnif Azwan yang meminta isu konsert dihentikan daripada terus diperkatakan dan memberi tumpuan kepada program seterusnya.
Ketua Penerangan Pro Kebajikan yang mengulas tentang kenyataan Hanif mengatakan pandangan yang dikeluarkan hanif itu adalah haknya dan pimpinan Pro Kebajikan tidak ada sebarang masalah dengan kenyataan tersebut.
“Itu pandangan beliau, tidak ada masalah bagi kita dan isu konsert tempoh hari menjadi satu isu yang akan berterusan kerana sehingga sekarang bermacam-macam pandangan dikeluarkan oleh mahasiswa dan biar mereka menilai dengan pandangan-pandangan tersebut”jelasnya.
Tambahnya lagi,”kita di Pro Kebajikan akan berpegang teguh dengan prinsip kita dan sesi penerangan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk perjelaskan apa sebenarnya yang berlaku”.
Hanif sebelum ini didakwa cuba membelakangkan Pro Kebajikan apabila mengeluarkan kenyataan sendiri dan dikatakan tidak selari dengan tindakan yang diambil Pro Kebajikan.
Apabila ditanya adakah Hanif akan dipanggil selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau berkata Majlis Tertinggi memang ada menghubungi beliau berkenaan kenyataan yang dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan namun tidak sekali-kali mengatakan tindakannya itu salah.
“MT Pro Kebajikan memang ada memanggil beliau untuk beri penjelasan dan kita tidak mengatakan apa yang dinyatakannya itu salah, cuma mahu penjelasan di sebalik kenyataan yang dibuat”,katanya.
Hanif sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha beberapa pihak menarik beliau keluar daripada Pro Kebajikan berikutan tindak tanduknya yang dilihat mencurigakan Pro Kebajikan.

2 comments:
Salam,
Tahniah kepada Sauadara Hanif. Kamu sudah tunaikan tanggjwb anda sebagai pemimpin pelajar. Saya disini amat menyokong kuat anda. Ingatlah hal-hal yang boleh menggalakkan maksiat perlulah dielakkan. Kini saya cukup berbangga dgn kamu . Biarla org menguggut kamu, Ingatla pemimpin tidak boleh lari dari hal sedemikian. Sesungguhnya untuk mengajak manusia ke jalan yang direhdai Allah amatlah payah. Jangan takut sesungguhnya perkara yang kamu lakukan adalah betul. Amal Makruf Nahi Mungkar. Kamu ada jiwa pemimpin. Menaiki bus dan sebaginya. Saya memerhati anda dari jauh.
DPLI MASA ORIANTASI,
SEMASA KEMASJID KITA BERJUMPA.
Salam RAMADHAN AL-MUBARAK; adik-adik upsi @ pro kebajikan.
Kita perlu terbuka dalam menangani apa jua isu yang mendatang. Bagi peluang untuk mengemukakan pandangan dengan menggunakan saluran yang betul mengikut acuan ISLAM dalam berjemaah dan bukan ada kepentingan diri.
Walaupun terbuka jangan sampai manggadaikan dasar dan prinsip perjuangan.
Sekian, ukhuwah terus diperkukuhkan agar musuh tidak dapat mengambil kesempatan. Samada musuh yang dapat dilihat ataupun tidak juga musuh dalam selimut, wallahu a'lam.
FAISAL B. ABDUL RAMAN
Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang (Parlimen Shah Alam)
Layari blog dakwah: www.pasbktsubang.blogspot.com
Post a Comment