August 31, 2009

Pelajar UPSI maut dalam kemalangan, sempat ucap ‘Selamat Hari Jadi’ kepada bapa

Jeli, 30 Ogos – Satu kemalangan melibatkan seorang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI dilaporkan maut ketika perjalanan pulang ke kampung di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik kira-kira jam 3 pagi semalam.

Pelajar bernama Norazlina Mohd Noor, 27, yang berhasrat untuk pulang ke kampung bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian kemalangan tersebut.

Allahyarhamah yang menaiki kereta MyVi merah maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan kanan dan kiri. Walau bagaimanapun, 2 adiknya cedera ringan dan rakan yang sama-sama terlibat dengan kemalangan tersebut cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).


Bapa mangsa, Mohd Noor, 50, yang menceritakan kejadian tersebut mengatakan Allahyarhamah sempat mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Jadi' kepadanya sebelum berita menyayat hati itu dimaklumkan kepadanya.

Bercakap kepada petugas media, beliau tidak menyangka ucapan tersebut merupakan ucapan terakhirnya sebelum allahyarhamah terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

Adik mangsa yang memandu kenderaan terbabit mendakwa beliau hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok kerana ternampak satu objek melintasi jalan.

Beliau yang juga merupakan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak melahirkan rasa terkilan dengan kejadian tersebut yang meragut nyawa kakaknya akibat cedera teruk.

Warga kerja UPSIkini dan seluruh mahasiswa UPSI mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.


8 comments:

NurQaseh_Zaimah said...

Al-Fatihah.. Semoga keluarga arwah tenang dan sabar menghadapi ujian dpd Ilahi.. Amin

Dt said...

Moga roh dirahmatiNya dan ditempatkan dlm golongan org2 yg soleh

Dt said...

moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong insan2 yg soleh wa musoleh

ain solehah said...

Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun...

2 dripadanya my classmate:
adik allahyarhamah dan kwnnya..

Al-fatihah

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun

semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya...

galapagos said...

Al-Fatihah....takziah kpd keluarga arwah....semoge rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman dan soleh..Amin.

Anonymous said...

Al-fatihah...semoga di bulan yang mulia ini keluarga arwah di beri seribu kekuatan...semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang2 yang soleh..Amin

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Al-Fatihah.
Peringatan buat yang lain bahawa kehidupan ini sementara cuma.

Berhati-hati semasa memandu dijalan raya. Semoga semua selamat pulang beraya nanti..

Yg mengingatkan,
Tg Abd Ghafar Tg Ahmad