August 10, 2009

MPP Pro Kebajikan keluar kenyataan bantah konsert

Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi membantah penganjuran konsert yang akan diadakan sempena Pesta Konvo minggu ini. Berikut merupakan teks lengkap kenyataan rasmi yang dihantar kepada UPSIkini melalui kiriman e-mel.

Kenyataan Semasa:
Konsert Jaclyn Victor Mencemarkan Institusi Pendidikan Terulung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan kecewa dengan penganjuran konsert Jacklyn Victor di UPSI. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan memandang serius diatas penganjuran berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena pesta konvokesyen pada kali ini yang seharusnya bersifat intelektual bukannya hedonism apatah lagi ketika ini kita berada di Bulan Syaaban dan akan menjalani ibadah Ramadhan tidak lama lagi. Persoalannya lagi, mengapa perlu dibazirkan wang untuk tujuan hiburan berbanding dengan perkara-perkara bersifat akademik dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.

Kami begitu kecewa terhadap pihak pihak penganjur yang menjadi sebahagian dari warga pendidik seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di UPSI dan penduduk sekitarnya memandangkan UPSI adalah institusi yang melahirkan bakal pendidik. Gejala hendonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan persembahan artis berkenaan akan melanggar garispanduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdasarkan kepada latarbelakang dan sejarah penyanyi tersebut.
Mengikut kod 15.2 SKMM menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia di Malaysia adalah seperti berikut:

- Pakaian hendaklah lengkap, kemas, sopan dan tidak terlalu ketat;
- Pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut;
- Skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan
- Kain berbelah sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang, hendaklah tidak melebihi dua inci di atas paras lutut.

Garis panduan artis:

Selain itu, kod 15.3 pula menyatakan bahawa artis lelaki dan wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:

- Muka hendaklah tidak diconteng;
- Pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal;
- Pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberi kesan jarang;
- Pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah;
- Jenis-jenis pakaian hendaklah tidak membayangkan pemakainya tidak berpakaian;
- Baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional;
- Tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan
- Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran.

Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yang bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab dan budaya pun sudah bertentangan. Satu perkara lagi, bulan Ramadhan akan menjelma dalam minggu hadapan dan sekarang ini juga kita sedang berada dalam bulan Syaaban di mana bulan buku amalan kita ditukarkan. Di manakah sensitiviti pihak penganjur dalam menghormati bulan yang mulia ini.

Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa kami tidak menolak hiburan, bahkan merasakan hiburan ini adalah satu ‘alternatif’ manusia masa kini. Namun yang dipertikaikan disini ialah bentuk hiburan yang melampau dan merosakkan minda dan jiwa rakyat, hiburan yang melalaikan dan membawa anasir-anasir negatif seperti pergaulan bebas, khayalan cinta dan lupa diri kepada bakal pendidik UPSI khususnya dan masyarakat sekeliling amnya. Realiti hari ini, hiburan telah lari dari tujuan untuk merehatkan minda dan santai kepada tujuan perniagaan dan keuntungan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan menentangnya.

Kami juga mencadangkan agar program pembangunan terhadap mahasiswa/i mestilah diperbanyakkan dengan berlandaskan kepada Islam dan dasar negara bukannya hiburan yang akhirnya akan menghancurkan masa depan remaja dan negara.

Firman Allah,

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Sekian desakan dan tuntutan kami

Yang menjalankan amanah
Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan

Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan

Nur Aqilah hanis Bt Mohd Yusoff
Exco Akademik & Kerjaya

Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya

Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah

Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan

Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan

20 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Saya sangat bersetuju dengan MPP Kebajikan. Kami bakal graduan yang akan hadir pada majlis konvokesyen ini mengharapkan majlis julung2 dalam hidup ini disinari dengan sausana kesyukuran. Konsert hiburan dengan kedatangan artis yang jelas peribadi latar belakang mereka yang kurang sesuai utk kita bakal guru dan apatah lagi buat anak murid kita kelak.

Kami Membantah Konsert Tersebut!

Bakal Graduan Kecewa,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
http://musliminsejati.blogspot.com

humaira' said...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASSIHANI

Entahlah..tak tahu apa nak jadi dengan UPSI kite..rasa sedih sangat bila memikirkan semua ini..

duhai yang mencadang atau menganjur..

tidakkah kalian berasa takut pada Allah??

tidakkah kalian lihat betapa banyaknya azab yang Allah turunkan kpd kite kini??apakah kalian merasakn ini adalah main2..

tidak saudara2 seislamku..ini adalah petanda kematian itu begitu hampir dgn kita..

Disaat kita meniti bulan2 mulia dan bakal menempuh bulan Ramdhan..apakah wajar konsert ini diadakan??dengan banyknya duit yang dibelankajan hanya untuk tujuan yang sia-sia..yang akan mengundang berleluasa dosa dan kemaksiatan??

andai ditakdirkan ALLAH sewaktu melihat konsert itu nyawa kita ditarik maka tika itu..kitalah orang yang rugi..tersangat rugi..
dan kamu yang menganjur..apakah kamu tahu..kamu bertanggungjawab pada apa yang berlaku kerana kamu yang menganjurkannya??

ingat duhai saudara2ku..dunia ini cukup sekadar perhiasan..dan Rasulallah SAW sendiri pernah bersabda bagaimana dunia ini diumpamakan lebih teruk daripada bangkai..

bila kita merancang sesuatu janganlah menurut nafsu..andai kamu menurut nafsu..tika itu..akal yang Allah kurniakan kpd kamu sudah tidak mampu untuk berfikir dengan baik..

Universiti Pendidikan Sultan Idria(UPSI)..universiti terulung yang bakal melahirkan pendidik2..sebagai seorang mahasiswa yang bakal bergelar cikgu biologi satu hari nanti..saya berasa bangga belajar di sini..bangga kerana bakal bergelar seorang guru..saya percaya sahabat2 lain juga begitu..tapi,saya tidak bangga andai UPSI dipandang dimata dunia dengan adanya konsert yang melaghakan manusia dan menjerumuskan mahasiswa dan masyakarat kearah kemaksiatakan semta..ingat cemerlang dan terbaiknya seorang mahasiswa itu terletak pada cemerlangnya pemikiranya dan keperibadiannya..

andai satu hari nanti, nama UPSI tercemar(hakikatnya sudah tercemar)..janganlah kita salahkan orang lain..andai satu hari nanti masyarakat sudah tidak percaya pada graduan UPSI..maka janganlah salah orang lain..salahkanlah diri kita sendiri..

Kenapa begitu berat untuk kita??kerana kita ini bakal guru sahabat2ku..kerana kita inilah yang akan mendidik anak-anak bangsa kita satu hari nanti..andai diri kita sendiri tidak terdidik..fikirkanlah!!bgaimana kita dapat mendidik anak-anak bangsa kita satu hari nanti..

ana ini bukanlah ustazah mahupun orang yang banyak ilmu agamanya tapi ana ini seorang mahasiswa UPSI dan bakal guru yang tahu beratnya tanggungjawab yang terpikul dibahunya..dan kerana itu ana menyeru kpd semua..fikirkanlah!gunakanlah akal yang Allah berikan kepada kita untuk membezakan baik buruk..dosa dan pahala..

Saudara-saudaraku..
Hiburan itu tidak salah kerana sudah menjadi fitrah diri kita sukakan hiburan..sukakan keseniann..sukakan sesuatu yang indah..tapi,bilamana ia boleh menjurus pada kelalaian dan kemaksiatan dan bercanggah dari hokum syarak dengan adanya kaum wanita yang tidak menutup aurat..dengan akan menyebabkan berleluasanya orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan maka itu yang seharusnya kita fikirkan..dalam kita merancang atau merencanakan sesuatu aktiviti atau program maka fikrikanlah dulu keutamaannya..jangan bertindak melulu..

Pesta konvokesyen bukanlah pesta untuk kita meraikan penyanyi2 shabat2ku tapi untuk kita meraikan kejayaan pelajar2 kita..yang seharusnya kita raikan dengan program2 yang bermanfaat yang boleh menaikkan semangat untuk menjadi guru yang terbaik..yang seharusnya kita sambut dengan sujud syukur dan doa..

ya!mungkin sudah terlambat..segalanya sudah diatur dan dirancang..tapi,keputusan ada di tangan kita..sama ada kamu mahu turut sama menontonya dan menyokong atau bersorak-sorak disaat penyanyinya membuat persembahan@sebaliknya..

Ya Allah ya Tuhanku..lindungilah UPSI ya Allah..kau serapkan hidayah itu dalam hati mereka-meraka ya Allah..agar mereka kembali kpd fitrah kejadian mereka sendiri yang telah Engkau jadikan sebaik2 kejadian..ampuni dosa kami semua ya Allah..

Anonymous said...

dah terlambat la korang nak bantah.konsert tu berjalan jugak malam ni.Aku cadangkan graduan bawak poster bantah konsert tu tunjuk kat NC,tunjuk kat VIP2 yg datang.tapi berani ke korang?xpun ms nak naik pentas tu,ckp terus kat NC.ada bran ke?

Anonymous said...

ala.... jgn lah cm ni... kmi pnduduk sluruh tg mlim bru nk dtg tgok mlm ni... dh sewa 10bas ni... so sape yg nk byr ganti rugi.. Pro Kebajikan nk btgjawab ke?
Bkn slalu nk tgok Artis Kegilaan ramai... Jac... i like Jac...
so... kmi tetap xc stuju konsert dibatalkan...huhuhuhuu

maharani said...

TEGAKKAN YANG HAQ HANCURKAN YANG BATIL... ANA SOKONG SANGAT PEMBATALAN KONSERT MALAM INI... ALLAH PASTI BANTU USAHA ANTUM UNTUK BOIKOT KONSERT MALAM INI, INSYAALLAH...

LA TAQRABUZZINA....

tiganaga said...

dunia akhir zaman... terima hakikat ni. majoriti manusia dalam UPSI beragama Islam. tapi islam hanya pada nama.

tak salah berhibur. tapi, banyak lagi penghibur yang boleh kita jemput.

salahkan siapa?

ingat. kita diperhatikan-Nya.

huh!

Pelajar-IPT said...

- Pakaian hendaklah lengkap, kemas, sopan dan tidak terlalu ketat;
- Pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut;
- Skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan
- Kain berbelah sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang, hendaklah tidak melebihi dua inci di atas paras lutut.

tadi masa konsert ok jer pun.......woi kmu ingat c jac tu teda otak ker...tak pandai pikir....woi commen sense la hui...mesti jac ada pemikiran utk sesuaikan penampilan dia terhadap suasana UPSI......teruk la kamu ni.....

paling saya benci manusia yang suka judge people by its cover......judge dulu diri sendiri......dah yakin sangat ker perbuatan ko tu baik betul.....plz la.......kin sakit ati dengar alasan and komen kmu ni....alim kunun tau2 drang lagi teruk........isk kesian la kat kamu ni....pergi belajar di universiti agama la........

hanzalah said...

ya allah,sekiranya hati mereka telah tertutup untuk kebaikan agamamu..timpakan golongan yang menyokong kemungkaran ini satu azab yang menjadi peringatan bagi mereka

Pelajar-IPT said...

ya allah,sekiranya hati mereka telah tertutup untuk kebaikan agamamu..timpakan golongan yang menyokong kemungkaran ini satu azab yang menjadi peringatan bagi mereka


ya aduh sedara......nak kongsi sikit ler yer pasal agama saya...saya non-muslim tau.....kalau dalam agama saya.....kami sangat berdosa jika mendoakan bagi seseorang itu di timpa malang.......dalam agama kami semua mengajar cara mendoakan manusia demi kebaikan bukan dengan cara doa yang mengenakan seseorang supaya sedar......

Anonymous said...

Eh korang ni BODOH LAH, nak doakan azab utk org lain??? kalau betul kamu hamba Allah yg soleh, kamu x kan buat benda mcmtu. kamu sepatutnya mendoakan org ke arah TAUBAT, BUKAN DITIMPA AZAB. ketaralah korang ekstrimisssss........

Anonymous said...

Eh korang ni BODOH LAH, nak doakan azab utk org lain??? kalau betul kamu hamba Allah yg soleh, kamu x kan buat benda mcmtu. kamu sepatutnya mendoakan org ke arah TAUBAT, BUKAN DITIMPA AZAB. ketaralah korang ekstrimisssss........

Anonymous said...

Buat malu org Islam je..ada ke patut doakan keburukan org lain..nk protes pun ikutla cara Islam.. Nak tegakkan Islam konon, tp cara menyakitkan org lain.. Dosa dgn Allah kita boleh mintak ampun, dosa dgn manusia Allah x ampunkan selagi manusia yang kita sakiti 2 x maafkan kita..x kirala yg kita sakiti 2 Islam @ bkn Islam..

Anonymous said...

ya allah,sekiranya hati mereka telah tertutup untuk kebaikan agamamu..timpakan golongan yang menyokong kemungkaran ini satu azab yang menjadi peringatan bagi mereka

wah teruknya kamu ne....dunia akhir zaman..

Anonymous said...

tengok..org non-muslim dah bg pandangan diorg.jgn lupa ye,kita kat upsi ni hidup pelbagai kaum,agama.so nak ckp tu kna fkr gak yang lain.jgn nak ckp slamber jer.huhu.

ciknurul said...

kenapa asyik non-muslim sahaja diberi hak..

bagaimana hak kami???

negara Islam tetapi hak umat Islam sendiri diabaikan hanya kerana "perpaduan"

kami hanya mendoakan azabbagi mereka yang menentang hukum Allah.

Ya ALLAH peliahralah kami dari azab -MU

Anonymous said...

wahai sahabat2 yang telah meninggalkan konsert semalam atas kesedaran kalian akan tanggungjawab kalian terhadap diri dan agama, aku mengucapkan tahniah..
Hayatilah sirah Rasulullah dan para sahabat dan jadikanlah ia sebagai benteng penguat semangat..
Apalah sangat caci maki yang diterima jika nak dibandingkan dengan apa yang telah Rasulullah s.a.w hadapi ketika baginda berdakwah di Thaif..
Ayuh teruskan sahabat2 ku tegakkan yang haq...
"TAKKAN SURUT WALAU SELANGKAH..
TAKKAN HENTI WALAU SEJENAK.."

Pelajar-IPT said...

"kenapa asyik non-muslim sahaja diberi hak..

bagaimana hak kami???"

wahai cik nurul sepatutnya kami yang mengeluarkan ayat tu...dimana keadilan.......sebenarnya kmi yg langsung tak dipeduli selalui yerla golongan minoriti...mentang2 pelajar muslim paling ramai di upsi....jadi kmi ni yang tak dijaga kebajikan nya....so bila kitaorg ada peluang mcm ni...apa salahnya.....biarkan kmi non-muslim enjoy the show....korang nak boikot jan ler dtg konsert biarkan kami.........

Anonymous said...

biarkan kami....?

erm, satu kenyataan yang memang sudah dijangka keluar....

pada saya, yang hidup dalam negara Islam, perlulah mengikut cara pemerintah Islam, Islam melarang keras budaya hidonism ni, maka kenalah patuh, kalau tidak patuh, golongan ini perlu diperangi sahajalah...

sudah terang lagi bersuluh, haram tetap haram, tak mungkin boleh dihalalkan. mustahil...

Yang membantah, teruskan... hukum undang-undang dunia ni manusia yang buat, apa nak takut, manusia yang buat hukum dunia ni pun ada yang tak ikut hukum Allah, berani jer dia.. apasal pulak kita nak takut dengan yang diciptakan tak sempurna tu, patutnya kita perlu takut sebab kita tak laksanakan hukum yang dibuat oleh pencipta kita... Allah hu Akbar..

Kuatkan tekad kalian, jom bantah dan terus bantah maksiat di UPSI.

La taqrabuzzina : jangan hampiri zina. (maksiat)

azmir abdullah said...

wah ramainya yang dah jadi tuhan dan malaikat kat sini. bilang dosa orang sana sini. nampak orang masuk neraka @ syurga walaupun orang tu belum mati?

daripada gaduh camni, baik fikir camna nak jawab dalam kubur nanti. kubur asing2, kan? bukan boleh tolong orang kat kubur sebelah.

Anonymous said...

jangan gadoh lah....