August 16, 2009

Mahasiswa resah kes H1N1 di UPSI

Tanjong Malim, 16 Ogos – Penyebaran wabak H1N1 di UPSI sejak kes yang berlaku awal bulan lalu sehingga memaksa penutupan kampus utama dan kolej-kolej kediaman sekali lagi menimbulkan suasana resah di kalangan mahasiswa di sini.

Ini berikutan perintah kuarantin ke atas beberapa pelajar yang dikatakan disyaki terkena jangkitan H1N1 minggu ini dikatakan semakin meningkat dan desas-desus mengaakan UPSI mungkin ditutup sekali lagi.

Dalam beberapa tinjauan yang dibuat UPSIkini, rata-rata mahasiswa masih tertanya-tanya apakah status dan kedudukan sebenar berkenaan tahap penularan wabak tersebut di UPSI.

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, saudara Zulhilmi Mohd Noor ketika diajukan persoalan ini berkata, UPSI belum lagi menerima arahan daripada mana-mana pihak untuk mengisytiharkan UPSI sebagai lokasi panas H1N1.

“Setakat ini memang ada kes yang membawa kepada arahan kuarantin ke atas beberapa pelajar namun kita belum lagi menerima arahan penutupan atau diisytiharkan sebagai lokasi panas H1N1”.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut semua saranan pencegahan jangkitan H1N1 yang dianjurkan Kementerian Kesihatan”,jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mengisytihar kawasan tertentu sebagai lokasi panas H1N1 adalah tidak wajar dan sukar untuk diklasifikasikan kerana wabak tersebut sudah merebak merentas sempadan.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 59 orang dalam kes yang dilaporkan di seluruh negara.

12 comments:

Anonymous said...

1. berapa ramai pelajar upsi telah meninggal akibat h1n1 ni?napa pihak upsi x ambik tindakan?dia org nak tutup kes ini ke?

Anonymous said...

aik..sanggup ke anak kandung suluh budiman jadi mangsa h1n1 gara2 tindakan yg "tercepat"dr pihak upsi bg cuti... stdy..bila2 pun boleh sambung.. nyawa boleh sambung bila2?

Amna Nasuha said...

harap2 pihak upsi dpt mengambil langkah2 yang sewajarnya..

Anonymous said...

btl2... nyawa penting... hidup hanya sekali.. jangan melengah3kan masa...

Anonymous said...

aku sebagai pelajar dpli tak penah rasa anak kandung suluh budiman. anak tiri suluh budiman ada lah.

An NahL said...

insya allah kita semua akan selamat.. apa yg penting skg ni, kita usahakan yg terbaik utk diri masing2. ambil tindakan yg bijak. gunakan topeng. jgn pergi ke majlis2 yang terlalu ramai org. sentiasa basuh tgn. harap kita semua selamat. amin

Ingin tahu said...

Betul ke desas desus mengatakan sudah 2org pelajar upsi yg meninggal dunia disebabkan H1N1?
maklumlah..upsi terkenal dgn penyebaran berita2 yang xtau sumber nye...
Minta upsikini laporkan yg terbaik untuk pelajar2 upsi...
Harap maklum..

Anonymous said...

balik kg kalo dah nak kena,,,sama saja kan..

Anonymous said...

harap pihak upsi dapat ambil tindakan yang wajar...
demam, kena pergi kuliah?
takut, gelisah.....
parents risau, kuliah tak masuk, macam mana ni?
lagi baik tutup sementara dulu...

Anonymous said...

nape xbg cuti?
demam tak bg pergi kuliah....
ibu bapa takut anak kena jangkit, tak bagi balik upsi.....
jugak tak dapat pergi kuliah, nanti atendence tak cukup....
haiz... biarla cuti sementara...

Raiyan said...

haah...saya setuju...belajar boleh sambung...nyawa tak ble sambung...ape2 pun sila ambil langkah pro active jangan dh smpai beratus2 mati baru terhegeh2 nak tutup...vaksin pun by year end,,by that time entah2 ramai yg dh gone

Anonymous said...

semalam kawan aku ada xtvt ko-k, cikgu dia bagitau dh 4 orang pelajar ismp meninngal tp d rahsiakn sbb studetn panik...tapi kalo kwn aku tu tipu aku..maknenyer aku tipu korang gaklah...wAllahualam