August 17, 2009

Lebih RM 8 000 kos bayar artis

Tanjong Malim, 17 Ogos – Penganjuran konsert sempena Pesta Konvokesyen yang berlangsung minggu lalu dilaporkan memakan belanja lebih RM 8 000 untuk kos bayaran kepada artis yang membuat persembahan. Jumlah perbelanjaan tersebut dimaklumkan oleh salah seorang ahli Sakretariat Pesta Konvokesyen kepada UPSIkini semalam.

Menurut ahli sakretariat yang enggan dinamakan itu, jumlah perbelanjaan sebenar untuk keseluruhan konsert pada malam tersebut masih belum diketahui tetapi kos untuk membayar artis yang membuat persembahan tidak kurang daripada RM 8000.

Namun sumber tersebut tidak menjelaskan sama ada bayaran RM 8000 melibatkan ketiga-tiga artis jemputan iaitu Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Kumpulan nasyid Saffone atau sebaliknya.

Mengulas tentang pendedahan tersebut, wakil Pro Kebajikan ketika ditemui malam semalam mengatakan kos tersebut tidak mungkin untuk ketiga-tiga artis tetapi berkemungkinan hanya 2 artis iaitu Jaclyn Victor dan Faizal Tahir.

“Pada pandangan saya kos itu hanya melibatkan 2 artis tersebut iaitu Jaclyn dan Faizal Tahir dan saya yakin itu hanya bayaran nyanyian, tak termasuk kos lain.

“Saya juga difahamkan mereka mempersembahkan 4 buah lagu seorang, jadi kalau dikira dengan nisbah kasar, sebuah lagu yang mereka nyanyikan bernilai RM 1000 dan ini mungkin disifatkan pihak penganjur sesuatu yang berbaloi”ujarnya.

Tambahnya lagi,”Apa yang menjadi tanda tanya di sini adalah mereka boleh beri sejumlah wang kepada artis tersebut dan kemudian membuat kutipan untuk Tabung Pendidikan Kemboja, soalan saya untuk mereka mengapa tidak wang itu atau sebahagian daripadanya terus diberi kepada tabung yang dilancarkan?”

Beliau yang turut membantah penganjuran konsert terbabit turut mendakwa sering diikuti seseorang yang tidak dikenali sejak insiden protes senyap semasa Jaclyn Victor membuat persembahan minggu lalu.

Konsert yang dianjurkan sempena Pesta Konvo minggu lalu menjadi isu hangat di sini meskipun insiden protes senyap sekumpulan pelajar yang membantah penganjuran konsert tersebut sudah berlalu hampir seminggu.

1 comment:

Pelajar-IPT said...

isk tak habis2 la kamu ni....tau ler ni blog kepunyaan pro kebajikan.....buang masa la sebenarnya nak baca blog ni...nak meracuni pihak aspirasi...

tengok la tu blm pasti...pandai2 nak mengata...ada hati nak kata saya rasa...saya rasa......eeeeeee klu tak pasti tak yeh nak sebar kat sni....mna awak tau yg rm8000 tu utk jac dan faizal tahir jer....napa awak nak sengaja memburukkan pihak penganjur..ingat yg artis nasyid tu diketepikan ker....

tak habis..habis....blog ni saja nak melebih-lebihkan pihak pro kebajikan......celaka la kmu ni....