August 12, 2009

Lebih ramai dijangka sertai protes

Tanjong Malim, 12 Ogos – Selepas berjaya memberi tekanan dengan protes senyap semasa persembahan Jaclyn Victor tempoh hari, timbul pula ura-ura mengatakan tindakan sama akan dibuat semasa konsert Faizal Tahir.

Ura-ura akan berlaku siri protes membantah Konsert Faizal Tahir mula timbul apabila tindakan protes kumpulan pembantah tempoh hari dikatakan berjaya memberi mesej kepada pihak penganjur.

Walau bagaimanapun bentuk dan tindakan protes yang akan dibuat masih menjadi tanda tanya ramai pihak yang mengikuti isu ini.

Menurut salah seorang sakretariat Pesta Konvo yang bertugas di bahagian protokol, pihak penganjur dikatakan akan meningkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan program berlangsung serta meletakkan perisik-perisik bagi memberi maklumat kepada penganjur.

Sumber tersebut juga turut mengatakan berkemungkinan lebih ramai bilangan pengawal keselamatan dan polis akan dikerah berada di kawasan terbabit berbanding konsert Jaclyn tempoh hari bagi mengawal keadaan sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

Dalam pada itu, antara tindakan yang dikatakan bakal diambil pihak penganjur adalah menghalang mana-mana pengunjung yang disyaki sebagai kumpulan pembantah terutamanya mereka yang memakai tudung labuh dan berkopiah untuk masuk ke kawasan konsert dijalankan.

Sementara itu, Pro Kebajikan apabila ditanya tentang perkara ini tidak memberi jawapan jelas sama ada mereka akan melakukan sesuatu berkenaan penganjuran konsert Faizal Tahir.

“Itu kita tidak perlu umumkan, tapi apa yang pasti penyokong-penyokong kita sudah bersiap sedia dan mereka juga mungkin mengambil tindakan sendiri tanpa arahan daripada kami”,jawabnya ringkas selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi Pro Kebajikan semalam.

Kelmarin, sekumpulan pembantah konsert Jaclyn Victor mengejutkan hadirin di situ apabila bertindak keluar beramai-ramai tanda protes sejurus selepas bekas juara Malaysian Idol itu naik ke pentas.

21 comments:

Anonymous said...

Astagfirullahhala'zim.........
sampai mcm 2 tindakan pihak pengajur. Wahai pihak penganjur.... anda ni siapa sebenarnya?
anda ni munafik ke.....
konon-konon kata ISLAM tapi apa yang dilarang ALLAH anda buat.....
Ni kenapa nak buat perisik2 pulak?????
takutlah amarah ALLAH...... nak buat perisik macam Amerika ke????
kira masuk sekali dengan amalan orang2 yahudi laknatullah..... bertaubatlah....

Anonymous said...

UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA SAMA2 MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA

saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...

SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...

Kami bukan mahu pensyarah menyokong pro-kebajikan@pro-kualiti,kami hanya mahu anda nyatakan pendirian samada setuju@tidak dengan konsert tersebut..sila faham kenyataan ini.Kalau anda SETUJU,bagi alas an yang kukuh kenapa ia perlu dilaksanakan.dan kalau anda TIDAK SETUJU,bagi juga alasan dan sebab-sebabnya.Mayb klu kita student yang bg pendapat,ada yang seperti memperlecehkan.Sekarang ni kita tgk apa pula pandangan2 pensyarah sebab mereka `guru` kita di UPSI.tentunya mereka lebih banyak ilmu daripada kita dan sesuai memberi pendapat dan mengutarakan pandangan.

Kami terpaksa mengambil langkah ini memandangkan pihak penganjur dan HEP tidak menghiraukan bantahan yang telah dinyatakan sejak dari awal lagi. Dengan adanya sokongan daripada pensyarah yang cerdik pandai,diharapkan suara bantahan ini mendapat perhatain daripada pihak berwajib..

so semua pihak diharapkan tidak salah faham dengan kenyataan ini.kita bukan nak gaduh,tetapi mencari jalan penyelesaian..

Anonymous said...

"menghalang mana-mana pengunjung yang disyaki sebagai kumpulan pembantah terutamanya mereka yang memakai tudung labuh dan berkopiah untuk masuk ke kawasan konsert dijalankan."

soalan : rational ke?????

Anonymous said...

UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA SAMA2 MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA

saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...

SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...

Kami bukan mahu pensyarah menyokong pro-kebajikan@pro-kualiti,kami hanya mahu anda nyatakan pendirian samada setuju@tidak dengan konsert tersebut..sila faham kenyataan ini.Kalau anda SETUJU,bagi alasan yang kukuh kenapa ia perlu dilaksanakan.dan kalau anda TIDAK SETUJU,bagi juga alasan dan sebab-sebabnya.Mayb klu kit studeny yang bg pendapat,ada yang seperti memperlecehkan.Sekarang ni kita tgk apa pula pandangan2 pensyarah sebab mereka `guru` kita di UPSI.tentunya mereka lebih banyak ilmu daripada kita dan sesuai memberi pendapat dan mengutarakan pandangan.

Kami terpaksa mengambil langkah ini memandangkan pihak penganjur dan HEP tidak menghiraukan bantahan yang telah dinyatakan sejak dari awal lagi. Dengan adanya sokongan daripada pensyarah yang cerdik pandai,diharapkan suara bantahan ini mendapat perhatain daripada pihak berwajib..

Pelajar-IPT said...

bagus ler......mcm tu hahhahah saya setuju.......siapa suru tak ker mcm org gila nak pergi protes2...hahhahah patut golongan tudung labuh+kopio tu bersyukur....kamu di halang utk memalukan diri kamu hahahhaa syabas..

sayangupsi said...

siapa yg gila?kumpulan protes maksiat atau kumpulan sokong maksiat??

ckp2 biar cam PELAJAR IPT..budak tadika pun tau cakap beradab.

mgkin ni la kot cara PELAJAR IPT bercakap/ memberi pandangan dalam sistem pendidikan sekular sekarang. u can see that...

Anonymous said...

salam...

saya tak faham dengan sikap mereka yang memprotes konsert2 nie. kenapa obses sangat. pihak penganjur berbuat demikian pon ade rasionalnya..upsi tak dipandang serong. kenapa perlu berperangai keanak-anakan. masing umunya bakal guru. masing2 tahu nak bezakan baik dan buruk. lagipon, tempat lelaki dan perempuan diasingkan..tolonglah jangan terlalu obses dang menggunakan nama Islam semata2 untuk melindungi diri sendiri. kalau anda tak suka,anda jangan halang orang lain. anda hanya galakkan mereka kearah kebaikan. tak perlu buat perkara seperti koyakkan poster. begitukah sikap yang anda cuba gambarkan sebagai seorang islam yang baik..fikir2 la wahai sahabat..maaf andai terkasar bahasa.
salam..

Anonymous said...

penganjur nie kang disamakan dgn syaitan marah.... menghalang mereka yg mahu berdakwah ke arah kebaikan demi menghasut kehadiran org lain mendengar perkara yg tidak baik dan tidak perlu dan tidak berfaedah dan tidak bermaruah dan tidak berlandaskan agama suci.... sgt terkesan dgn statement nie

"menghalang mana-mana pengunjung yang disyaki sebagai kumpulan pembantah terutamanya mereka yang memakai tudung labuh dan berkopiah untuk masuk ke kawasan konsert dijalankan."

walaupun sy tidak tergolong dlm kalangan mereka namun pegangan yg kuat sy juangkan... walau tidak bertindak utk org lain seperti kamu semua sy ucapkan tahniah kerana berusaha.... teruskan utk malam ini.... sy hanya berusaha utk diri terlebih dahulu dgn tidak mengunjungi walau sekejap ke pesta konvo sepanjang minggu ini..... harap yg lain mampu begitu kalaupun tidak mampu utk menyekat diri org lain....

Nicholas Luka said...

aishh...bodo ahh..p kat gunung arr kalo xnak bersosial..

pemerhati bebas (tmn malim belakang kedai) said...

sy sgt sedih dan rasa mahu menangis shj membaca beberapa komen dr kamu semua yg gagal memahami kenapa wajib konsert ini di halang....

dalam islam, selagi perkara yg menjurus kepada sesuatu yg tidak baik itu boleh di elakkan wajiblah utk kita mengelak dan menghalangnya dgn sedaya upaya.....

yup pesta konvo mmg perlu namun byk perkara lain boleh di isi walaupun pengisian tu tidak popular..... biasalah perkara yg tidak popular tidak menarik ramai org..... n sukar utk mendptkan penganjur yg besar2 seperti celcom utk perkara2 seperti mahu bw qari atau qariah dr AQ atau persembahan yg berbentuk ilmiah.......

tp itu perkara yg nombor dua, yg penting kita melaksanakan sesuatu itu berlandaskan syariat..... soal dpt tarikan atau keuntungan adalah perkara kedua.... kalau kita rasa sukar hendak dptkan penganjur yg hebat atau tarikan pengunjung yg ramai utk cover segala apa yg telah di laburkan... usahlah kita buat pesta itu sampai melebihi kemampuan hingga kita lupa bahawa kita meletakan suatu pengisian yg sebenarnya tidak di redhai Allah s.w.t..... biarlah kita bersederhana tp kita tenang menjalanannya sebab kita tahu kita akan membawa kebaikan kepada semua dalam menganjurkan sesuatu program......

dan apabila perkara protes ini berlaku.... byk pihak mengambil langkah utk melindunginya... apakah betul perlindungan itu? ya, mmg utk menjaga ketenteraman awam..... atau lebih uk menjaga air muka jemputan2 ternama itu tanpa memikirkan bahawa kita sebenarnya perjuangkan sesuatu yg salah kerana melindungi perkara yg akhirnya akan boleh membawa kpd kelalaian....

sy tidak menolak hiburan kerana sy sendiri mendengar lagu, dan minat beberapa artis.... namun utk membawa mereka buat persembahan di sini dalam masa yg tidak bertepatan ini adalah tidak patut sama sekali..... kerana ianya jelas terpesong dr landasan ilmiah yg selama ini UPSI pertahankan....

jgn lah begini wahai rakan2 semua.... fikirlah dahulu bila mahu meberikan komen..... apakah ia bertujuan utk memenhi hasrat kita berjumpa artis atau menyaksikan ramai org dtg n kita utg.... padahal kita telah gagal utk mengelak perkara yg wajib utk kita elak selagi boleh..... inilah org kata apa itu ISLAM HANYA PADA NAMA...... ramai yg tahu apa yg perlu kita lakukan demi agama dan syariatnya.... namun kita gagal pertahankan kerana kemahuan dan kehendak yg melebihi batasan....

jgn buat sy hampir menitis air mata kekesalan lg di sebabkan komen kamu bakal seorang guru yg wajib mendidik anak bangsa ke arah kebaikan kelak....... tq

p/s : sy bukanlah golongan mana2 pihak samada yg terlibat dgn gerakan protes atau penganjur kerana kedua2 pihak sy punya kawan2..... jd sy lebih selesa berada di pihak pemerhati bebas.....

sayangupsi said...

"aishh...bodo ahh..p kat gunung arr kalo xnak bersosial.."

sp kata tak nk bersosial tp ada batasnya.apa2 pun ada pasti ada peraturan dan adab yang perlu dipatuhi.kalau dah melampaui peraturan atau adab, mestilah akan huru-hara.begitu juga dgn situasi upsi bila ada perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan adab.kalau kita sayang upsi, kenalah bertindak..mgkin mcm anda..tulis komen tak pk..komen cam org tak pnh blaja je..

Anonymous said...

kmu pasti ke yg dtng ke konsert tu buat maksiat?klu x pasti,jgn la buat kenyataan semata-mata...tu fitnah da...

Pelajar-IPT said...

balasan utk sayangupsi.....

"ckp2 biar cam PELAJAR IPT..budak tadika pun tau cakap beradab."

wow pandai pula ckp pasal beradab..........heiiiiiiiii...jadi tindakan golongan kopia+tudung labuh beredar mcm kambing terlepas dr kandang tu....semasa jac naik ke pentas.....adakah itu beradab?????
beradab??????? beradab?????? awak tau ker mksd beradab ni.....suka ati jer suru org beradab...maka tak tahu pun maksd beradab tu....kesian kat awak

Anonymous said...

"kmu pasti ke yg dtng ke konsert tu buat maksiat?klu x pasti,jgn la buat kenyataan semata-mata...tu fitnah da..."

pegi ke konsert 2 maksiat la mangkuk!!!per la..nmpak sgt jahil!!!

pemerhati bebas (tmn malim belakang kedai) said...

pergi ke konsert tue sudah pun satu maksiat malah boleh menjuru kpd perkara yg lg tidak elok.....

sy tak fitnah sesiapa utk katakan mereka akan bermaksiat kerna sy percaya kamu pandai jg diri....

tp, apakah kamu mahu menganggung sekiranya ada yg bermaksiat secara langsung atau tidak langsung dek kerana kamu yakin semua boleh jg diri then konsert boleh dijalankan.....

inilah yg kamu kena faham kenapa perlu perkara sebegini di elakkan.....

kpd yg mahu komen fikir dulu apakah komen kamu itu tidak menyebabkan kamu keliru tentang agama Islam...... jgn hentam dek kerana keinginan nak berhibur berlebihan.....

azmir abdullah said...

gelabah. student upsi baru nak kenal dunia ka? bagus. keluar jugak dari kotak.

azmir abdullah said...

kain sendiri dah terkoyak tak perasan, kain orang benang tercicir boleh nampak pulak. kalau betul2 nak cegah maksiat, banyak lagi cara dan jalan. mara ke hadapan, bukan dengan emosi. malaysia negara membangun. setiap negara membangun pasti tahap sosial meningkat. itu realiti. tak salah nk kurangkan maksiat. itu demi agama. tapi biarlah nmpak rasional dan cerdik. jangan bagi nampak kelemahan sendiri nanti orang cakap kita bodoh, marah pula.

Anonymous said...

Apa lagi boleh buat klu pihak atasan pun xmau dengar?? hanya berdoa?? betul....tp ALLAH suruh usaha dlu, bru boleh tawakkal. So, protes tu salah satu usaha la....hasilnya apa?? em..tunggu dan lihat jer. tp, sekarang pun dah nampak hasil positif...semakin ramai yang mengutuk, semakin ramai yang ingin berfikir sebaliknya. TAHNIAH SEMUA.
ALLAH tak lihat pada hasilnya..p lihat pada usaha kita.
SYABAS buat semua yang berani..tepuk...tepuk...
-neopentene

cikguuuuuu.... said...

ish..
biarpun diorg tu sume artis dan membawa ke arah hiburan,tp diorg masih lagi tetamu kite..igt tu,tetamu......
walau buruk mcm mana pun diorg,masih lagi bernama tetamu...
mcm ni ke cara org Islam melayan tetamu..
kalo ye pn nk berdakhwah,why not u all jmpe artis tu sndri dan nasihat dier ke arah kebaikan..peluang berdakhwah tu ader,tp biarla kena dgn cara..jgnla sampai org hilang respek dgn Islam..lemah lembut pasni pasti menambat hati..pk2 la..

azmir abdullah said...

ya setuju dengan cikguuuu

baling sanan baling sini said...

ludah sana ludah sini
shame on you,
gelabah.
nak tangan meksiat?
selesai kan mane patut dulu
ape jadah haram konsert,
tepuk dada tanya selera.
baru faizal tahir dan jaclyn datang
belum lagi rihanna.apahal?

p/s: i have my opininion and you have yours, you dont have to like mine becaau i dont like yours