August 8, 2009

“Kami akan pastikan konsert gagal” – AMI UPSI

Tanjong Malim, 8 Ogos – Beberapa jam selepas laporan berkenaan kecaman terhadap konsert yang bakal diadakan sempena Pesta Konvo minggu depan, seorang pengirimm e-mel yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil Alumni Mahasiswa Islam UPSI (AMI UPSI) memberi amaran kepada pihak penganjur konsert tersebut supaya membatalkan program tersebut.

Dengan tajuk e-melnya, “kami akan pastikan konsert gagal”, pengirim memberi peringatan AMI UPSI yang dianggotai sekumpulan bakal graduan yang akan bergraduat minggu depan tidak teragak-agak untuk melakukan pelbagai usaha bagi memastikan konsert itu gagal.

Dalam penjelasannya juga, pengirim mengatakan UPSI masih belum sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan walaupun berulang kali diberi peringatan malah pernah ditegur dalam khutbah jumaat berikutan isu yang sama.

Sementara itu, pengirim turut menasihatkan agar pihak pengajur tidak menjadikan menarik perhatian pengunjung hadir ke pesta konvo sebagai alasan konsert itu dibuat kerana kehadiran pengunjung bukan 100% terletak pada penganjuran konsert.

Pada akhir tulisannya, pengirim menyeru mahasiswa Islam sebulat suara menolak konsert dan budaya hedonisme bertapak di UPSI dengan membantah penganjuran konsert tersebut.

32 comments:

CameronSweetHomestay said...

"Dalam penjelasannya juga, pengirim mengatakan UPSI masih belum sedar dengan kesilapan yang telah dilakukan walaupun berulang kali diberi peringatan malah pernah ditegur dalam khutbah jumaat berikutan isu yang sama."

aku masih teringat lg waktu tu..tok katib yang baca khutbah dengan nada yang keras mengkritik UPSI sbg sebuah unversiti yang bakal melahirkan pendidik anak bangsa ingin menganjurkan konsert... tak malukah ke pihak UPSI dengan semua tu?
sama-sama kita fikirkan...

Anonymous said...

islam haramkn ka hiburan....x kan..selagi apa yang kita lakukan 2 xmlebih2 dr hukum syarak...jd sama2 la ingt....jgn la asyik nk mbantah ja...dh jd mcm ahli pmbangkang plak...semua xstuju...klu jga tingkah laku elok apa2 pn bleh wt asalkan ada batasan...jd jgn la nk mbabi buta ja nk bantah....

Unknown said...

tak semestinya mengadakan konsert ini hanya akan membawa keburukan.setiap perkara ada baik dan buruknya.kenapa kita hanya fikir pasal keburukannnya sahaja???konsert yang bakal diadakan bukan sahaja dapat mampu memeriahkan suasana malah mampu memperkenalkan upsi kepada mata dunia.....buat apa kita buang masa membatalkan sesuatu usaha yang telah dirancang

Anonymous said...

saya sokong 100%!!!

مَعهَدين الُمعلمْ said...

yer..
tu persepsi orang luar terhadap sebuah universiti yang mengeluarkan bakal guru..Bakal pendidik anak bangsa 1 Malaysia..

Kita kadang-kadang syok sendiri dengan aktiviti yang kita buat sedangkan pihak luar sedang menilai siapa kita..
Amat memalukan apabila UPSI dikritik dalam KHUTBAH JUMAAT di Masjid jami'.

Kepada penganjur cukuplah..Jangan memalukan UPSI lagi. lainlah kalau penganjur jenis xdak agama dan xpenah pergi masjid. Tapi majoriti rakyat UPSI orang Islam dan bencikan benda maksiat..

AKu tahu memang aku tak layak untuk menegur sebab perwatakan aku bukan mcm seorang ustaz. tapi aku retila jugak skit2..

mat_rock said...

aku suka hiburan!!!
tapi aku tak suka konsert
sebab dalam konsert tu bukak banyak peluang org buat maksiat
aku benci MAKSIAT!!!
aku sayang UPSI!!!!!!!!!!!!!!

mat_rock said...

aku suka hiburan!!!
tapi aku tak suka konsert
sebab dalam konsert tu banyak buka peluang dan ruang untuk org (bakal cikgu) buat maksiat
aku benci MAKSIAT!!!
aku sayang UPSI!!!!!!!!!!!!!!

mat_rock said...

aku suka hiburan!
sebab boleh kurangkan tensen
tapi aku tak suka KONSERT!
sebab konsert buka peluang dan ruang untuk orang (bakal cikgu) buat maksiat
aku benci MAKSIAT!!!!!!!!
aku sayang UPSI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

aku suka hiburan!
sbb blh kurangkn tensen
tapi aku benci konsert!
sbb konsert bukak peluang dn ruang utk org wat (bakal cikgu) maksiat
aku benci maksiat!!!!!!!!
aku sayang UPSI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Silakan..Kita akan BERTEMPUR di Tg Malim..aku btl2 maksudkan!!!!

Anonymous said...

fikir-fikirkanlah wahai pihak penganjur...bla dah ditegur dlm khutbah jumaat..mknanya ia suatu larangan perlu titik beratkan...jangan sampai ditegur lagi...sebuah IPTA y melahirkan pendidik bangsa dan negara tidak seharusnya meletakkan konsert sebagai salah satu point utama untuk menarik pengunjung...andai kita gagal mendidik bakal pendidik bangsa dan negara..bagaimana bakal pendidik ini hendak mendidik anak bangsa dan negara???

Anonymous said...

berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah...
namun pabila salah memilihnya membuat kita jadi terleka..

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Islam memang xpernah mengharamkan hiburan.
tapi Islam mengharamkan artis perempuan dan juga lagu2 yang boleh malaghakan...

Tujuan nak memeriahkan suasana??
Alasan saja tu..
Alasan ahli-ahli maksiat..
Alasan syok sendiri..

Anonymous said...

saya setuju benar jika konsert itu dibatalkan kerana kta sudah hampir kpd ramadhan..lagipun macam satu pembaziran je..sedarlah baru2 ni je baru kes H1NI...
Penularan H1N1 tu supaya kta brfikir sejenak..apa yag dah kta lakukan..
sama2 fikirkan...

Anonymous said...

Saya tak nampak apa kaitan konsert dengan maksiat. Jika anda benar-benar mempunyai akhlak yang mulia, segala nafsu dapat dikawal.

upsi@heart.

Anonymous said...

wahai cikgu-cikgu sekalian, budaya hedonisme ni ke yang kita nak terapkan dalam diri anak-anak pelajar kita kelak? Cikgu bonceng motor dgn pakwe pun, masyarakat dah mengata... ini kan lagi benda-benda hiburan yg melalaikan seperti konsert yang nak buat ni(perkara2 yang menghampiri zina)...huhu... takut lah dengan ALLAH. MOga Allah beri petunjuk pada kita

imakkelantan said...

Persatuan Mahasiswa Anak Kelantan secara rasmi melancarkan kempen boikot konsert pesta konvo.

Sila ke blog kami untuk membaca kenyataan rasmi daripada kami..

TERIMA KASIH...

sayangupsi said...

hai, agaknya nk seluruh upsi dijangkiti h1n1 baru nk batalkan konsert kot.tak sedar2 lagi bakal2 ckgu ni rupanya..konsert takde kaitan ngn maksiat??blh ke kata camtu..tak pnh tau ke konsert yang bersalahan dengn syara' sperti perempuan yang menyanyi tu pun dah maksiat.blum org yg tgk lg?

adoi, takleh pk ke??

truk3 (versi upin ipin)

lu pk la sendiri..

Anonymous said...

dah xde maknanya korang nak kutuk mengutuk dalam ni.malam ni konsert tu tetap jalan.nak wat demo bantah?dah terlambat la bai.apa kata kita sama2 fikir,apa yang sesuai untuk ganti konsert tu pada masa akan datang.cepat2 bg cadangan.cadangan tu mesti bernas ye.jgn nak bg cadangan bodoh-bodoh.nnt dah ada cadangan yang sesuai,kita bleh utarakan kat pihak MPP.

Anonymous said...

tah aper2 ar korg ni,sumer bnda yg org buat korg nk bantah.ingt korg tu bgs sgt...elok la org nak wat hiburan drpd xde...hiburan yg mndtgkn maksiat bak kater korg tu,xde maknanyer.klu xde hiburan ni pun,stdnt upsi tetap gak buat maksiat.tah kat ceruk mana diorg buat pun korg x tau.apsal prejudis sgt korg ni.keja nyer tau nk menghentam org jer.

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan kecewa dengan penganjuran konsert Jacklyn Victor di UPSI. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan memandang serius diatas penganjuran berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena pesta konvokesyen pada kali ini yang seharusnya bersifat intelektual bukannya hedonism apatah lagi ketika ini kita berada di Bulan Syaaban dan akan menjalani ibadah Ramadhan tidak lama lagi. Persoalannya lagi, mengapa perlu dibazirkan wang untuk tujuan hiburan berbanding dengan perkara-perkara bersifat akademik dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.
Kami begitu kecewa terhadap pihak pihak penganjur yang menjadi sebahagian dari warga pendidik seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari dalam ataupun luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di UPSI dan penduduk sekitarnya memandangkan UPSI adalah institusi yang melahirkan bakal pendidik. Gejala hendonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini.
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro Kebajikan persembahan artis berkenaan akan melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdasarkan kepada latarbelakang dan sejarah penyanyi tersebut.
Mengikut kod 15.2 SKMM menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia di Malaysia adalah seperti berikut:
– Pakaian hendaklah lengkap, kemas, sopan dan tidak terlalu ketat;
- Pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut;
- Skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan – Kain berbelah sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang, hendaklah tidak melebihi dua inci di atas paras lutut.
Garis panduan artis:
Selain itu, kod 15.3 pula menyatakan bahawa artis lelaki dan wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:
- Muka hendaklah tidak diconteng;
- Pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal;
- Pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberi kesan jarang;
- Pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah;
- Jenis-jenis pakaian hendaklah tidak membayangkan pemakainya tidak berpakaian;
- Baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional;
- Tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu;
dan – Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran.
Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yang bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab dan budaya pun sudah bertentangan.

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Satu perkara lagi, bulan Ramadhan akan menjelma dalam minggu hadapan dan sekarang ini juga kita sedang berada dalam bulan Syaaban di mana bulan buku amalan kita ditukarkan. Di manakah sensitiviti pihak penganjur dalam menghormati bulan yang mulia ini.
Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa kami tidak menolak hiburan, bahkan merasakan hiburan ini adalah satu ‘alternatif’ manusia masa kini. Namun yang dipertikaikan disini ialah bentuk hiburan yang melampau dan merosakkan minda dan jiwa rakyat, hiburan yang melalaikan dan membawa anasir-anasir negatif seperti pergaulan bebas, khayalan cinta dan lupa diri kepada bakal pendidik UPSI khususnya dan masyarakat sekeliling amnya. Realiti hari ini, hiburan telah lari dari tujuan untuk merehatkan minda dan santai kepada tujuan perniagaan dan keuntungan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan menentangnya.
Kami juga mencadangkan agar program pembangunan terhadap mahasiswa/i mestilah diperbanyakkan dengan berlandaskan kepada Islam dan dasar negara bukannya hiburan yang akhirnya akan menghancurkan masa depan remaja dan negara.
Firman Allah,

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

"Sesungguhnya orang2 yg briman hanyalah org2 yg briman kpd Allah dn Rasul-Nya, kmudian mrka tidak ragu2 dn mrka berjihad dgn hrta dn jiwa raga merka pd jaln Allah, mrka itulah org2 yg benr.(Surah A-Hujurat:Ayat 15).


"dan perangilah mrka itu, shingga tidak ada fitnah lagi dan(shingga) agma hanya untuk Allah belaka. jika mrka berhenti (dr mmusuhi kmu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kcuali terhadap org2 yg zalim.(Surah Al-Baqarah:ayat 193)


SAHABAT YG DIRAHMATI, INGATLAH SABDA RASULULLAH S.A.W:


"sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepda umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yg mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat amalan-amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi" (diriwayatkan oleh Ibnu Majah).


Marilah kita sama-sama menjauhi kerja syirik dan kejahilan puak penganjur. Semoga Allah merahmati kita semua. Salam perpaduan. Salam 1 Malaysia…


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Allah maha adil dan maha bijaksana...
Allah melaknati kepada sesiapa yg membelakangkan hukum Allah...

xda yg mustahil utk boikot kalau ada kemahuan membantu Islam dan menyayangi agama Islam...

jauhkanlah UPSI tercinta dr musibah atas kelalaian kita...


walahualam...

sumber: pro kebajikan mpp n kelantan @upsi

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

cadangan aktiviti ganti konsert..

1. buat solat hajat bagi meraihkan akak2 dan abang2 yg bakal konvo

2. buat solat hajat supaya Allah membantu kita daripada wabak H1N1 amnya utk seluruh dunia, khusus UPsi Tercinta...

hamba insan yang hina di sisi manusia apatah lagi di sisi Allah s.w.t

Pelajar-IPT said...

cadangan aktiviti ganti konsert..

1. buat solat hajat bagi meraihkan akak2 dan abang2 yg bakal konvo

2. buat solat hajat supaya Allah membantu kita daripada wabak H1N1 amnya utk seluruh dunia, khusus UPsi Tercinta...

hamba insan yang hina di sisi manusia apatah lagi di sisi Allah s.w.t

kamu betul2 pentingkan diri.....jadi yang non-muslim buat apa..tak terlibat pa2...isk2 betul2 la....bagus jadikan upsi ni universiti islam supaya puas hati kamu, takan ada lagi pelajar non-muslim.....saya tau memang kamu tak pernah ambil tahu kebajikan pelajar2 non-muslim...asyik2 dengan kebajikan mereka...kami pun manusia ma......

Anonymous said...

eh korang ni bodohlah, konsert bukak peluang utk pljar UPSI bermaksiat. korang x nampak ker, TNC ade kat sane, MPP dan sekretariat konvo pun ade kat sane. MEMANDAI JER CKP, bebal btul laaaaaaaa....... kami yg g tgok konsert pun sayang kat UPSI juga, ade tak kami bercumbu2??? BODOH LAH korang, kerja korang tak lain dan x bukan cuma nak PREJUDIS, MENGHUKUM, DISKRIMINASI. patut laa isu perkauman kat malaysia ni x habis2...

Anonymous said...

miss wana..jgn la terlalu prejudis...idea awak tu akan terlalu bersikap keagamaan...fkirlah idea yg melibatkan semua org...jgn terlalu pentingkan diri sendiri...

Pelajar-IPT said...

sebenarnya mereka tak sesuai idup di malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama....baik kamu mohon tukar warganegara dekat arab.......puas ati kmu sna semua islam..........segala-gala islam.......puas ati.........

Anonymous said...

bodoh la org yg nk bangkang... bgkang mcmaner pun, konsert tetap jln.. kalau Dh x suka, baik masuk UIA!!!! SESUAI SGT KANZZZ!!!

ciknurul said...

kamu betul2 pentingkan diri.....jadi yang non-muslim buat apa..tak terlibat pa2...isk2 betul2 la....bagus jadikan upsi ni universiti islam supaya puas hati kamu, takan ada lagi pelajar non-muslim.....saya tau memang kamu tak pernah ambil tahu kebajikan pelajar2 non-muslim...asyik2 dengan kebajikan mereka...kami pun manusia ma......


saudara, ish2...
kamu ini orang mana kamu ni?
biarlah kami yang Islam solat hajat. kenapa kamu mo bising-bising.
kamu berdoalah dengan cara kamu.
takkan orang Muslim mo ajarkan.
kamukan seorang "intelektual" yang "hebat"
tak perlu la mengata Muslim yang mo buat solat hajat.

Anonymous said...

UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA SAMA2 MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA.

saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...

SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...

Pelajar-IPT said...

"SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI..."

tak tau malu.....skg nak guna perkhidamtan pensyarah pula lepas tu tak tau plak..mgkin mohon bantuan dr jakim kali hahahahh

azmir abdullah said...

kenapa slow sangat ni? upsi ni 100% islam ka? tidak, kan? so dah various tu, buat cara various lah. tau la negara ni negara islam, tapi, kena bagi adil kepada semua pihak. kan islam tu adil? kan? sapa yang rasa konsert tu maksiat, takyah pergi. sapa rasa ok, pergi ja lah. semua dah besar panjang. pandai jaga diri. pandai fikir. takkan depan orang ramai2 nak cumbu2 dan raba2? otak letak kt mana? setiap benda jadi pasti ada sebab. islam melarang konsert pasti ada sebab. orang buat konsert msti ada sebab. sebab baik dan buruk fikir la sendiri semua dah besar. daripada sibuk fikir dosa orang, cuba fikir dosa diri sendiri, kan?