August 11, 2009

Istiadat Konvokesyen bermula esok

Tanjong Malim, 10 Ogos – Istiadat Konvokesyen ke-11 Sidang Kedua yang bakal membuka tirai esok dijangka akan berlangsung dengan penuh istiadat dengan kehadiran Canselor UPSI, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Bermula esok, para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam program Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana diberi penghormatan untuk menerima ijazah masing-masing pada hari pertama istiadat. Pada sesi yang berikutnya, para graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda pula mengambil tempat sesi penerimaan ijazah masing-masing.

Istiadat Konvokesyen pada sidang kali ini menyaksikan sebanyak 9 sesi akan berlangsung di dewan SITC bermula pada esok 11 Ogos hingga 15 Ogos ini.

2 comments:

Anonymous said...

tahniahkpd mereka yang akan konvo esok...teruskan mendokong perjuangan anda sebagai guru UPSI yang mampu menggegar sekolah anda mengajar nanti, TAHNIAH!!!

Anonymous said...

tahniah kpd akak & abang yg dh nk amik segulung Ijazah... jadilah guru bitara ye... Klu dh mengajar nti... jgn cemarkan nama UPSI... mengajarlah dgn ikhlas...

"Mahasiswa Cemerlang UPSI Gemilang"