August 10, 2009

Iklan Jaclyn Victor dikoyak

Tanjong Malim, 10 Ogos – Bantahan terhadap penganjuran konsert Jaclyn Victor malam ini mula ditonjolkan pihak yang membantah apabila iklan-iklan yang ditampal di beberapa tempat dikoyak dan dicabut.

Tinjauan UPSIkini mendapati tindakan mengoyak dan mencabut poster yang ditampal berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pihak yang menentang konsert tersebut diadakan.

Dalam pada itu, timbul desas-desus mengatakan persembahan Jaclyn Victor pada malam ini masih belum dapat dipastikan kerana desakan daripada beberapa pihak yang mahu persembahan tersebut dibatalkan.

Sehubungan itu, Pro Kebajikan yang diminta mengulas tentang perkara tersebut menafikan tindakan mengoyak dan mencabut poster-poster tersebut adalah arahan daripada mereka.

Ketua Penerangan Pro Kebajikan menafikan tindakan tersebut arahan daripada Pro Kebajikan kepada penyokongnya dan mengatakan tindakan tersebut berkemungkinan daripada individu-individu yang turut membantah konsert tersebut diadakan.

“Kami tiada mengeluarkan arahan tersebut dan ini berkemungkinan adalah tindakan individu-individu yang turut membantah konsert tersebut diadakan”,jelasnya.

Penampilan Jaclyn Victor yang dijangka membuat persembahan malam ini mendapat bantahan daripada beberapa pihak dan semalam Pro Kebajikan memutuskan untuk membuat bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut.

15 comments:

Pelajar-IPT said...

mmg dah sah yang manusia2 yang mengoyakan iklan2 tu adalah manusia yang tak prihatin......ko ingat tak susah ker nak lekat2 iklan tu sebar.......manusia yg gelar diri drang ni alim kunun isk tidak berhati perut.....terus bertindak mengoyakkan iklan.........hahahhahahaha lucu dan saya rasa sangat bodoh tindakan itu...ada skolah ka nda..........

Pelajar-IPT said...

hahahhahha koyak koyak last2 jadi yes yes.........

Anonymous said...

xfaham pe la yg dorang ni nak..serius aku mmg xfham. buat benda2 camni, memalukan UPSI je la...

Anonymous said...

memalukan UPSI je perangai orang tak bertamadun....

Pelajar-IPT said...

hahahhahha betul....dah sah manusia yang boikot ni sia2 belajar dari tadika hingga IPT.......kesian tul bagus kamu cipta mesin masa pergi ke zaman yang masi tak der hiburan terutamanya konsert.....ah pergi pergi la kamu hahhahahhha

Anonymous said...

tu laa, diri sendiri x tgok lagi ada hati nak betulkan org lain. bgi mereka yg ekstrim sgt tu, korang hati2, jgn nak taksub sgt, esok2 korang jatuh dlm maksiat mcmna? korang tu pun manusia juga, lemah dan x sempurna, jgn nak kutuk org lain jer, hukum org lain jer. skrg kau kat atas, esok kau jatuh. fikir baik2...

Anonymous said...

memang melampau yg koyak2 tu...terlalu taksub...skrg rasakan konsert tu berjalan lancar...

yakuza_inc said...

xbaik2

Anonymous said...

bodoh! xder adab langsung! mcm nie ke pelajar upsi.. main koyak sukati jer. sia2 je bljr dr tadika.. opz! dr kelantan.. kononnya baik.. sial! memalukan jer...! bodoh!

ATAS KEBENARAN said...

saya tak faham lansong ngan pelajar IPT dan Anonymous yg banyak komen kat sini. Ntah pk atas dasar Apakehentah..kate cikgu Bitara
tak tau ke jaclyyn victor tu salah satu penyanyi yang nak hancorkan umat Islam. Bitara ke sangat anjurkan konsert macam tu????

Sian awak2 sume, Ideologi dah berpusing 360 darjah. taktau lansong nak menilai mana satu baik mana satu menghancurkan diri sendiri..pikir lah wei. Allah kurniakan akal yang sempurna tapi tak tau nak beza halal haram. Blajo, blajo sangat tapi tak gune...NTAH Ape daaaa....
.dah dipijak2 dek ideology sekular pun tak sedar!!!

Anonymous said...

UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA SAMA2 MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA

saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...

SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...

Kami bukan mahu pensyarah menyokong pro-kebajikan@pro-kualiti,kami hanya mahu anda nyatakan pendirian samada setuju@tidak dengan konsert tersebut..sila faham kenyataan ini.Kalau anda SETUJU,bagi alas an yang kukuh kenapa ia perlu dilaksanakan.dan kalau anda TIDAK SETUJU,bagi juga alasan dan sebab-sebabnya.Mayb klu kit studeny yang bg pendapat,ada yang seperti memperlecehkan.Sekarang ni kita tgk apa pula pandangan2 pensyarah sebab mereka `guru` kita di UPSI.tentunya mereka lebih banyak ilmu daripada kita dan sesuai memberi pendapat dan mengutarakan pandangan.

Kami terpaksa mengambil langkah ini memandangkan pihak penganjur dan HEP tidak menghiraukan bantahan yang telah dinyatakan sejak dari awal lagi. Dengan adanya sokongan daripada pensyarah yang cerdik pandai,diharapkan suara bantahan ini mendapat perhatain daripada pihak berwajib..

Pelajar-IPT said...

untuk ATAS KEBENARAN

eeeeeeee sedar la sikit....ko benar2 tau ker pasal kebenaran......dah pandai nak menasihati org.......mmg kolot dr segi pemilihan nama utk blog ni pun dah menampakkan kekolotan kmu tu.....mau juga guna username yg alim konon.....doi plzzzzzzzzzzz.....jan nak berpura2 sni...barangkali ko lebi teruk dr haiwan.........

Anonymous said...

Be Smart...Islam itu Indah..mudah dan fleksibel..sesuai sepanjang zaman.

jangan merasa diri mulia dengan hukum hakam. jangan memandang sebelah mata. kita hidup berbilang bangsa.berfikir secara menyeluruh..artis itu diundang bukan dorang terhegeh2 datang.

Dan bagaimana kiranya kita melayan tetamu..eventough andaikata awak2 yang pandai2 dalam hukum ini didatanginya dari tetamu yang kafir.

koyak poster la,boikot la. jangan kata kita yang mewar2kan hukum ini benaaaaar sahaja. awak tak melihat kepada kepentingan umum. maksud saya, bagaimana orang bukan islam melihat kepada tindakan itu?..kepentingan itu awak tak melihat, bahkan awak2 semua tak nak fikir pula kesannya keatas negara ni.

Berfikirlah, awak2 yang punya ilmu mendalam lebih berbanding orang lain. jangan berhujah seolah-olah awak je ada kat malaysia ni.

be smart.fikir dulu. takkan takde cara lain selain boikot dan koyak poster semua tu...

sebab tu umat islam tak maju. tindakan dan pemikiran ortodok membelenggu. ketaksuban yang dirasakan kebenaran membutakan matahati sendiri.

wassalam.

Anonymous said...

aik korang suka sgt kan bantah konsert..knp pla konsert nasyid mlm ni x kena bantah?...konsert faizal tahir pun cam ramai jer org dtg..tp konsert jaclyn plak korang bantah sgt kan..smpi koyak2 iklan pla..knp?..sbb dia org kristen?..heh tlg la bro,ingat upsi ni untuk org islam je ke?..xkan org kristen dlm upsi ni pun korang nak islam kan gak..org kristen x bising pun korang asyik nak buat aktiviti yang byk berunsurkan agama islam..kate negara demokrasi...demokrasi ape mcm ni?..sedar la skit..saye rasa islam x ajar korang buat benda2 biadap mcm ni..contohilah org kristen yang sentiasa tabah menjalani segalanya..relek la bro..kalau betul iman korang kukuh,x payah lah nak takut ngan jaclyn victor..dia xkan mampu m'kristenkan korang seadainya iman korang tu tersangat la kuat..tp kalau iman sebesar kuman je memang patut la korang takut ngan jaclyn..haha..kolot sgt la pemikiran korang ni..knpe x bantah konsert 1 malaysia skali?..

azmir abdullah said...

sebelum cakap kena fikir. kita hidup dalam kepelbagaian warna dan cahaya. tolak diskriminasi ke tepi. fikir apa yg orang akan berfikir terhadap tindakan kita. adil dan saksama tu penting