August 12, 2009

HEP : Kami sedia berunding

Tanjong Malim, 12 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI hari ini menyatakan kesediaan pihak HEP untuk berunding dengan kumpulan pembantah yang dikatakan akan membuat tindakan protes pada Konsert Faizal Tahir malam ini.

Kenyataan tersebut disampaikan melalui seorang pegawai HEP yang enggan namanya didedahkan dengan mengatakan pihak HEP sedia untuk berunding dengan kumpulan pembantah.

Beliau yang berharap tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku bersedia untuk berjumpa dengan kumpulan tersebut bagi meleraikan segala ketegangan yang timbul.

Pro Kebajikan melalui Ketua Penerangannya apabila ditanya tentang perkara tersebut berkata, rundingan sudah pun dibuat namun mereka langsung tidak mempertimbangkan segala saranan yang diberikan.

“Kita sudah hantar wakil bagi menjelaskan pendirian dan pandangan kami, namun mereka dari awal sudah menolak apa yang kita bawa”,jelasnya.

“Kita tidak ada masalah untuk berbeza pendapat tetapi tidak dari segi syariat dan prinsip yang kami pegang selama ini”,tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengajak mahasiswa mencontohi Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) yang ternyata berbeza dengan pembawaan yang lebih matang dalam pengajuran program mereka sehingga dipuji Raja Dr Nazrin Shah yang merasmikan program tersebut dengan mengatakan FESKUM kali ini adalah yang terbaik daripada sebelumn-sebelum ini.

“Saya nak bawa mahasiswa di sini melihat bagaimana pendekatan MPM UM membawa FESKUM itu lebh matang dengan pengisian yang berteraskan intelektual seorang mahasiswa dan bukan masih leka dengan budaya hedonisme yang sudah semakin membarah di kalangan mahasiswa”,sarannya.

13 comments:

aku x sempurna!!! said...

mcm mn konsert??jadi x korg keluar beramai2 depan pelwat, vip, vvip, n artis yg x best tu??bglah info cpt kat kawe...x sabaq nk dengaq ni..kalo ada gmbr bglah sekali...baru dpt tunjuk betapa hebatnya kalo protes ni...aku suka!!

p/s:jauh la aku..x dpt g upsi tgk n ambik gmbr...

Anonymous said...

yes!konsert faizal tahir berjalan dgn lancar....

pro-m said...

aku pun jauh jugak wahai "aku x sempurna"..
KZ ke USPI..jauh tau..

Anonymous said...

Pesta Konvo: Wapun hujan renyai2, namun padang UPSI dibanjiri Oleh Penduduk Tg Malim & Pelajar.. Bkn dibanjiri air hujan k.. Diangarkan 1000org tgok konsert yg baru saja selesai.. mmg best la konsert tadi.. tambah2 pengacara dia yg slalu mengigatkan batas2 pergaulan antara Girl n Boy...

Tahniah la lah kpd penganjur... thn dpn jemput lak Siti Nurhaliza ke.. Comform 1juta pengunjung membanjiri TG. Mlim.. secara x lngsung ekonomoi pun berkembang...

huhuhu

Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat said...

Salam ukhuwah perjuangan; kepada alumni mahasiswa ISLAM upsi dan adik2 mpp pro kebajikan teruskan usaha dakwah anda.
ALLAH SWT sentiasa bersama dengan orang2 yang benar, insya'ALLAH.
Pertingkatkan munajat dan doa juga usaha dan akhirnya tawakal atas usaha dakwah tersebut.

Daripada:
FAISAL BIN ABDUL RAMAN
Setiausaha Pusat Khidmat Rakyat (Taman Bukit Subang)
> Parlimen Shah Alam, Selangor
> email: diamond_12ra@yahoo.com
> Blog dakwah: www.pasbktsubang.blogspot.com

Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat said...

Salam ukhuwah perjuangan; tahniah kepada alumni mahasiswa ISLAM upsi dan adik2 mpp pro kebajikan atas usaha dakwah yang dilakukan.
ALLAH SWT sentiasa bersama orang2 yang benar, insya'ALLAH.
Bersama pertingkatkan munajat dan doa kepada ALLAH SWT.

Daripada:
FAISAL BIN ABDUL RAMAN
Setiausaha Pusat Khidmat Rakyat (Taman Bukit Subang)
> Parlimen Shah Alam, Selangor
> email: diamond_12ra@yahoo.com
> Blog dakwah: www.pasbktsubang.blogspot.com

pemerhati bebas (tmn malim belakang kedai) said...

sy sgt sedih dan rasa mahu menangis shj membaca beberapa komen dr kamu semua yg gagal memahami kenapa wajib konsert ini di halang....

dalam islam, selagi perkara yg menjurus kepada sesuatu yg tidak baik itu boleh di elakkan wajiblah utk kita mengelak dan menghalangnya dgn sedaya upaya.....

yup pesta konvo mmg perlu namun byk perkara lain boleh di isi walaupun pengisian tu tidak popular..... biasalah perkara yg tidak popular tidak menarik ramai org..... n sukar utk mendptkan penganjur yg besar2 seperti celcom utk perkara2 seperti mahu bw qari atau qariah dr AQ atau persembahan yg berbentuk ilmiah.......

tp itu perkara yg nombor dua, yg penting kita melaksanakan sesuatu itu berlandaskan syariat..... soal dpt tarikan atau keuntungan adalah perkara kedua.... kalau kita rasa sukar hendak dptkan penganjur yg hebat atau tarikan pengunjung yg ramai utk cover segala apa yg telah di laburkan... usahlah kita buat pesta itu sampai melebihi kemampuan hingga kita lupa bahawa kita meletakan suatu pengisian yg sebenarnya tidak di redhai Allah s.w.t..... biarlah kita bersederhana tp kita tenang menjalanannya sebab kita tahu kita akan membawa kebaikan kepada semua dalam menganjurkan sesuatu program......

dan apabila perkara protes ini berlaku.... byk pihak mengambil langkah utk melindunginya... apakah betul perlindungan itu? ya, mmg utk menjaga ketenteraman awam..... atau lebih uk menjaga air muka jemputan2 ternama itu tanpa memikirkan bahawa kita sebenarnya perjuangkan sesuatu yg salah kerana melindungi perkara yg akhirnya akan boleh membawa kpd kelalaian....

sy tidak menolak hiburan kerana sy sendiri mendengar lagu, dan minat beberapa artis.... namun utk membawa mereka buat persembahan di sini dalam masa yg tidak bertepatan ini adalah tidak patut sama sekali..... kerana ianya jelas terpesong dr landasan ilmiah yg selama ini UPSI pertahankan....

jgn lah begini wahai rakan2 semua.... fikirlah dahulu bila mahu meberikan komen..... apakah ia bertujuan utk memenhi hasrat kita berjumpa artis atau menyaksikan ramai org dtg n kita utg.... padahal kita telah gagal utk mengelak perkara yg wajib utk kita elak selagi boleh..... inilah org kata apa itu ISLAM HANYA PADA NAMA...... ramai yg tahu apa yg perlu kita lakukan demi agama dan syariatnya.... namun kita gagal pertahankan kerana kemahuan dan kehendak yg melebihi batasan....

jgn buat sy hampir menitis air mata kekesalan lg di sebabkan komen kamu bakal seorang guru yg wajib mendidik anak bangsa ke arah kebaikan kelak.......

p/s : bukan anti-sosial krn sy juga byk terlibat dgn aktiviti universiti terutama pertandingan2 mewakili UPSI namun biarlah ianya berbentuk ilmiah....

.: Si BungaKopi : . said...

mcm mana yg protes tu? jadi ke x malam semalam?
dgr kata berjalan mcm biasa je semalam.
n dengar kata juga,ruang utk pisahkan lelaki n perempuan pon berterabur gak.
x ikut etika konsert la pendek kata.
wallahualam.

aku dan mereka said...

best kan FT nyanyi semalam...haha. aku tgk ada je golongan2 cm korang dtg tgk... kadang2 bkn nk pndang serong pd korang cuma terkadang tindakan korang tu memberikan persepsi yg kureng skit. spt mana korang ada hak nak beredar tinggalkan majlis, orang jugak ada hak yg sama untuk dtg jgk tgk persembahan tu.

Anonymous said...

mane hairie?yp mpp 2.senyap je bila anak buah die bergaduh..hairie memang gagal.

Anonymous said...

SALAM ukhuwah perjuangan > tahniah, teruskan usaha dakwah kepada semua terutama kepada pihak yang hendak memperlekehkan ISLAM dan mahasiswa.

Anonymous said...

HEP oh HEP, baru nak runding, walhal orang dah bagi saranan cantik2 lagi, tolak mentah2, sebab duit.... Kalau HEP dan pihak atas terus sikap gini, UPSI ni jadi pusat hiburan la lepas ni, dah ler di TV byk sangat dah, sampai masuk universiti pun, hiburan lagi, sungguh tidak matang....

ingat2 lah, kiamat makin hampir, tak kan nak mati katak jer sambil dengar hiburan melampau...

sekarang ni ada lagi satu kumpulan rock, nama khalifah? huh, sungguh kurang sopan dan tidak kena dengan ciri-ciri kumpulan langsung, entah dia paham ke tak maksud khalifah tu, role model mendenye, rosak jer.

La taqrabuzzina...

Pelajar-IPT said...

"sekarang ni ada lagi satu kumpulan rock, nama khalifah? huh, sungguh kurang sopan dan tidak kena dengan ciri-ciri kumpulan langsung, entah dia paham ke tak maksud khalifah tu, role model mendenye, rosak jer."

apa ni tiba2 ubah topik.....oooo aku paham dah takder idea..cian kat awak..