Tanjong Malim, 12 Ogos – Protes senyap yang ditunjukkan sekumpulan pelajar yang membantah penganjuran konsert Jaclyn Victor malam tadi memaksa pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dan pengetua kolej-kolej kediaman bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut semalam.
Sumber yang menyampaikan perkembangan tersebut mengatakan tindakan mereka yang bangun dari tempat duduk masing-masing sejurus Jaclyn Victor naik ke pentas sememangnya memberi kesan kepada semua hadirin yang hadir termasuk perasmi pada malam itu, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob yang duduk sebaris dengan beberapa para jemputan.
Sumber turut menambah, penyanyi jemputan, Jaclyn Victor turut terkesan dengan tindakan tersebut tetapi tetap meneruskan persembahan bagi memenuhi permintaan penganjur
Prof. Dr. Shaharudin yang turut hadir pada malam perasmian tersebut dikatakan turut menyedari tindakan protes senyap tersebut.
Berikutan itu, mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan perkara tersebut dikatakan mengambil langkah untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang disyaki untuk membuat perkara yang sama dalam beberapa lagi acara yang bakal diadakan sepanjang Pesta Konvo ini.
Dalam perkembangan lain, pihak sakretariat juga dilaporkan membuat kawalan ketat terhadap sistem suara yang digunakan sepanjang Pesta Konvo berlangsung bagi memastikan tiada sebarang tindakan sabotaj.
Semalam, beberapa ahli jawatankuasa penganjur dikatakan terpaksa bermalam di kawasan Pesta Konvo bagi memastikan set sistem suara tersebut tidak disabotaj.
Sumber yang menyampaikan perkembangan tersebut mengatakan tindakan mereka yang bangun dari tempat duduk masing-masing sejurus Jaclyn Victor naik ke pentas sememangnya memberi kesan kepada semua hadirin yang hadir termasuk perasmi pada malam itu, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob yang duduk sebaris dengan beberapa para jemputan.
Sumber turut menambah, penyanyi jemputan, Jaclyn Victor turut terkesan dengan tindakan tersebut tetapi tetap meneruskan persembahan bagi memenuhi permintaan penganjur
Prof. Dr. Shaharudin yang turut hadir pada malam perasmian tersebut dikatakan turut menyedari tindakan protes senyap tersebut.
Berikutan itu, mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan perkara tersebut dikatakan mengambil langkah untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang disyaki untuk membuat perkara yang sama dalam beberapa lagi acara yang bakal diadakan sepanjang Pesta Konvo ini.
Dalam perkembangan lain, pihak sakretariat juga dilaporkan membuat kawalan ketat terhadap sistem suara yang digunakan sepanjang Pesta Konvo berlangsung bagi memastikan tiada sebarang tindakan sabotaj.
Semalam, beberapa ahli jawatankuasa penganjur dikatakan terpaksa bermalam di kawasan Pesta Konvo bagi memastikan set sistem suara tersebut tidak disabotaj.
9 comments:
kenakan tindakan disiplin kepada mereka yg bkenaan....1 lg untuk mgesan org mcmni bukannya susah letakan ptugas n sediakn mereka dengan kmera rakam ja gmbr sesiapa yg mlakukan pkara seperti smlm....tindakan tegas ptut dikenakn kepada mnusia yg asyik nk mbantah mbabi buta ni ja,,,
Sungguh memalukan! Pelajar yang baru grad. didapati menjerit-jrit di dalam dewan besar UPSI semalam semasa konvo. Ini ke bakal guru? Pada masa itu Mantan PM Tun Abdullah menerima Ijazah Kehormat dan diserikan oleh wakil IPTA serta Tuanku Bainun sendiri selaku Naib Canselor.
Sikap begini sungguh tidak sesuai kepada bakal guru. Saya telah menghadiri beberapa konvo IPTA lain dan tidak pernah perkara sebegini berlaku.
Apa peranan MPP UPSI ?
syg sgt ye kat sistem suara,smpai ada yg bermalam..snggup bersusah payah..takut org sabotaj..
kalau la mereka syg, snggup susah payah menjaga sistem suara seperti mana mereka syg, snggup susah payah menjaga agama, kan lebih baik.
alhamdulillah, dengan bantahan senyap tersebut, dapat juga bg kesan terhadap pentadbiran..mg2 selepas ini, mereka alert dgn apa yang mereka lakukan/benarkan.insyaAllah.
....tindakan yang tepat, untuk membuka mata pelajar lain yang tidak tahu hak agama...jangan kita memandu agama tetapi biarlah agama memandu kita...jika pihak hep mengenakan tindakan displin kepada pelajar pelajar yang terlibat, adalah tindakan kurang bijak malah memalukan pihak pentadbiran sendiri kerana bertindak untuk mengagungkan penyanyi dari pelajar yang educated, di bawah naungan pentadbirannya," anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan"...lihat sembolik kebijaksanaan pelajar pelajar yang dapat mengukur dimana perkara yang betul di ketengahkan, dan perkara yang kurang baik diketepikan...
sekarang ni kita tau suara yang membantah macam diperlekehkan.dengan ini saya mencadangkan agar pihak2 yang terlibat dengan bantahan ini menyediakan satu surat untuk meminta sokongan daripada pensyarah2 terutamanya uztaz2 dan uztazah2 yang tentunya turut membantah perlaksanaan konsert ini.gunakan suara mereka untuk menguatkan lagi bantahan.Jangan kita je bertekak dalam ni,keluar segala ayat Quran,hadis,nas,dalil,sume segala sampai gaduh2,tapi pensyarah2 yang menjadi `guru` kita kat UPSI ni just tengok jer.SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN KONSERT INI,SILA KELUARKAN KENYATAAN ANDA DENGAN SEGARA!!NYATAKAN BANTAHAN ANDA SE-KA-RANG!!
Kalau masa org dtg nak menyatakan bantahan secara baik, xdilayan plak. bila dah buat bantahan, baru nak duk bincangkan. kononnya tindakan protes itu suatu perilaku yang tidak beradab.kalau mcm tu, tindakan HEP yang tidak melayan dan mengalukan tetamu masa nak menyatakan bantahan secara baik ptg isnin tu pun blh dikategorikan tidak beradab la kan...huhu...fikir2kanlah...
UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA SAMA2 MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH-PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA
saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...
SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...
Kami bukan mahu pensyarah menyokong pro-kebajikan@pro-kualiti,kami hanya mahu anda nyatakan pendirian samada setuju@tidak dengan konsert tersebut..sila faham kenyataan ini.Kalau anda SETUJU,bagi alas an yang kukuh kenapa ia perlu dilaksanakan.dan kalau anda TIDAK SETUJU,bagi juga alasan dan sebab-sebabnya.Mayb klu kita student yang bg pendapat,ada yang seperti memperlecehkan.Sekarang ni kita tgk apa pula pandangan2 pensyarah sebab mereka `guru` kita di UPSI.tentunya mereka lebih banyak ilmu daripada kita dan sesuai memberi pendapat dan mengutarakan pandangan.
Kami terpaksa mengambil langkah ini memandangkan pihak penganjur dan HEP tidak menghiraukan bantahan yang telah dinyatakan sejak dari awal lagi. Dengan adanya sokongan daripada pensyarah yang cerdik pandai,diharapkan suara bantahan ini mendapat perhatain daripada pihak berwajib..
PUSAT ISLAM,JANGAN HANYA BERDIAM DIRI DALAM HAL INI!KAMI MAHU ANDA TURUT SERTA DALAM BANTAHAN INI.JANGAN JADI BACUL KERANA TAKUTKAN PIHAK ATASAN.SILA KELUARKAN KENYATAAN SEGERA MENGENAI ISU INI.
"tindakan mereka yang bangun dari tempat duduk masing-masing sejurus Jaclyn Victor naik ke pentas sememangnya memberi kesan kepada semua hadirin yang hadir termasuk perasmi pada malam itu, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob yang duduk sebaris dengan beberapa para jemputan."
kesian kat nc kita....ni semua kerana tindakan golongan tudung labuh+kopia yang tidak ubah seperti maunsia yg tak siuman
"Sumber turut menambah, penyanyi jemputan, Jaclyn Victor turut terkesan dengan tindakan tersebut tetapi tetap meneruskan persembahan bagi memenuhi permintaan penganjur"
kesian kat jac...jac sabar lah yer...maafkan lah mereka ni...walaupun mereka memalukan awak..sebenarnya mereka lagi memalukan di upsi ni.....
"Prof. Dr. Shaharudin yang turut hadir pada malam perasmian tersebut dikatakan turut menyedari tindakan protes senyap tersebut."
bagus mesti prof ni pun kesal dan terkilan dengan perbuatan yang kurang ajar ni.
"Berikutan itu, mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan perkara tersebut dikatakan mengambil langkah untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang disyaki untuk membuat perkara yang sama dalam beberapa lagi acara yang bakal diadakan sepanjang Pesta Konvo ini."
baru tau.....padan muka....mlm ni saya nak bersedia utk tangkap gambar manusia2 ni nanti....ntah mcm mna lagi protes drang mlm ni...takan buang bom atau tak pun bwa parang...tak pun bakar padang tu.....hahhahah
Post a Comment