August 15, 2009

H1N1 : UPSI mungkin ditutup sekali lagi

Tanjong Malim, 15 Ogos – Penularan wabak H1N1 yang kembali melanda UPSI sekali lagi mewujudkan suasana bimbang di kalangan warga UPSI di sini.

Sehingga semalam, UPSIkini dilaporkan seramai 13 orang pelajar UPSI dikuarantin kerana disyaki terkena jangkitan H1N1. Jumlah ini dikatakan berkemungkinan meningkat berdasarkan bilangan pelajar yang mengadu demam dan mengalami simptom-simptom jangkitan H1N1 seperti batuk, sakit-sakit badan, sakit tekak beberapa simptom lain.

Berikutan itu, timbul desas-desus mengatakan UPSI mungkin ditutup sekali lagi sekiranya pelajar-pelajar yang dikuarantin disahkan positif dijangkiti H1N1. Ini berikutan peningkatan mendadak bilangan mereka yang mati akibat wabak ini sehingga mencecah 56 orang di seluruh negara sehingga semalam.

Namun kenyataan rasmi berkenaan perkembangan wabak ini di UPSI masih belum dikeluarkan daripada pihak pentadbiran.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melalui Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican mendedahkan sebanyak 40% kes kematian akibat H1N1 berpunca kerana kelewatan mendapat rawatan awal dan 13% pula akibat kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan.

Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menasihatkan agar mereka yang mengalami simptom dijangkiti H1N1 tidak pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat awam dan dikehendaki berehat di rumah sehingga sembuh.

UPSI sebelum ini memberi kebenaran kepada mana-mana pelajar atau kakitangan UPSI untuk terus bercuti sekiranya mendapati mereka mengalami simptom-simptom H1N1 dengan mengemukan sijil cuti sakit kepada pihak universiti.

20 comments:

Anonymous said...

nk cuti lg ker....dgr kata nk cuti sbln btol ke...ni pn dgr dr kwn2....

Anonymous said...

if got holiday, PLEASE inform early..consider our flight ticket for sabah sarawak student..

Anonymous said...

aduh.. jgn lah tutup lg.. klu tutup cmfom stdyweek x da sem ni... pas tu klu tutup 1bln... mknenye kena tangguh sem la... elok2 posting awal jd lambat.. kesian kt sem 7 n yg ke bwh... lg satu ptptn... aduh.....

Pelajar-IPT said...

eeee hari ni ker kerajaan umumkan berkenaan dengan semua U di m'sia akan ditutup selama 1 semster.....apa keputusannya???????

mawar said...

cuti seminggu emergency tu pn da wt upsi tunggang langgang. Assignment ntah kemana. lecturer ngn student pn jd blur... mcm2 prgram tpaksa cancel. xtau nk wtpe... cuti pn same gak.. risiko ada kt mana2... same2 la berdoa.. minta jauhkan penyakit dari merebak.

Anonymous said...

Mungkin tidak!

Anonymous said...

hrp phk pengurusan amik lgkh swajarnye..

Anonymous said...

takpe tak kisah pn walaupn di tutup..kami bebudak pratikal..hehe.. so.kepada yang rasa nak cuti sekali lagi.. jangan terlalu seronok k.. mana la tau..cuti pn cuti.last2 ..upsi suruh extend satu sem.. kena la repeat balik..sapa yang susah..korang jgk kan..:)

Khai said...

Isu penularan wabak "Tsubabi H1N1" d upc sudah menjai-jadi ni...adoi camne ni, gawat2..saya ad Juga dbrItau oleh teman2 seperjuangan ura2Y mengatakan pd mggu depan kampus kita akn dtutup slma sbulan dan kuliah akan berakhir pd bulan Disember bg menggantikan cuti sbuln ni..Btol ke tak ni??? KAMI MAHU JAWAPAN.

Seperkara lagi, btol ke x ad sorang pjlr kita y tnggl d KHAR meninggal dunia? Harap MPP n pihak berwajib jangan tutup mulut n jngn memanndng ringan mslh ini...

Jikalau ad apa2 berlaku sewajarnya phk berwajib hendaklah memberitahu kpd stdnts. Ini sekurang2nya dptlah stdnts mengambil langkah berjaga-jga tentang sebaran kemungkinan y akan blku lebih teruk lagi..

Kes "Tsubabi" dalam negara kita pada pada kaca matakita semua amat serius.Saya juga menyeru kpd diri sendiri dan kpd kalian semua, hndklah kita memakai Mask ketika berada dlm kmpus semuanya ini utk kslmtn kita semua selain menjaga kesihatan diri...

"BENCI TSUBABI H1NI"

Anonymous said...

dgr crita housemate yg sekelas dgn pelajar accounting yg suspek h1n1 dulu tu bleh je dtg klas slmbe gelak2...bangga agaknye die sorg ade pnyakit..yg kesiannye,dlm klas yg same ade pelajar wanita yg pregnant...

Anonymous said...

cuti??ok jgak la.(tapi tak nak la sampai kena extend sem).at least kte takde la terdedah ngan persekitran yg pnuh ngan virus h1n1 ni.dok kat umh parents bleh kawal skit.kalo tak cuti..korg bknnya amik lgkah b'jaga2 pn.g klas tak pakai mask jgak.dah tu yg demam tak nak ngaku demam.kononnye takut orang lain jauhkan diri dari dia.bahaye betol.

zulaikha zafirah said...

klu nk ct,ct smggu dahla...watpe lme2...xmo ar dh sem last ni tetibe lmbt lak nk grad,...xsggp...

Anonymous said...

salam..ish biar betul ni upsi nk ditutup sekali lagi..harap2 x lah...da sem 7 ni..xnk la ade masalah...kami nk abiskan dengan tenang..hehe

Anonymous said...

salam..ish biar betul ni upsi nk ditutup sekali lagi..harap2 x lah...da sem 7 ni..xnk la ade masalah...kami nk abiskan dengan tenang..hehe

Anonymous said...

kmu ni tak ada otak ka??? nak tambah mangsa ge ka? ada kah perlu tunggu sampai mangsa h1n1 ni btambah baru nak tutup... adalah lebih baik tanggug sem berbanding cuti sebulan... nyawa bukan senang nak d cari.. kita hidup hanya sekali.. bkn bkali2... jangan terlalu pandang rendah dengan perkara ini.. kalo la kena ambil semula semua subjek pun bukan ada masalah... dan tanggug bkn seorang semua...

kalo nak nak cuti 1 bln lagi menyusahkan... budak sem 7 kena praktikum terus... tambahan pula pelajar yang ada LI(latihan industri) dah tak cuti dr sem lepas... ckrg terus sambung praktikum... 2 lagi menyusahkan.. jangan fikir diri sendiri.. fikir orang lain juga..

nyawa tak blh dbeli d kedai.. atau d tukar ganti.. mana ge penting nyawa atau study... kalo sakit bkn dpt study juga.. kesian dengan org yg sakit.. kita manusia bkn binatang.. dlahirkan dengan fikiran dan perasaan.. fikirkan la...

posting lambat pun tiada masalah... kalo la anda yang kena h1n1 2 ingat dapat posting??? silap2 p tempat lain.. faham2 la.. mangsa h1ni semakin btambah.. hampir 60 org... fikirkan la..

"love n save life"

"cepat bertindak"

student lain pun takut ckrg... rasa mcm tak nak p kuliah sahaja.. sbb org lain pakai mas.. tp yg sakit tak pakai mas pula.. apa mcm nak elak...

lebih baik tangguh sem.. jangan tgu sampai mangsa btambah...

Anonymous said...

jangan tambah mangsa... tanggug la sem ni..

Anonymous said...

lebih baik cuti daripada upsi kehilangan mahasiswa-siswi bitara..ingat..nyawa bukan benda yg boleh bawa bincang ... li pikir la sendiri.

Anonymous said...

uitm tak tutup . tak adil , takot la

Anonymous said...

hai...sya rasa cuti sebulan dah cukup dah...virus 2 kat mana2 ada...tak payah tangguh sem cos sama jak sebenarnya...langkah yang paling baik smua student ambil langkah berjaga-jaga, cthnya pakai mask dan yg sakit 2 cepat2lah g hospital... kalo tangguh sem kat rumah parent pun kemungkinan virus yang ada 2 pun tinggi...kat kampus pun melalui pemerhatian saya, hanya 5% je yang ada pakai mask. harap smua student ambil langkah berjaga-jaga...TQ

Ross Safina Hor said...

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com