August 14, 2009

H1N1 : Lagi dikuarantin

Tanjong Malim, 14 Ogos – Dalam kegembiraan para graduan menerima ijazah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-11 sidang kedua di samping sambutan Pesta Konvokesyen minggu ini, beberapa pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dilaporkan dikuarantin hari ini kerana disyaki terkena jangkitan H1N1.

Menurut sumber, kesemua mereka merupakan pelajar DPLI yang tinggal di Taman Bahtera, Hulu Bernam.

Bilangan sebenar mereka yang dikuarantin masih belum dikenal pasti, kata sumber. Tindakan mengkuarantin semua pelajar terbabit dibuat setelah mendapati mereka mengalami simptom-simptom jangkitan tersebut.

Sehingga kini, masih belum ada maklumat terperinci dikeluarkan sama ada mereka positif H1N1 atau sebaliknya.

UPSI sebelum ini ditutup lebih seminggu berikutan penularan wabak terbabit. Sehingga kini 56 kematian dicatatkan akibat H1N1 di seluruh negara.

8 comments:

Anonymous said...

Keadaan skrg sgt membimbangkan.......

Pelajar-IPT said...

nak tanya betul ker......ada 2 pelajar upsi meninggal pasal H1n1......ni dengar2 dr kwn...betul ker??????siapa tau jawapan sila jwb......

Anonymous said...

dengar cerita dah ade sorang pelajar kat KHAR meninggal dunia...

Anonymous said...

sy pn dgr mcm 2 btol ke....n dgr kata ura2 UPSI nk cuti sbln btol ke

Anonymous said...

tangguh sem

kuzi said...

dgr kata kt kab pn dh ade sorg mati...btol ker?

kuzi said...

ni yg nk kne pakai topeng muka 24 jam...hehehe

Pelajar-IPT said...

isk napa takde pihak mpp yg jwb persoalan kami ni.....kami just nak kepastian....mna bole sembunyi2 perkara mcm ni.......