August 14, 2009

Forum Perdana sentuh persoalan konsert

Tanjong Malim, 14 Ogos – Program Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung malam tadi memberi tamparan hebat kepada penganjur konsert semalam apabila ahli panel secara terang menyentuh persoalan konsert dan hiburan yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.

Forum yang menampilkan dua ahli panel, Dr. Ibrahim daripada UPSI dan Ustaz Fathul Bari Yahaya, Penasihat Agama daripada Institut Jantung Negara (IJN) serta dipengerusikan oleh Ustaz Saipul Barin Ramli, pensyarah Fakulti Bahasa UPSI menyentuh persoalan tersebut meskipun tajuk perbincangan forum tersebut adalah berkaitan Keberkatan Ramadhan.

Ustaz Fathul Bari dalam pusingan awal perbincangan dikatakan menempelak pihak yang kurang meminati majlis ilmu apabila melihat bilangan hadirin yang hadir dalam forum tersebut tidak begitu ramai.

Beliau turut membuat teguran secara sinis dengan mengatakan semakin kurang umat Islam masa kini mencari ruang untuk hadir dalam majlis ilmu berbanding program-program hiburan.

Dalam pada itu, forum yang berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit itu mula menjadi perhatian hadirin semasa sesi soal jawab dibuka oleh pengerusi majlis.

Antara yang menarik perhatian, sejurus selepas sesi tersebut dibuka seorang demi seorang di kalangan mahasiswa yang hadir bangun bertanya berkaitan budaya hiburan dan kegagalan ramai umat Islam untuk menghayati erti sebenar Islam dalam kehidupan mereka.

Menjawab kepada persoalan tersebut, Ustaz Fathul Bari menjelaskan punca kepada keadaan tersebut berlaku adalah apabila ramai umat Islam malu dengan agamanya sendiri lantas tidak mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian termasuklah penularan kepada budaya hiburan yang semakin menjadi-jadi pada hari ini.

Sementara itu, forum turut menyentuh kaedah membuat teguran kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam sesuatu komuniti dalam memperbetulkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.

Selain itu, forum turut mengupas beberapa persoalan berkenaan hukum dalam mengerjakan ibadah puasa.

9 comments:

Anonymous said...

kepada pemilik blog ini...

SAYA DENGAN INI MENCABAR ANDA UNTUK MENJADI MPP!!!

jangan tau nak menulis jer.. ade setengah org nie keje die tau nak taip2 tulis komen jer.. tapi wat keje punyala bengap mentega.. kalau berani letak gamba u dekat blog nie.. senang sikit nak salam kalau selisih dengan u..

p/s: sy suka dengan semangat keislaman awak.. jeles pun ada.. ngeh2..

ninim said...

mudah bagi saya....bukan persoalan berani atau tidak...kita mesti melihat mendengar dan menganalisis..yang mana baik jadikan tauladan...yang buruk tinggalkan jauh2..

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

salam ukhuwah, salam perpaduan, salam satu malaysia....

huhuhuhu...

xramai org yg dtg dgr forum...

org nak komen kat UPSIKINI pun makin sikit...

kalo komen konsert sampi 50 komen... smpi berapi-api bg komen...

komen forum pedana br 1 komen...
ingat la komen nak gitau ttg perkongsian mlm td..tp mcm ada unsur x puas ati lak...huhuhuhuh...

maybe yg dtg da la sikit...plus minus xsmpi pun separuh yg dtg pi konsert jac dan maybe 1/10 yg dtg pi konsert faizal tahir..xmenunjukkan jum pljr yg bakal menyambut ramadhan

apa-apa pun semakin hampir kita pada Ramadhan yg mulia...

malu rasanya nak bertemu bulan Ramadhan ni dgn hanya membawa sedikit amalan sejak ramdhan yg lalu

bak bait lagu

malu rasanya mengatakan cinta,
kpd dia kekasih Allah,
kerana dia insan mulia,
sedangkan diriku insan biasa.

fikir-fikirkan lah...

jgn gaduh-gaduh pas nie,
bnykkan ilmu dunia n akhirat...
hadiri majlis ilmu(kuliah, tutorial, ceramah)...
xda alasan pd bulan Ramadhan...
mungkin ini ramadhan terakhir bg kita...

smile...

*diri ini hina di sisi manusia apatah lg di sisi Allah s.w.t.. maaf teman kupinta... bimbinglah aq menjadi hamba yg taat, anak yg solehah, guru yg bitara dan mcm2 lg

Syahir Mohamad said...

Salam..
ye ke.. baguslah ada juga usaha. Rugi tidak dengar.. harap adalah yang rakam.. buat kenangan2 dan halwa hati.. ini boleh dikatakan main peranan.. wassalam..

Aku pernah melaluinya said...

mmg trend kini skrg...cuba kita berdiri unruk melihat perkara ini dlm pelbagai sudut...org yg buat program cthnya MPP atau JMK atau mana2 jawatankuasa..mereka tahu program agama penting, tp apabila program dibikin, org x ramai sperti mlm td..cuma 1/10 drpd org yg dtg ke konsert jac, so mereka inilah akan dibom oleh 'org-org' tertentu kata program xde sambutan la...x grand la..x tepat pada masanya la.. x berjaya lah sebab x meriah lah dll..then bila buat program hiburan pula supaya nampak meriah sikit ..untuk santaikan minda sikit... untuk menarik ramai ckt pengunjung dan sama sekali niat mereka bukan menggalakaan maksiat...cuma bila rancang program yg begini...mmg akan dpt sambutan, tp akan diprotes 'org-org' tertentu kata prog galakkan maksiat...x sesuai untuk seorg guru..xde kaitan dgn pendidikan...jadi..apa yg nk dibikin supaya program tu meriah+org berebut dtg+xde kontroversi+x timbul masalah+berjaya+beragama+berilmu?????SUSAH!!!!kalo yg berilmu dan beragama ckt org..kalo yg berhiburan mmg ramai org..tp dipertikaikan..Buktinya tgklah konvo kali ni..Kalo concert, ramai gile...bila slot agama...kurang org..mmg trend skrg...kesianlah dgn org yg buat program...cuma kita fikir apabila kita yg menjadi pengarah program...mesti kita nk progrm kita meriah...berilmu dan beragama...bermanfaat dan berjaya...namun susah untuk dpt semua itu...kecuali kita masuukan semua dlm 1 program...tgk pesta konvo kali ini...ada hiburan, ada agama, ada slot ilmu dll...jadi..semua ini ada untuk wujud satu keseimbangan..supaya org ramai..supaya org tau upsi tgh ada pesta konvo..org tau ada jac n f.tahir dtg ke upsi, org tau ada ceramah agama, org tau ada gerai makanan..jadi org pun ramai, pesta pun meriah, agama n hiburan pun ada..yg suka agama glah yg agama..yg suka hiburan g lah yg hiburan..tp ingat hiburan ini adalah hiburan yang biasa2 je..ada juga disuruh beramal, ada juga kata2 semangat..niat org yg menjemput mereka dtg saya percaya bukanlah utk menggalakan maksiat..usahlah nk mempertikaikan...semua org betul tu..


p/s:sorilah ayat saya x berapa sedap..BM PRO A- je....ingat lg masa saya convo…xde pun artist yg hebat dtg..artist biasa je….slot agama yg banyak..hasilnya…dicop kata pesta yg paling teruk..paling x ramai org..jadi salah siapa??salah trend skrg la…dh mmg begitu…TERIMALAH!!!!

pemerhati bebas (tmn malim belakang kedai) said...

benar... mmg program yg megajak kita ke arah kebaikan berunsur keagamaan akan kurang sambutan... n akan di katakan program yg tidak berjaya n akan di bom oleh pihak atasan....

namun ingatlah, itulah halangan kita dlm berdakwah memupuk semangat Islam di akhir zaman.....

tak usah fikirkan berderu2 org yg dtg.... tp fikirkan apa yg kita cuba berikan kepada semua utk kebaikan....

cuba kita buat berkali2 n setiap kali sy pasti semua org akan terlazim dgm program berbentuk keagamaan n menyukainya.... ini adalah konsep pembelajaran sosial oleh Albert Bandura sendiri..... seperti kita yg telah terlazim dgn hiburan yg acap kali dibuat... begitu juga dgn program keagamaan n ilmiah kiranya kerap di adakan.... itu namyanya memupuk.....

wahai cikgu2 sekalian.....
ingatlah kita bakal guru, esok2 kita akan mendidik anak murid... kalau mereka sukar faham kita tjk ajar tanpa jemu.... bukan memberi mereka perkara yg mereka suka tp tidak bermanfaat sbb perkara yg sebetulnya mereka tidak suka n kita tidak berusaha utk memupuknya....

ini konsep yg perlu di fahami oleh semua warga upsi termasuk pihak pentadbiran......

kita singkap sejarah perjuangan Rasulullah dlm menyebarkan ajaran Islam.... betapa getirnya perjuangan namun tanpa jemu n berkali2 berdakwah demi menegakkan panji Islam.....

maka itulah mengapa perlu utk kita mulakan utk tidak menganjurkan program2 hiburan lg..... kalau kita tidak mulakan dr sekarang utk program ilmiah n keagamaan, jd sampai bila?????? utk mereka menyukai n terlazim dgn semua itu??????? sampai bila saya persoalkan.......

fikirkanlah kita semakin dewasa n berusia.......

Bakal konvo tahun depan said...

Yups, saya amat bersetuju dgn pandangan cikgu pemerhati bebas.

Tapi tak dinafikan saya pun agak terkilan melihatkan sambutan forum tu. Dengar kata konsert FT penuh padang tapi semalam sikit sangat. Takpela, yg lain ada kuliah kot or byk assignment (cuba berfikiran +ve).

Apapun sekalung tahniah buat pihak penganjur. Semoga lepas ni majlis2 ilmu macam ni diperbanyakkan lg, ilmu duniawi itu penting tp pengisian ukhrawi jugak xboleh dinafikan amat penting bg seseorang Muslim. Dan semoga penganjuran konvo akan datang, majlis ilmunya lebih banyak berbanding kali ni.

Pada saya, segala teguran yg diberi smalam wajar diambil perhatian oleh pihak yg dimaksudkan. Rasanya sudah cukup jelas mesej yg cuba diungkapkan.

Saya lebih suka fokus pada ilmu2 yg disampaikan. Segalanya dikupas dgn terperinci lengkap dgn hadis oleh panelis yg memang arif dalam bidang masing2. Banyak yg saya perolehi smalam. Alhamdulillah...

Anonymous said...

amat bernas pandangan dan saranan pemerhati bebas. tahniah. kita perlu melihat apa kebaikan yang kita berikan kepada orang bila kita buat sesuatu program. ok, antara nk org ramai dgn prgrm berilmu, kita kene pilih yang mana lebih penting. objektif y kita nk capai apa?apa sbenarnya yang nk dcapai bila jmput artis?xbukan sbb nk tarik crowd.itu xtermasuk pun dalam objektif kertas keje pun. tapi duit banyak dihabiskan ke arah itu. sedih la, duit mahasiswa/i digunakan ke jalan yang salah.
harap konvo kali ni menjadi iktibar dan JANGAN ADA LAGI PROGRAM YANG MELALAIKAN LG.

Nicholas Luka said...

meh cni saya nak komen.

datang forum bukan nak menunjuk. yang penting perbuatan ikhlas 2 kena ada.
semuanya bermula dari sifat ikhlas.
susah sekali manusia untuk melakukan perbuatan ini.

"tanya diri sendiri adakah kita ikhlas melakukan sesuatu"