Tanjong Malim, 12 Ogos – Pro Kebajikan menegaskan tindakan beredar daripada majlis semalam sebagai hak individu yang tidak boleh dipertikai mana-mana pihak dan mengakui tindakan tersebut sebagai tanda protes setelah beberapa usaha membatalkan konsert tersebut tidak diberi perhatian pihak penganjur.
Kenyataan yang dibuat melalui Setiausaha Agung Pro Kebajikan sejurus selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi Pro Kebajikan semalam mengatakan, pada awalnya mereka meletakkan beberapa cadangan tindakan yang mahu diambil sebagai tanda tidak setuju dengan penganjuran konsert semalam namun hanya bertindak keluar daripada majlis selepas mempertimbangkan keadaan pada waktu itu.
“Sebenarnya ada beberapa tindakan lain yang dicadangkan namun kita memutuskan hanya beredar daripada majlis selepas mempertimbangkan keadaan pada waktu itu dan kita mahu tegaskan tindakan beredar daripada majlis adalah hak individu yang tidak boleh dipertikai mana-mana pihak kerana ia adalah program terbuka.
“Sekiranya ada usaha nak tangkap dan dakwa kita hanya kerana beredar dari program yang jelas bertentangan dengan nilai intelektual mahasiswa, kami sedia untuk itu”,jelasnya.
Dalam pada itu, Pro Kebajikan mendakwa ada beberapa pihak yang cuba mengaitkan isu ini dengan perwatakan semua yang terlibat dalam tindakan protes semalam namun menegaskan itu adalah tindakan kurang matang pihak yang tidak faham mesej yang ingin disampaikan di sebalik tindakan tersebut.
“Kalau mereka nak kata perwatakan orang yang membuat tindakan protes semalam di kalangan tudung labuh dan berkopiah tidak bijak, kami nak tanya pada mereka apakah tindakan menjerit –jerit semasa konsert berjalan tindakan bijak yang menggambarkan perwatakan seorang mahasiswa”,katanya.
“Ini jelas, tohmahan yang dibuat memang bertujuan melepaskan emosi dan kurang matang selepas mendapati tindakan protes memberi kesan yang agak mendalam kepada mereka,”tambahnya lagi.
Untuk rekod, bantahan terhadap konsert yang dianjurkan sempena Pesta Konvo pernah dibuat tahun lalu sehingga memaksa artis jemputan pada ketika itu membatalkan kehadirannya ke UPSI.

22 comments:
UNTUK MPP KEBAJIKAN DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM BANTAHAN INI,SAYA MENCADANGKAN AGAR KITA MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA PENSYARAH_PENSYARAH UPSI TERUTAMANYA UZTAZ DAN UZTAZAH BAGI MENGUATKAN LAGI SUARA BANTAHAN INI.DAPATKAN KERJASAMA DARIPADA MEREKA DENGAN KADAR YANG SEGERA.
saya begitu mengharapkan sokongan daripada pensyarah yang cintakan kebenaran di UPSI ini...
SAYA DENGAN INI MENCABAR SEMUA PENSYARAH UNTUK MENYATAKAN PENDIRIAN ANDA SE-KA-RANG!!MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISU INI...
HUDUP..HIDUP..HIDUP LECTURER
LECTURER..LECTURER..LECTURER POWER!
Salam..
saya sokong penulisan anda. Beredar daripada majlis adalah nak individu samalah datang ke majlis.. baik g makan dan jumpa kawan2 senior yg nak konvo. satu lagi saya sokong cadanagan melibakan pensyarajh. tak pun minta PUSAT ISLAM main peranan.. apa sebenarnya peranan Pusat Islam ye? entahlah.. tak kan buat khusus kahwin dan urusankan zakat je.. Namun saya fham juga, pegawai ini kadang2 takut juga. ada yang ditekan dan cam2lah. harap ada usaha dari Pusat Islam dan ustaz2 dalam mengatasi masalah ini. insyallah kalau tidak berjaya sekarang, kita akan berjaya masa akan datang. yang penting usaha dgn perbuatan. tidak hanya dgn hati. wassalam
betul tu.. aku sokong..
hak individu konon... mmg hak individu... tp kita kn ad otak... so, hormati majlis yg sdang dijalankan.. anda mesti dh blajar subjek penghantar etika kan... sia2 je blaja bnda tu.. tapi x mengamalkan... etika ketika menghadiri majlis pun x tahu... so,rasanyenya budak2 yg x dpt masuk u pun tahu hormati majlis... Masalahnye tetamu n VIP semua ad kt kerusi.. dgn muka n perangai selamba badak u all keluar ramai2.. kan sengal namanye... cuba lah keluar sorg2... x da lah cacat sgt sesuatu majlis..
aku harap... bila u all ngajar nanti... tengah2 ngajar... smua bdak kluar.. pdan muka u all.. baru tahu langit rendah ke tinggi.. mcm mana u all wt kt UPSI mcm tu lah student wt kat u All..
apela anonymous ni, cakap tu main blasah je. ala, klau kuar sorg2 pon, tetap akan mendapat tomahan org lain. majlis konsert, kene hormat, urusan agama xnk hormat.
huk aloh.
itu konteks belajar.
itu perkara baik.
mmg wajar la nak marah.
ni konsert la bengong.
tak elok.
bawa maksiat.ish3.
aku sokong.
kalau buat demo lagi bagus.
biar tebeliak biji mata dorang tuh.!
wow.. first time masuk blog nie.. best sgt.. saya pelik dengan tindakan sesetengah yg mengatakan dirinya alim2 cukup ilmu agama 'kononnya' bangun ketika jaclyn victor ank membuat persembahan 2.. if u think thats the way u want to protes, then u sebenarnya memalukan diri u dan agama islam itu sendiri.. kalau xnak dtg tgk konsert x payah nak berlakon duduk2 kat padang 2 pas2 keluar mcm kambing lepas kandang.. setiap perkara ada caranya.. dan ternyata pandangan kaum lain pada malam itu selepas menyaksikan persembahan kamu semua mmg menyedihkan.. kalau nak bandingkan dengan universiti2 lain, UPSI nie dah kira bagus la jemput artis terkenal.. n the fact is, malam tu bukannya 'konsert' pun. hanya persembahan nyanyian dr penynyi jemputan.. kalau konsert, 2 jam lebih dier melalak atas 2.. bukannya yang datang 2 student upsi je.. penduduk setempat, penduduk tempat lain pun datang.. ada seorang pakcik yang agak berumur dr slim river datang dan kebetulan mengenali saya, beliau bertanya, mengapa pelajar pelajar bangun serentak meninggalkan majlis sedangkan tetamu kehormat ada. dan mengatakan bahawa kamu semua sangat biadap! pikir2 kanla tindakan 2 sebelum membuta tuli nak menuduh yer.. laguipun penyanyi yang dtg 2 jaclyn victor. bukan siti salamah atau fatimah atau saleha atau nama2 org islam perempuan yang lain. best sgt jaclyn nyanyi.. sambil menyanyi sambil menyeru org ramai utk menderma... ehh.. perbuatan yang sgt mulia 2 suruh org derma.. tapi tindakan bangun ramai2 macam unta di kejar harimau 2?? oppss!! terlebih sudah!
ruginya saya x dpt ke upsi untuk tgk beredar beramai-ramai ni...mesti best..bergaya siut dpt beredar ramai-ramai n tunjukkan gaya protes depan vip n artis jemputan..dpt juga tunjuk hebat depan diaorg kan..bukan selalu ada peluang begini untuk tunjuk kehebatan.. Hebat!!!mmg hebat pelajar upsi...cukup bertamadun...i suka...
Betul tu... konsert dgn persembahan artis jemputan pun x dpt bezakan... sengal tahap dewa lah dia org ni... sia2 je blaja tingg2.. kot wt sesuatu mjlis, mmg kebiasaanya ad persambahan... lain kali.. klu dh tahu nak balik awal & nk rosakan majlis.. x payah lah tegedik2,, tehegeh2, mengedik2 nk dtg.. cuba dok je kt umah.. wt solat hajat ke, setidak2 nya mengaji dalam bilik.. x da lah VIP n kami smua sakit mata tengok kelakuan yg gedik tu...
majlis perasmian dgn konsert pun x dpt bezakan.. mmg ko org smua sama taraf ngan budak tadika...
lg satu, kot dlm clas nti.. ble lactre suruh wt psmbahan.. jgn wt tau... tu kan konsert... lain kali ad otak pkir... jgn letak kt bontot... Opppssssss.. Soryyyyy.. Ter Over pulakkkkkk.... Habis Sudahhhhhh...
u ingat u sorg je ke suka.. i pn suka gak.. tgok akak,abg, & adik yg penuh bergaya ngan muka poyo dia kluar tngalkan majlis... mlm ni i nk tgok gak muka dia org slali lg.. sape2 yg ad kamera lebih tu leh lah bwa.. rakamkan aksi menarik yg berlaku mlm ni... pas tu.. wt montaj.. than, tunjukan kat adik & malk ayah kita yg dok kt umah... ni lah budaya bakal2 cikgu UPSI.. ok x cadangan ni...
leh wt novel x?
p/s tlg reply comment ni....
hmm.. kalo difikirkan, betul la tindakan diorg beredar dr majlis tu sbb takkan la org tudung labuh nk tgk jack plak.. kalo diorg yg tdung labuh tu duduk n tgk jack nyanyi, comfirm jd isu gk nnt.. uish, diluah mati emak, dtelan mati bapak...
btul2 tak betul tindakan dorang.....mmg kalau ada ayah saya time tu mesti kena ckp biadap...kurang ajar....siapa ajar mcm tu......klu nak boikot pun...guna cara yg lebih matang....ni ker arahan ketua kamu....mmg bodo la ketua kmu tu....bagus balik kg ler mcm tu.....
mlm ni faizal tahir hoho.......
mmg bodo la kumpulan yg tunjuk2 konon drang beredar mcm ler drang hebat....mcm ler drang tu btul2 alim...kalau ler alim....jan2 lagi teruk pemikiran drang....mlm ni faizal tahir plak tak tau apa mereka nak buat.....jan2 nak serbu pentas.....tak pun baling benda kat faizal tahir......hehhehe tak sabar plak nak tengok gelagat lucu+bodo mereka mlm ni.....
i love Islam... org2 yang berkata2 kesat tidak menggambarkan akhlak seorang muslim. fikir2 kan. Teruskan berkata benar.Lenyapkan kemungkaran!
Sabar kawan2 yang membantah.
ternyata syaitan berjaya meresap dalam hati sahabat2 kita kat sini.
Tak dapat nak dinafikan, hiburan macam ni la yang diorg tunggu2. bagi naik sket tahap kesyaitanan dalam diri.
HUHUHU.
Kepada yang nak teruskan berhibur dan terkinja2, tak dapat lagi la nak tolong korang.
Hm... Kesian.
klu x suka tgk..xpyh dtg...kan lg sng....
terus trg aku x suka dok upsi ni..hidup ak tpaksa jd hipokrit...jgn paksa sesorg tu jd spt kamu klu diri mereka blm sedia..
g pon bkn stiap masa pun upsi pggl artis jemputan...lebih byk ceramah drp psembahan..ok la tu..skali2 skala dpt jgk release tgk artis nyanyi.stress.. need entertainment..
x smua org sama cara pemikiran..please respect..
salam...emmm...apa la u all ni.ops sebelum tu maaf sy menyampuk ek hehehe...emm sy tau u all bercakap dengan nfsu marah klu ye pn bg la salam dulu...jgnla main sentap je hehehehe...emmm xnkla ckp byk cm nk bagi tahu je hal ni kt boleh bw bincang dgn baik. jgn kutuk sana kutuk sini...sy pn pergi jg tgk mjlis pd malam tu...bukannya pergi untuk menyebelah mn2 pihak tp utk beri sokongan kpd yg melaksanakan program...yg tinggalkan majlis tu sy tgk myb mereka rasakan cara mereka betul tapi yg lain melihat ianya salah...cm bg sy untuk bt satu tindakan perlu lihat baik n buruknya.ttg tndakan tempoh hari emmm perlu murnikan lagi supaya nampak lbh educated...namun bagi yg penonton yg dtg utk melihat jack tu pulak satu hal yg korang dok terlompat2 tu kenapa...terjerit2 cm org kn histeria...klu nk tgk 2 tgk jela...dgr lah n hayati lirik lagu jack tu...xyahla nk tunjukkn kt ni cm xpenah jmp artis...emm utk yg akan dtg du2 pihak murnikan lagi tindakan agar xde lg yg nk tuduh sana n tuduh sini ek...sedih je tgk u all ni...kt duk gaduh sana gaduh sini tp ape tindakan kt...tepuk dada tnye diri sakit x hehehehe

salam
Tindakan yang tak matang. Saya segan dan malu pada orang-orang bukan islam. Pada dasarnya mereka melihat islam itu sebagai agama yang fleksibel dan bertamadun, sesuai sepanjang zaman.
Tapi apa yang berlaku menyebabkan UMAT ISLAM SENDIRI MENDAPAT AIBNYA. ya, mungkin anda yang pandai dan alim akan mengatakan "laknat kamu yang mengikuti perlakuan kafir seperti itu sehingga menerimanya sebagai satu cara hidup".
Biar saya terang-terangkan perumpamaannya. secara dasarnya malaysia sebuah negara Islam. tapi undang-undangnya perlembagaan. bukan dilaksanakan secara menyeluruh. apa yang saya cuba nak sampaikan ialah..kita hidup dalam pelbagai kaum. jangan bertindak seolah olah kebenaran hanya di mulut awak2 yang pandai dan alim ni.
"beredar dari majlis hak individu"
saya dapat lihat daripada pernyataan ini bahawa, awak hanya mempergunakan Istilah "hak" itu untuk kepentingan "kumpulan" anda.
Bagaimana pula jika ada kaum lain yang turut sama memanipulasikan istilah hak seperti itu untuk menentang.
saya baca dan lihat pandangan dari awak2 alim2 ni..bernas dan ada kebenarannya. tapi dari segi perlaksanaannya bersifat "RIMBA"..seolah-olah "aku punya Alasan Munasabah, aku berjuang habis-habisan"
dan menjadi sesuatu yang hangat bila berjaya menentang. inspirasi yang bersifat mulia untuk diteruskan. Berusaha menyedarkan warga kampus tentang kesan sesuatu tetapi tidak menilai kesan tindakannya pula...
hasilnya kedua-duanya pincang dan tak kemana.
"Berfikir secara Bijak, Bertindak secara Matang"
saje nk test
aku lg malu tgk aksi t'hegeh2 dak UPSI ble kat konsert 2...tndakan diorg tggl konsert 2 sbgi jln t'akhr diorg sbb segala rundingan lnsg x di lyn..n aku malu bce komen2 dlm ni yg mencerca golongan itu sbbnye korg mcm mahu menegakkan benang yg basah sedangkan korg th mmg musik2 mcm 2 mmg melaghakan..wlupn aku bknlah dr kalgn diorg yg protes tp aku ttp bg sokongn pd diorg yg nk tegakkan kebanaran. zaman skrg mmg sume yg baik akn dipndg buruk juga sesuatu yg xbaik akn disanjung2...ini kerana kte dah dikuasai oleh makhluk yg dilaknat Allah itu...fkr2kan la...
"Kepada yang nak teruskan berhibur dan terkinja2, tak dapat lagi la nak tolong korang.
Hm... Kesian."
amboi2 hebat kata awak tiganaga.....sebenarnya kami leagi kesian kat awak tu....pemikiran kolot, pemikiran dalam kotak yang dikunci, dibalut ngan kertas pas tu di kucnci lagi dalam kotak besar..ditutup dalam bilik lagi.....adoiiiiiii....kesian kat awak tiganaga......mmg patut awak tolong diri awak sendiri jan nak sebok tolong2 org lain konon.....
Post a Comment