August 3, 2009

Arif sokong himpunan mansuhkan ISA

Tanjong Malim, 3 Julai - Exco Akadamik dan Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Arif bin Mohamad semalam, mengeluarakan kenyataan menyokong Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan Sabtu lalu.

Himpunan tersebut yang berjaya mengumpulkan lebih 20 000 orang adalah bertujuan menyampaikan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Dalam ulasan yang dibuat melalui ruangan forum MyUPSI Portal, Arif menegaskan hak untuk berhimpun termaktub dalam Perlembagaan negara dan seharusnya tidak timbul keadaan kacau bilau seperti yang dilaporkan media tempoh hari.

Ulasnya lagi, ISA bukanlah satu undang-undang yang tidak boleh dipersoalkan dan perhimpunan untuk menyatakan bantahan semalam seharusnya berlangsung dengan aman.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada pihak kerajaan untuk menyediakan medium yang baik begi memberi penjelasan sekiranya pihak kerajaan benar-benar merasakan akta ini masih lagi relevan dengan menganjurkan debat supaya rakyat boleh menilai.

Di akhir ulasannya, beliau mengingatkan agar slogan 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan benar-benar dipraktikkan agar slogan itu tidak hanya tinggal slogan.

Himpunan Mansuhkan ISA kelmarin yang diadakan di ibu kota dilaporkan kecoh dan menyaksikan seramai 589 peserta demonstrasi tersebut ditangkap.

42 comments:

liyana said...

hehe..najib kate kalo nk berhimpun bley guna stadium.. bila masa pulak ada 'izin' ni. rasanya semua saluran xboleh. usahkan stadium, rundingan secara damai pn xbleh. so apa lg.. demonstrasi je la. kurung org bertahun2 xde bicara apa2. ada yg mati dlm lokap. oo...lupa..1 malaysia..-rakyat diutamakan. peace!

Anonymous said...

saya rasa saudara arif melihat dahulu perlembagaan negara artikel yang membenarkan perhimpunan tersebut. diakui mmg dibolehkan. hak, ya mmg hak. tapi adakah keadaan mengizinkan? jgn skdr fikirkan tujuan demo tersebut tp fikirkan kesan kpd persekitaran n all benda lain.

tak sangka orang berpendidikan pun mcm saudara boleh ikut karenah2 yang x masuk akal ni. cukuplah himpunan 100 ribu bersih tahun 2007 yang memporak porandakan pelbagai mcm persekitaran..demo dpt apa? politik yg dpt nama utk tarik perhatian.ingat buat demo dpt ubah dasar kerajaan, dr dulu smpai lah ni..nmpk ke prubahan? bila perubahan sdikit dikatakan hasil demo...mcmlah kerajaan takut sgt dgan demo...

Anonymous said...

korang datang nak belajar kan...? so tugas korang belajar... lepas abis belajar, bayar ptptn dan segala yang korang pinjam daripada kerajaan yang korang maki hamun. tym tu baru betul

tiganaga said...

org yang tak tau berfikir, malas berfikir dan tak berpendidikan aje yang support akta zalim ni. HUH!

anti-ISA said...

salam...
betul tu betul..
saya sokong comment tiganaga..

org yang tak tau berfikir, malas berfikir dan tak berpendidikan aje yang support akta zalim ni.

maybe kalau family dia yg ditangkap baru sokong utk mansuhkan ISA..tu pun kalo dia kisah...huhuhuhu

betul la apa yang kata ust yg bg ceramah isra' mikraj kat khar hr tu..

*siapa turun hr tu tau lah...

manusia skrg nie selalu bt hal sendiri..

semuanya x kisah...

jgn jadi aiman la...

cikgu mesti kisah...

sekadar pandangan bersama...

Anonymous said...

demo menyebabkan kerugian? kesedihan? yg duk dlm penjara 8 tahun tanpa perbicaraan tu cmne?

galakgelak said...

PADA SY, TINDAKAN SAUDARA ARIF NI MMG PATUT DI PUJI..BUKAN SENANG NAK CARI ANAK2 MUDA ZAMAN SEKARANG YANG BERSUARA LANTANG DAN MEMPERJUANGKAN APA YANG MEREKA RASAKAN BENAR...SYABAS...!!!!
TP BENARKAN SAUDARA ARIF YAKIN DENGAN APA YANG SAUDARA ARIF LAKUKAN SEKARANG..??TUGAS ANDA AMAT BERAT KERANA ANDA ADALAH SEORANG PENDIDIK...TK SALAH RASANYA ANDA SAMA2 BERDEMOSTRASI, TP APAKAH ANDA PAHAM DENGAN APA YANG ANDA LAUNG2KAN...SELAMAT~

Anonymous said...

kenapa takut sangat dengan akta ISA? akta ni bukanlah teruk seperti yang digambarkan pembangkang. US pun ada pakai akta ni cuma US tukar nama je. dulu akta ni penah digunakan semasa pemberontakan al maunah, kenapa pembangkang tak protes? manusia yang protes ISA sebenarnya takut kerana mereka buat salah. kalo nak tumbang kerajaan sekalipun buatlah secara bermoral... tunggu election tapi taktau lah kalo pembangkang dah kemaruk nak kuasa. pakatan pembangkang sekarang ni terlalu rasis terutamanya DAP. pas, pkr takkan tak nampak atau mata dah dikaburkan semata-mata untuk mendapatkan kuasa. fikir-fikirkan

Anonymous said...

pandai cakap, org yg tak bfikir n mls berfikir je sokong iSA. datu duk banta ISA tu, dah bfikir jg ke apa ISA tu?yang duk bantah ISA ni, dah baca penuh ke apa sebenarnya ISA tu? ke duk main ikut bantah je.kesian betullah. bakal cikgu tapi tak berfikir panjang? mungkin berfikir panjang tapi kerana duk terikut dgn parti yg disokong..ikut jela..dicucuk hidung je. hehe..

cari dulu or baca dulu AKTA ISA tu apa kebendanya. anda kan semua guru bitara, so bitarakanlah pemikiran anda.

Anonymous said...

berdasarkan amaran menteri pengajian tinggi hari tu:mana-mana mahasiswa yang terlibat dgn perhimpunan haram itu,dia xkan terlepas dari hukuman...so,fkir2 kan la..he2...

Anonymous said...

akta ni bagus.,,... sy sokong... kita brani kerana benar & takut kerana salah... so pikir2 kan lah.. Hidup ISA... Hidup ISA....

Syahir Mohamad said...

salam..
just pandangan. tak tahu nak sokong tak demo ni. bila dgr peniaga kerugian, saya terfikir org yg kena tahan tanpa bicara. lagi sedih.. bila ada org ramai kata demo tu mengganggu diorg membeli belah, saya terfikir kenapa hari tu nak juga keluar membeli belah bawa keluarga pula tu. kan tarikh demo dh dimaklumkan awal.. tapi bila fikir keluarga sahabat yg kena tahan di bawah akta ISA, sedih rasanya. lagi lah yg anak2 dgn isteri tanpa ayah di rumah. sang isteri kena tanggung perbelanjaan keluarga. yg salah akta ke org yg melaksanakan.. akta tu di buat manusia. apa pun kaji balik manusia tu.. hehehe..

Anonymous said...

melayu tak habis jadi pak turut! Apa orang buat kita nak buat... saudara Arif ... bagi perabis dulu la belajarq tu no...Kalau rasa nak terjun ke arena politik betul ha! apalagi berhenti belajarq dengan duit kerajaan. dan pi lah sokong sesiapa yang hang nak... Hang ni Buta sejarah! Orang utara kata mangkuk! YAng kat depan tu melaung-laung bangsa apa? Yang kena tangkap baru-baru ni sapa? Takkan sebijak2 hang org universiti tu pun hang tak tau... yg depan anjur tak kena apa.. yg si melayu bodoh bertudung labuh , berkopiah semua tu pulak yg melebih2 . HAmpa laung takbir untuk siapa... Tian Chua?Sivarasa? TU tok Imam baru hampa ka? BODOH ! .. siapa yang aniaya siapa! Ugama hampa ketepikan sokong sikafir laknatullah tu apa ke jadah... Aku malu tengok hang jadi ketua Porah!! Balik kampung tanam kacang ka bela lembu lagi bagus. Lembu pun tau siapa tuan dia... Malaysia ni tak aman lagi ka... berperang dengan polis... orang melayu jugak. islam lagi. Tak ke Bodoh tu namanya.Yg kafir tu pakat tepuk tangan ... lawan! lawan! katanya... ISA ! mansuh.. esok melayu dah kena tindas baru masa tu nak nyesal..bukalah minda jgn kitadimainkan oleh mereka yang memang ada kepentingan peribadi... sebagai exco di UPSI tempat perjuangan para negarawan dan pejuang kemerdekaan hang memang tak layak berada di sana.. saya harap anda akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak universiti dan lepas ni saya harap anda boleh le menjadi salah seorang pengebom berani mati kerana sebenarnya anda sudahpun mati sebagai exco di UPSI .

Anonymous said...

Jangan jadi bodoh sombong..
bleh baca sendiri kisah anak kepada tahanan ISA..

xkena kat keluarga korg deras la sembang..

Ditahan tanpa bicara..
tidakkah itu kejam??
KEjam ke x?

Bayangkan berlaku kepada keluarga korg. ayah korg DITAHAN dan dinafikan HAK nya untuk dibicarakan..

tidakkah itu zalim?
Nie bukan soal jadi pak turut.
leh link ke blog ini baca kisah suhaib anak tahanan ISA..

Tu pun kalau korg ada hati perut, limpa..

Bukannya hati perut pengganas yang menahan rakyat tanpa bicara..

http://assyababulkabir.blogspot.com/2009/07/testimoni-anak-seorang-tahanan-isa.html

Anonymous said...

Ilmu kalau tidak diamalkan ibarat pohon tak berbuah. Kerana ilmu, kita diajar bahawa ISA ditubuhkan untuk membanteras gerila komunis.

Kerana ilmu, kita masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak berjanji ISA tidak akan disalahgunakan.

Apa guna kalau ada ilmu, kita mendedahkan kepada anak murid kita akan sesuatu kezaliman. Namun,kita menyuruh anak murid kita untuk tidak berbuat apa-apa walaupun melihat kezaliman berlaku.

Walaupun kami mengikuti perkembangan politik, tugasan kami sentiasa dihantar tepat pada masanya. Sebelum peperiksaan, kami menelaah pelajaran kami.

Adakah terdapat apa-apa jaminan bahawa orang yang tidak mengikuti perkembangan politik itu cemerlang dalam pelajaran? Tidak. Orang yang pasif ini malas membaca, idea tidak berkembang. Kalau membaca pun, malas berfikir dan cepat rasa bosan.

Anonymous said...

apa2pun komen sy bnyak pro dan contranya ISA ni..kita sebagai manusia terpelajar jgnlah buat sesuatu yang diluar ketamadunan manusia..dah tau benda salah kene tangkap jgnlah buat salah..ye tak.. tp manusia skrg yg org x suka buat tulah yg dia suka nak buat..nak tnjuk hebat..

Anonymous said...

sokong ISA sangat x bertamadun. kalau mengaku Islam xpyh la kata kurung org tanpa bicara tu bagus. undang2 apa tu? baik tahan je pelacur ngan penagih dadah, pengedar cd lucah ke, yg makan rasuah ke

Anonymous said...

dua gajah bertarung, kancil mati di tengah-tengah.
org kat atas anjur demonstrasi, pengikut kat bawah yang kena tahan.
dah tau bende yang nak dibuat tu salah, duk pegi buat jugak kan dah dapat penyakit!
tu sume kuda DAP. biarlah melayu jadi kuda-kuda DAP. bila hak melayu dah tergadai baru nak menyesal. tak gitu wahai cikgu-cikgu bitara sume?

ETERNAL ICON said...

Mereka dihukum sebagai "bersalah" kerana mereka melawan pemerintah!

Beranikah anda semua berkata Ibnu Khaldun pun BERSALAH kerana pernah dipenjara berkali-kali bagi menegakkan keadilan?

Patutkah Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela yang keluar masuk penjara itu dihukum sebagai BERSALAH?

Patutkah juga Dr. Burhanuddin Helmi dan A. Samad Said diputuskan BERSALAH di atas perjuangan mereka? Said Zahari dan Lim Chin Siong macam mana pula?

Sebelum beri apa-apa komen, tolonglah buat research sedikit! Internet itu memudahkan kita.

pria malaya said...

hidup anak muda!!
Allahuakbar!!

Anonymous said...

saudara Nick...jgn la jadikan bahan internet tu sbg bahan rujukan semata-mata...kita tak tahu pun yg bhan internet tu betul atau tak?

Anonymous said...

tu lah akibatnya kalo terdedah kepada khabar angin, blog.. ceduk maklumat tanpa analisis sumber berkenaan sahih atau sebaliknya. sumber2 drp blog kena pandai tafsir jgn pakai ambik je. nanti kalo salah fakta, bitara yang dapat malu

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Betol la kata saudara nick tu..
Internet salah satu sumber..
banyak juga buku menceritakan hal nie.
tapi buku teks skolah xde la..

Xkan rujukan sejarah sekadar buku teks sekolah yang mmg ditakwilkan sejarahnya tu...

ETERNAL ICON said...

Anon August 7, 2009 7:48 PM,

Betul kata anda. Tapi menurut Amir Hasan Dawi (2006) dalam Penteorian Sosiologi Pendidikan, tokoh sosiologi Islam, Khaldun pernah dipenjarakan.

Boleh pakai tak sumber tersebut? Belum buat research sudah mahu pertikaikan kesahihan sumber internet?

Cakap tak berasaskan sumber rujukan itu adalah cakap kosong

Dasar mahasiswa yang malas membaca dan membuat rujukan!

Anonymous said...

Nick..rilex la...jgn ikutkan prsn anda...sbb nnti memakan diri sendiri..fkir2kan la...

Anonymous said...

salam...pasal ISA ni isu dh lapok la...asyik nk mansuh ja akta ni tp kbajikan masyarakat duk suarakan ke wahai cik arif mpp....pikir la elok2 sy tahu awk ni taksub gan mudah skali sy nk kata dengan parti pmbangkang...slama ni apa yg parti pmbangkang dh wt...asyik nk wt demo ja...kbajikan masyarakat ada ke jaga...pkr la elok2...jgn tlalu taksub gan parti pmbangkang ye...kan awk 2 pandai lau x mcmna leh masuk UPSI n jd mpp...

AFITI said...

salam..

kadang-kadang kita perlu cakna juga dgn isu persekitaran..kalau jadi mahasiswa setakat pergi kuliah, balik kuliah..tidur makan tu...baik xpayah kan...dan COMPULSRY lah untuk tahu..barulah boleh terbuka sikit tempurung kepala tu...dan kalau pergi kuliah, balik kuliah tu...seolah-olah tak ada tanggungjawab pun pada masyarakat..memanglah bukan nak jadi YB..tapi sekurang-kurangnya cakna lah sikit...barulah wujud peranan MAHASISWA...peranan mahasiswa lihat dari sudut atas..bukan sempitkan dan lihat dari sudut belajar jer..inilah kadang-kadang mahasiswa otak tepu..tanya isu perkembangan negara..tak tahu apa-apa..lagikan masa interview..pointer tinggi tapi...fail..so..elok lah mahasiswa berperanan dalam pelbagai aspek..itulah istimewanya mahasiswa..lepas ni..sukar nk peroleh dah..dan yang bertindak..sertai apa-apa pun tidak mengapa..yang penting..tahu matlamat perjuangan...apa yang ingin diperjuangkan..

Anonymous said...

sy harap saudara Arif kena tindakan disiplin dr UPSI atau.... pkr la sendri...kenyataan org yg xsedar diri...xsedar kah anda ni sapa yg tanggung smasa bljr...awt xtau ka ISA 2 dh byk bjasa untk negara msa darurat dulu...buta sjarah ka buta hati...ingt org alim mcm ang ni tau pkr...agaknya lembu pndai lg tau lau org baik gan dia n tau bila wt salah kena rotan...myesal ada bangsa melayu mcm ang...bodoh.....klu xsalah xkn la saja2 nk kena tgkp..tau ka kena tangkap xkena bicara...hanya gol mcm anuar ja wt knyataan mcm 2...n napa Ibrahim Ali sokong ISA sedangkan dia penah kena ISA..pkr la kwn....mgkn aku xpandai sal ISA ni tp aku tau mmg bguna ISA ni tp yg heran org melayu mcm ang yg nk bantah sgt jd lembu pendek kt org ln....

ETERNAL ICON said...

Ikutilah bicara ISA yang disiarkan dalam Al Jazeera. Fawzia Ibrahim sebagai moderator. Panelnya terdiri daripada Khairy Jamaluddin, Dr. Denison Jayasooria dan Zaid Ibrahim.


http://www.youtube.com/watch?v=gpNL0kYNYXw

dan

http://www.youtube.com/watch?v=tlefeSmtLGo

Graduan Oxford vs ahli akademik vs peguam.

Anonymous said...

sekadar bkongsi pndangan peribadi...ISA xspatutnya dimansuhkan...tp perlu dipinda perlaksanaannya, kaedahnya...
yg mjadi msalah skrg bukan ISA tp perlaksanaannya kn??ya mmg betul ISA 2 kejam...n at any aspect ia melanggar agama yg kita anuti skrg..yakni ISLAM...n betul islam xmenghalalkan cara utk walau atas apa kepentingan skalipun...tp cuba rakan2 mahasiswa fikirkan sejenak...ISA yg bertanggungjawab utk thn org2 yg menyebarkn ajrn sesat..yg difikirkan mengancam agama islam kita..
yg masyarakat duk bntah skrg adalah plaksanaannya yg melanggar prinsip harbeas korpus individu yg ditangkap tnpa usul periksa, betul????
jd pd pndangan peribadi sy ISA perlu dipinda bukn dimansuhkan...krn ia adlh akta yg menjaga keamanan dari aspek politik eko n sosial...
p/s : skadar bkongsi sedikit maklumat, smua ngara di dunia ni mempunyai akta sedemikian. yg bezanya adalah nama dan plaksanaan diorg lebih kejam

Anonymous said...

SOKONGAN MEMBABI-BUTA SAUDARA ARIFF..MENTAL CAP AYAM..MEH DEBAT NGN AKU APA BESTNTA DEMO 2!!!

ETERNAL ICON said...

Anon (August 10, 2009 9:46 AM)

Sedap mengata mental orang lain cap ayam. Siap cabar nak debat lagi. Tapi, nama sebenar pun tak bagi tahu.

"Bijak" betullah dia ni

Anonymous said...

Nak tanya pada saudara arif & the geng yg menyokong demo ISA..

1- Setakat ari ni demo 2 berjaya memansuhkan ISA ke?

2- Apa korg dpt dgn demo 2?

3- Di mana KEZALIMAN ISA yg korg katakan 2?

Anonymous said...

Fakta:

1- Demo mansuhkan ISA merugikan pendemo.rugi masa dan tenaga dok berarak..tp ada jg yg xrugi.hee..dpt rm50 ae?arif dpt brp?

Anonymous said...

utk arif, nick n golonganny:

perlukah 'bersalah' itu dibuktikan di mahkamah baru sah penahanan ISA ni?

bandingkan plak ngn situasi ni:

seorg yg x solat hingga luput waktu.adakh x dkira bdosa sbb mahkamah akhirat x putuskan lg ksalahan 2?

ISA dikuatkuasakan kpd pesalah yg ada wt slh.soal mahkamah xputuskn 2 ln cite..krajaan pn bkn tgkp org yg xwt slh msuk ISA ni..klu kita x slh knp kita nk tentang ISA

kesimpulan: org yg tentang ISA adlh glgn pesalah2.

fikirkan...

Anonymous said...

klu x pasal ISA jgk la dh ramai sesat gan tindakan sesetengah manusia yg mwujudkan ajaran sesat yg sblum ni tjadi...habis xguna sgt ka ISA....bodoh la lu ni Arif pjual nasi lemak...dulu aku ingt ko ni bagus rupanya mental xubah mcm manusia zaman batu....silap2 manusia zaman 2 pn tau nk mnilai....ko ni ptut ja letak jawatan 2...myesal sapa yg undi ko ni....islam bg ka wt demo mcm 2 yg sampai mrosakkan harta benda...islam ke mcm 2....aku cukup berang gan pkara mcm ni...xubah mcm manusia yg xtau nk hargai fungsi akta itu sblum ko lahir lg...jgn la tlalu taksub gan parti politik sampai jd manusia hilang arah n mhalalkan sesuatu yg islam halang....ko pandai agama ko pkr la sndri....

yakuza_inc said...

Sori nk bpolitik sikit...Dulu msa DSA dlm kerajaan,xde plak dia nk mansuhkn ISA tp bl dia dh "dihalau" dr jawatannya,skrg ni duk bising2 lak kata akta tu KEJAM.Dah terhantuk baru nk tergadah ke?Dl bkn main lg msa jd TPM ckp kerajaan BN adalh krjaan yg tbaik wlpn msa tu ISA wujud tp skang krajaan dh jd zalim stlh dia terhumban kt dalam...

Anonymous said...

aku sokong apa yg ko ckp yakuza....

ETERNAL ICON said...

Kepada para Anon sekalian,

Semasa di kubur nanti, malaikat pun masih akan MENYOAL amalan dan niat kita.

Lepas kiamat, Allah akan MENGADILI segala pahala dan dosa kita.

Tapi, ISA dibolehkan untuk menahan seseorang sehingga 60 hari TANPA dibicarakan atau banyak soal.

Lepas 60 hari, tempoh ini BOLEH DILANJUTKAN menjadi 2 TAHUN.

Seterusnya, salahkah Arif pernah jual nasi lemak? Bodohkah Arif dan mereka yang sewaktu dengannya kerana menyokong pemansuhan ISA?

Anda semua adalah orang-orang yang bijak. Cuma anda kurang perasaan simpati.

Anonymous said...

SOKONG ARIF,SOKONG MANSUHKAN ISA!!

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21956&Itemid=90

LU PIKIR LA SENDIRI WAHAI ANON SEMUA!!!untuk renungan umat akhir zaman yg menyokong kezaliman..

teruskan sokongan anda..

Anonymous said...

bodoh btol nk suh tgk harakah.....org yg xtau pkr n xsekolah ja bca harakah.....ingtkan bg sumber yg boleh dpercayai......mmg bodoh sapa yyg asyik nk mbantah n xsedar apa yg ISA dh selamatkan negara dulu...msa Zman DSA jd TPM dia xsibuk plak nk mansuh skrg kata kejam....klu asyik nk bantah Lu mamat arif g ptptn cancel ja pinjaman 2 n wt ja apa yg Lu suka....

Anonymous said...

sy x skong ISA dimansuhkan...berani kerana benar...kl x wat salah wat aper nak takut...setiap yang berlaku kerajaan telah kaji sebelum melaksananakanya...aku x tau nk kata kl ISA dimansuhkan...terbalik kot malaysia...kepada saudara Arif anda harus berhati2 apabila mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan politik...AUKU tu perlu diperhalusi lagi...kerajaan dh bagi pinjaman untuk belajar so gnkanllah. bkn untuk berpolitik.