August 25, 2009

Arif nasihat persatuan jangan jadi persatuan ‘baju korporat’

Tanjong Malim, 25 Ogos – Persatuan-persatuan yang sudah mengadakan Mesyuarat Agung dan akan mula memikul tanggungjawab masing-masing dinasihatkan supaya tidak menjadikan persatuan yang dianggotai hanya sebagai persatuan ‘baju korporat’. Saranan itu dikeluarkan Exco Akademik dan Kerjaya, saudara Arif Mohamad yang mengulas tentang budaya baju korporat yang menjadi ‘trend’ persatuan-persatuan di UPSI sekarang.

Beliau yang mengulas berkenaan perkara tersebut turut menasihatkan persatuan-persatuan supaya tidak hanya melihat kepada penjenamaan persatuan sahaja malah perlu seiring dengan penganjuran program-program yang membina intelektual mahasiswa.

“Saya melihat trend ‘baju korporat’ ini begitu menjadi perhatian banyak persatuan dan saya tidak katakan ia salah tetapi penjenamaan itu perlulah seiring dengan penganjuran program yang berkesan dalam membina keintelektualan mahasiswa”,jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegur persatuan-persatuan yang menumpukan kepada baju korporat semata-mata sehingga saban tahun menukar baju korporat supaya lebih menumpukan kepada tugas dan amanah dalam berpersatuan.

“Ada juga persatuan yang saban tahun tukar baju korporat dan pada saya tak perlulah rasanya kerana agak membazir sehingga tiap-tiap tahun nak tukar baju korporat, apatah lagi guna duit unversiti”,ujarnya.

Tambahnya lagi,"Lebih baik rasanya kalau duit itu digunakan untuk pengajuran program yang bermanfaat di samping dapat mempertingkatkan ilmu dalam menganjurkan program".

Beliau walau bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana persatuan tentang perkara tersebut dan hanya menjelaskan apa yang dilontar sebagai satu nasihat.

Sementara itu, beliau turut memuji dengan penubuhan beberapa persatuan baru seperti Persatuan Pengajian Malaysia yang berjaya menarik keahlian sehingga 800 ahli meskipun baru ditubuhkan.

Sejak beberapa minggu lalu, persatuan-persatuan di UPSI giat menjalankan Mesyuarat Agung masing-masing bagi melantik Ahli Jawatankuasa yang baru.

7 comments:

Anonymous said...

persatuan saya wat baju korporat guna duit sdiri2 je...atas inisiatif sdiri je...xguna satu sen pun duit universiti... boleh saudara arif nyatakan persatuan mana yg wat baju korporat guna duit universiti? klu ada, panggil persatuan tu mengadap MPP n tanya diorang knp guna universiti utk wat baju korporat? satu lagi, leh x saudara arif jelaskan apa program yg exco akademik wat tuk jaga kebajikan pelajar? MPP pro kebajikan la katakan...sila nyatakan dalam post blog ni yer... skali dengan bajet skali yer...

sayangupsi said...

berlagaknya...

Anonymous said...

byk je program mpp exco akademik anjurkan. cthya forum ppsmi,ekspolarasi buku,halatuju selepas graduat,dan yg terbaru seminar perniagaan tadika.

mungkin kamu je yg tak alert dan hanya pergi kuliah balik rmh atau tak aktif dgn prgram kat kampus.kalo nak ckp tu cube la cari bukti dulu.jgn la nak tuduh2 je.

yg MPP lain(selain kebajikan) lg x nampak apa2 program.nampak2 berdating kat kafe.sempat lg dating.MPP ni patutnye busy ke???mana janji2 dlm manifesto????ingat ALLAH akan tnya tnggungjawab kita di akhirat kelak..

Anonymous said...

bukan berlagak,tp mahasiswa nak jgk tau pengurusan MPP kebajikan yang dikatakan telus tu..xleh jgk nak carik kesalahan pihak lain jer...tu pun salah ke?

insan prihatin said...

kenapa nak emo2 pasal baju korporat? jika benar kata2 saudara arif, jadikan iktibar, sila jalankan tugas dengan lebih berkesan.

Anonymous said...

Setuju dengan saudara arif
Banyak Persatuan UPSI yang tidak aktif..
Saya melihat ada trend sesetengah persatuan aktif mahupun tidak aktif berdasarkan kepada kepimpinan yang menerajuinya..

Contohnya beberapa Kelab dan Persatuan yang hebat satu ketika dahulu namun jatuh tatkala bertukar pengurusan kepimpinan seperti Persatuan Pendidikan Khas, Kelab Penyayang,Kelab Catur dan beberapa lagi.

Mengatakan berkaitan baju koperat tuh, bagi saya tidaklah menjadi masalah. Tidak kisahlah samada mahu menukar saban tahun. Kerana baju koperattuh mereka buat guna duit sendiri bukan duit peruntukan.

Sebagai satu cadangan bernas, MPP haruslah berjumpa dengan semua saf kepimpinan dan menggesa agar persatuan,kelab bergerak dengan meletakkan kouta aktiviti program bagi satu semester.

Dalam satu semester itu pula buat perancangan, kepada tiga sub khusus. Pertama, Kebajikan.Kedua, Kemajuan Mahasisiwa. Ketiga, Perkembangan Kepimpinan.

Justeru, MPP dengan HEP boleh berganding bahu bagi memartabatkan perstaun dan Kelab di UPSI.

Lagi satu, dari sudut penyertaan. Penglibatan secara menyuluruh ahli kelab perlu diberi perhatian. Jangan sekadar menjadi ahli lelap yang sesat dalam arus kejayaan.(berbunga bahasa sikit).

Ex-Kepimpinan Mahasiswa 2005-2009

Anonymous said...

saya bukan nak blagak...cuma saya nk perbetulkan persepsi pro kebajikan yg mengatakan ada yg wat baju korporat guna duit universiti...x semua. MPP sdiri pun banyak wat baju guna duit universiti kan? klu x betul, maafkan saya. jangan la babitkan isu2 remeh mcm ni. jaga la kebajikan pelajar secara keseluruhannay yer. jgn nk bangkitkan isu2 kebajikan pada masa2 tertentu sahaja. sepanjang saya di universiti ni, alhamdulillah kebajikan saya terjamin. jika ada yg terabai, MPP pro kebajikan tolong main peranan yg lebih ye... tunaikan janji anda sbelum pilihanraya. "mpp pro kebajikan" slogan ni seakan sama dengan slogan pakatan pembangkang di luar sana iaitu "berkebajikan"...macam berpakat je....hehehe... salam...