August 24, 2009

AMI UPSI hasrat ambil kes audi, mahu Pro Kebajikan fokus isu mahasiswa

Tanjong Malim, 24 Ogos – Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI, hari ini memberi saranan kepada Pro Kebajikan UPSI untuk menyerahkan kes audi kepada mereka kerana mahu Pro Kebajikan memberi fokus kepada isu yang melibatkan mahasiswa.

Dalam pada itu, jurucakap AMI berkata, isu audi merupakan isu politik luar yang melibatkan salah guna kuasa dan mencabul undang-undang serta boleh menyebabkan pandangan serong ramai pihak terhadap UPSI.

Jadi, katanya, AMI ingin memberi saranan kepada Pro Kebajikan agar kes itu diserah kepada AMI dan akan meneruskan usaha membongkar kes campur tangan politik dalam UPSI itu.

“Kami mahu Pro Kebajikan fokus kepada isu mahasiswa dan serahkan kes ini kepada kami kerana kes ini melibatkan politik luar”, katanya.

Ketika ditanya adakah usaha membawa kes itu ke parlimen diteruskan sekiranya kes tersebut diserah kepada AMI, beliau menjawab, usaha yang sudah dibuat akan diteruskan dan perbincangan lanjut antara AMI dan Pro Kebajikan akan dibuat.

“Kita akan teruskan usaha yang dah dibuat setakat ini dan perbincangan akan diadakan dengan Pro Kebajikan untuk tindakan selanjutnya”, jelasnya.

Sementara itu, AMI juga dikatakan mahu melaporkan kes tersebut kepada Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) sebagai langkah kedua selain meneruskan usaha Pro Kebajikan untuk membawa kes itu ke parlimen.

“Kita juga ada merancang untuk bawa kes ini kepada GERAK dan pertemuan sedang diatur dengan pihak GERAK, cuma sekarang ini kita menunggu kata putus daripada Pro Kebajikan sama ada bersetuju atau tidak menyerahkan kes ini kepada AMI”, katanya.

Kes Audi yang menyaksikan pendedahan sekeping gambar Bengkel Gerak Kerja Jentera Barisan Nasional di Auditorium Utama UPSI yang didedahkan awal bulan lalu mengejutkan ramai pihak namun maklumat sebenar bila program itu dijalankan masih menjadi tanda tanya.



5 comments:

Anonymous said...

apa nk kecoh2.....

Anonymous said...

sekiranya pas memerintah kerajaan akan datang, adakah pas akan melakukan perkara yang sama dengan BN itu persoalan yang saya timbulkan..fikir-fikirkanlah

maahadian al muallim said...

Kalau gitu kita bagi PAS memerintah dulu.. amacam?? so pakat undi PAS utk PRU akan datang

Baru leh tahu situasinya.. Kalau stakat dop main agak Pak Mat Tempe pub bleh beb..

Anonymous said...

bile pas memerintah,semua tanah bg kat org cina..time tu semua org nyesal..and then ble dah nyesal sokong umno balik,time tu mmg bleh amik balik tanah tu,tp kena bg pampasan kat org cina la coz tu dah jd hak diorg...

Anonymous said...

bodoh betul..nape plak nk bagi tanah kt cina??
india xnk bg??
kaum2 lain xnk bagi??
apa punya pemikiran la ko ni anonymous
pelik2...