August 25, 2009

73% tak setuju UPSIkini disekat


Tanjong Malim, 25 Ogos – Hasil undian yang dibuat bagi mendapatkan pendapat mengenai sekatan yang dibuat ke atas UPSikini menunjukkan 168 responden atau 73% daripada keseluruhan 230 responden tidak setuju dengan tindakan yang dibuat beberapa pihak menyekat pengguna WiFi UPSI di kampus utama dan UPSI Jaring di kolej-kolej kediaman untuk mengakses blog informasi ini manakala 62 responden atau 26% menyokong.

Berdasarkan respon yang diberikan pembaca, rata-rata berpendapat sekatan yang dibuat adalah tidak wajar dan menutup ruang kebebasan mendapatkan maklumat.

Selain itu, ada yang berpendapat sekatan ini berikutan kebimbangan pihak-pihak tertentu apabila maklumat yang dikatakan sulit berjaya didedah UPSIkini untuk pengetahuan umum khususnya warga UPSI.

Rentetan daripada sekatan yang dibuat, UPSIkini tidak lekang dengan cadangan-cadangan yang dilontarkan untuk menambah baik persembahan UPSIkini pada masa akan datang.

Terdapat juga pembaca yang memberi cara lain untuk mengakses laman web yang disekat dalam komen-komen yang dihantar.


6 comments:

tiganaga said...

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

("Ketika kita semua berada di zaman empangan hijau, awak fikir Rais tahu ke apa itu email? Lupakan Facebook, twitter, dll. Adakah dia 1.0? Saya fikir dia kolot").

ni kata-kata KJ buat Rais Yatim yang nak tapis internet. situasi kat sini lebih kurang sama la. so, kiranya pengurusan kita ni KOLOT jugak la kan???

"jangan takut dengan bayang-bayang sendiri"

Anonymous said...

saya sbg pelajar upsi tidak berpuas hati denga servis yang diberikan olak klinik penal UPSI. harap pihak pro kebajikan dapat menjaga kebajikan pelajar berkenaan dengan servis yang diberikan klinik penal UPSI. sebab saya pernah demam, pergi ke klinik penan, tapi x smpai 1 minit chek dah dr buat kesimpulan,, memang la.. saya tidak membuat bayaran tetapi stiker kesihatan kan berharga.. kalau nak tukar pun tidak setimpal nilai ubat yang diberikan dengan nilai stiker perubatan.

Anonymous said...

sy dan ramai kawan sokong upsi kini di sekat!!!

Anonymous said...

Saya jugamenyokong penuh upsikini disekat. Semakin lama semakin teruk.Saya mengesyorkan supaya diadakan jemaah penilaian sebelum sesuatu perkara mahu dipostkan untuk tatapan umum. Upsikini dilihat sebagai medan propaganda yang tidak efektif kerana berita yang dikeluarkan adakalanya banyak tidak betul. Moga dibubarkan terus untuk kesejahteraan upsi. Pro kebajikan mainkan peranan yang penting dan kuatkan akar umbi.

bujang selamat said...

UPSIkini memang bagus, ada kualiti dan kelas tersendiri la wei..berita-berita dia pon tak emo..aku memang suke bace..tiap2 ari aku n kawan2 umah bukak..teruskan usaha upsikini..kalo tak cukup org, gua nak tawar diri jadi salah sorang informer..bole ka???haha..

hamba_ALLAH said...

ap nak dsekat plak?
nmpak sgt y ad pihak2 y tertentu y xberpuashati ngan upsikini kan..?
sy mmg menyokong penuh upsikini.. :)
teruskan perjuangan kalian ya. !!^^