August 16, 2009

61% sokong tak setuju konsert


Tanjong Malim, 16 Ogos – Undian yang dibuat UPSIkini bagi mendapatkan pendapat berkenaan penganjuran konsert sempena Pesta Konvo mencatatkan peratusan tidak setuju mengatasi peratusan setuju.

Dengan jumlah undian keseluruhan sebanyak 367 undi, sejumlah 227 undi atau 61% daripadanya tidak setuju dengan penganjuran konsert sempena Pesta Konvo manakala 140 undi atau 38 % berpendapat sebaliknya.

Sejak undian tersebuut dibuka, perbezaan peratusan undian dilaporkan tidak begitu ketara pada awalnya namun peratusan tidak setuju naik secara mendadak selepas program Forum Perdana Ehwal Islam diadakan yang dikatakan menyentuh isu konsert tersebut.

Dalam pada itu, timbul beberapa pendapat mengatakan berkemungkinan undian bukan hanya di kalangan pelajar malah melibatkan kakitangan UPSI dan orang luar yang mengunjungi blog UPSIkini.

Isu konsert mula menjadi perhatian ramai pihak selepas wujud sekumpulan pelajar yang membantah penganjurannya dan insiden protes senyap yang dibuat semasa persembahan Jaclyn Victor apabila sekumpulan pelajar meninggalkan tempat duduk masing-masing secara beramai-ramai sebaik sahaja Jaclyn naik ke pentas.

3 comments:

Anonymous said...

**upsikini x boleh masuk kalau guna upsi jaring or upsi wifi..apa laa oii..blue punya web senang je aku masuk..web nie x boleh..adoiiii..
**tapi apa pasai haa pekung upsi mesti kasi tau sama orang yang pi masjid2??x yah laa dok edar flyers kat masjid..blog nie pun org dah faham...
**malu laaa bakal graduan upsi..bukan sume pi konset tu..aku nie, mana pi..aku dok umah tgk citer jilat2..lagi bagus, seronok, stim,puas..x de sape yang tau (tuhan je yang tau)...
**mulut orang nie bukan boleh tutup..kang heboh 1 malaysia budak upsi tau hiburan je..adeyy..penin2...
**pada2 laa wat hebahan...
-bnk khar-

emotion device said...

Assalamualaikum.
Saya nak mengatakan ketidak setujuan saya terhadap insiden memboikot Jacklyn Victor oleh golongan yang menganggap diri mereka cukup mengetahui dan sombong!

H1N1 adalah bala dari tuhan?. Ya mungkin kalau kita pandang dari fikiran sempit kolot dan tidak mahu memandang setiap yang berlaku dari perspektif yang berbeza-beza. Dan perlakuan memboikot begitu di rasakan cukup "cool" untuk menunjukkan diri ini seorang pejuang agama dalam menegakkan syiar Islam. Bala tuhan yang diturunkan hendaklah di isafi dan perlu menadah tangan meminta pertolongan dari tuhan. Hanya itu sahaja yang mampu anda lakukan?

Sebagai contoh, seorang yang tinggal di sebuah rumah yang buruk dan atapnya berlubang. Setiap kali hujan air hujan membasahi ruang rumahnya. Dia berdoa agar tuhan membantunya untuk menghalang dari hujan terus turun mencurah. Apa bila hujan berhenti dia bersyukur kerana tuhan sudah memakbulkan doanya tanpa usaha untuk memperbaiki atapnya yang bocor.

H1N1 adalah bala dari tuhan. Mungkin benar ia adalah satu bala dari tuhan tetapi agak tidak berilmu bila kita cepat meletakkan sesuatu yang berlaku sebagai bala tuhan. Kalau komputer saya di serang virus, adakah itu juga bala tuhan? Kenapa sungguh cepat menyalahkan semua yang berlaku di sebabkan tuhan?

Tahukah anda hampir 90% virus komputer adalah di buat oleh syarikat anti-virus itu sendiri? Mereka membuat masalah dan mereka menawarkan solusi dengan syarat kita mempu untuk membayarnya.

Oleh yang demikian tidak mustahil dan banyak maklumat yang boleh difikirkan logik berlaku dalam situasi sekarang. Teory Konspirasi. Sangat relavan dengan situasi sekarang. H1N1 merebak dan menakutkan seluruh masyarakat dunia, tiba-tiba syarikat farmasutikal mengumumkan sudah menjumpai vaksin H1N1. Kalau kita mahu selamat kita perlu untuk mengkonsum vaksin tersebut dengan harga yang mahal. Mungkin H1N1 telah dihasilkan oleh syarikat farmasutikal itu sendiri. Mungkin. Semua yang berlaku tidak diketahui kebenarannya. Mungkin juga bala tuhan. Tapi yang penting semua jawapannya tiada yang tepat. Semuanya "MUNGKIN".

Jadi adakah patut golongan mahasiswa yang penuh dengan semangat perjuangan agama tetapi cetek pemikiran yang tidak mahu melihat sesuatu yang berlaku dari perspektif yang lebih mencabar. Jangan memanandang sesuatu yang berlaku dari persektif kolot dan mudah.

Dan tindakan memboikot Jacklyn Victor menunjukkan kebodohan dan kecetekan pemikiran pelajar universiti yang akan menjadi pendidik masa hadapan. Bagaimana kita yang serba kekurangan tetapi dengan sombong mengaku dan seperti yakin semua ini bala dar tuhan. kamu semua telah meletakkan diri kamu sehebat tuhan kerana mengetahui semuanya. Sombong dan kebudakkan. hahah. Memalukan.

Apa pandangan masyarakat bukan islam melihat tidakan boikot itu? adakah itu suatu cara yang berilmu menyampaikan masej keagamaan dan adkah anda merasakan diri anda akan di hormati kerana tindakan itu? Tindakan begini lah menjadi contoh kepada golongan bukan islam memandang pemikiran orang Islam. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana memandang begitu. Semuanya adalah kebodohan kita sendiri. Adakah anda semua berasa diri cukup cool dan hebat sekadar dapat membuat satu tindakan yang sungguh lucu dan kebudak-budakkan. Ish.

Aku mahu nampak apa yang aku ingin lihat bukan kerana disuruh melihat, aku ingin mendengar apa yang aku ingin dengar bukan di perdengarkan, aku ingin mengetahui bukan aku ingin diberitahu.

Anonymous said...

memang la... yang tahu blog upsi kini ni kan ramai dari orang pro kebajikan,,, kalau la blog upsi kini ni diketahui ramai oleh student upsi... agak2 berapa peratus yang mengundi samaada setuju atau tidak konset tu.... cuba pikir,,,,