October 14, 2009

UPSIkini buka ruangan pendapat

Tanjong Malim, 14 Okt – Selepas setahun beroperasi sebagai blog informasi warga UPSI, UPSIkini membuka ruang kepada pembaca untuk menyampaikan pandangan dan pendapat mereka melalui ruangan pendapat yang bakal diwujudkan.

Pendekatan memberi ruang kepada pembaca untuk menyampaikan pendapat mereka melalui artikel-artikel yang dikirimkan merupakan salah satu pembaharuan yang dibuat UPSIkini selepas setahun beroperasi di samping permintaan yang menggalakkan dari kalangan pembaca.

Menurut Ketua Editor UPSIkini, Mr. Teller, langkah ini diambil selepas melihat perkembangan yang positif di kalangan pembaca dengan kiriman-kiriman pendapat yang dihantar kepada UPSIkini sejak akhir-akhir ini.

“Sejak akhir-akhir ini kita menerima banyak pendapat yang berbentuk artikel di kalangan pembaca dan dengan adanya ruangan pendapat ini kita boleh ketengahkan pendapat-pendapat mereka untuk tatapan pembaca yang lain”, jelasnya.

UPSIkini menyambut ulang tahun pertama penubuhannya 10 Oktober lalu selepas setahun beroperasi.

3 comments:

Anonymous said...

kepada anak kelahiran perak yang berjaya melanjutkan peljaran di peringkat ijazah atau diploma, bolehlah mmbuat permohonan bantuan kewangan di :

http://www.yayasanperak.com.my/borang/borangDermaSiswa.pdf

kita sudah terlewat tetapi mungkin dapat membantu adik2 atau saudara mara atau kawan2 kita. sila sebarkan

Anonymous said...

Tahniah...usaha yang baik dan harus disokong...

Anonymous said...

Jangan pakai kad kredit Public Bank, kalau kecurian, pelanggan yang kena tanggung kerugian 100%. Pencuri boleh membuat transaksi 6 kali berturut-turut menggunakan 2 kad serentak sampai habis kredit limit baru pihak bank nak sekat kad tu. So, pakailah kad kredit bank lain yang lebih bertanggungjawab selain Public Bank.Lepas kad dah kensel, settlement dah buat tiba2 sampai bil baru pulak.... bagi pemegang kad kredit Public Bank fikir2kanlah.