October 8, 2009

Kenyataan Media berkaitan isu penempatan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan pendirian dan pandangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hasil perbincangan bersama semalam. Berikut merupakan kenyataan yang dihantar ke UPSIkini.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
8 OKTOBER 2009


Berhubung berkenaan isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan, kami mewakili pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berusaha mendapatkan maklumat serta perbincangan dengan beberapa pihak bagi merungkai isu yang semakin menjadi perhatian di kalangan mahasiswa jurusan pendidikan di negara ini.

Menyedari tugas sebagai wakil pelajar, kami mengambil langkah untuk berhubung dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi mendapatkan pandangan serta pendirian mereka berkenaan isu yang berbangkit ini.

Pada 7 Oktober 2009, jam 9.30 malam, saudari Adriyani Yamin, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI yang dtugaskan untuk menghubungi Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan telah membuat perbincangan bersama beliau melalui panggilan telefon. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa ketetapan dan jaminan telah dibuat. Berikut merupakan penjelasan dan pendirian NUTP hasil perbincangan yang dibuat berkenaan isu ini :

• Pihak NUTP menegaskan isu kelewatan untuk penempatan bermula pada tahun hadapan adalah tidak relevan apabila dilihat pada statistik persaraan guru-guru sedia ada.

• Situasi semasa ( tahun 2010 persaraan guru lebih ramai) menunjukkan bahawa isu ini tidak mungkin berlaku, apabila lebih ramai guru-guru baru diperlukan untuk mengisi kekosongan guru yang ada.

• Pendidikan merupakan elemen penting walau di mana sekalipun, justeru adalah tidak relevan jika faktor kekangan kewangan dijadikan sebagai alasan menyebabkan mahasiswa/i yang mengambil bidang pendidikan menjadi korban.

• Mahasiswa/i tidak perlu bimbang berkenaan dengan isu ini, dan melalui NUTP sendiri suara bakal-bakal guru ini boleh disalurkan dengan baik dan NUTP sedia membela bakal-bakal guru.

Justeru, kami berharap penjelasan dan pendirian NUTP ini boleh mengembalikan keyakinan dan semangat semua bakal guru, tidak kira sama ada di UPSI mahupun institusi lain untuk meneruskan usaha mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

Mohd Zulhilmi bin Mohd Noor
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Adriyani binti Yamin
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Akmal bin Madzir
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhafizawati bt Mahmad Razali
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Nor Aqilah hanis Bt Mohd Yusof
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Arif bin Mohamad
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Mohd Hanif Azwan bin Abd Rahman
Exco kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

Norhisham bin Che Hamid
Exco Kesenian & Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI

9 comments:

NotA HaTi SeOraNg LeLaKi said...

salam..
teruskan usaha.. selagi terdaya. saya ada beberapa pandangan dan cadangan.
1. setiap perkara yang berlaku mesti ada hitam putih. Contoh masalah psting ni. Lebih baik ada hitam putih dari KPM.
2. Kalau masalah Posting jadi juga, masalah lain akan timbul. Contoh masalah pembayaran PTPTN.Mybe dah boleh bincang. Ni sebagai langkah awal. Mybe MPP dah boleh ambil inisiatif awal bagi mencegah.
wassalam..

Anonymous said...

HiDUP NUTP..

pas ni lbhkan lg bjuang utk kump. profesional (DG41 n >) bkn utk kump. skgn jer..

Anonymous said...

NotA HaTi SeOraNg LeLaKi said...

>>>>2. Kalau masalah Posting jadi juga, masalah lain akan timbul. Contoh masalah pembayaran PTPTN.Mybe dah boleh bincang. Ni sebagai langkah awal. Mybe MPP dah boleh ambil inisiatif awal bagi mencegah.
wassalam..

mslh PTPTN????

ape ssh byr je la.. byr lump sum sthun trus.. bkn smpai sribu pn utk yn ptama..

y byk mslh smpai x leh kuar negara tu sbb mrka x mau byr..

Anonymous said...

Daripada Dpli

Kami menyarankan agar mpp upsi mengumpul nama yang gagal dalam penempatan dan diberikan perhatian untuk diambil langkah yang sepatutnye. seperti menyarankan agar golongan yang tidak berjaya ini diserapkan ke dalam gstt yang banyak kekosongan untuk mengatasi masalah ini. Selain itu juga mpp upsi perlu memikirkan langkah agar golongan yang tidak berjaya ini sentiasa dipantau untuk mengelakkan keciciran.

ismp tegar said...

wahai puak dpli...
jgn yakin sgt korang tu bagus..
aku baru lepas praktikumm...
majoriti guru2 ISMP nyampah kat "mi segera yg dh luput perencahnyer" mcm korang ni..
sedarlah sikit..

dpli-09 said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kan bgs cari penyelesaian mcm ni. Cadangan: jangan postkan maklumat yg belum ada hitam putih. selain menimbulkan kebimbangan pelajar, malah boleh mencetuskan perkelahian dan menyebabkan sikap menyalahkan antara dua pihak juga. Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..:)

Anonymous said...

ismp tegar lagi bangang.....

Anonymous said...

khusus utk ismp tegar:
tolong jaga kelakuan dan percakapan anda..
seeloknya seorang guru tidak patut mengeluarkan ayat sebegitu..
jika individu lain yg membaca ayat anda, pasti akan terkejut dan tidak menyangka sikap seorang guru sebegini rupa...
harap ada kesedaran di dalam hati anda...

Anonymous said...

x patut ade bakal guru mcm ismp tegar...memalukan...x gne r blajo pndidikan smp 4 tahun...