October 7, 2009

Penempatan : Kenyataan bekas Menteri Pelajaran bukti kekosongan masih ada

Tanjong Malim, 7 Okt – Isu penempatan bakal-bakal guru yang dikatakan lewat bermula tahun hadapan semakin menjadi perhatian ramai berikutan laporan berkenaannya dikeluarkan beberapa hari lalu.

Terbaru, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mempersoal pengumuman bekas Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengatakan sebanyak 26 000 kekosongan jawatan perguruan akan diisi namun timbul pula kenyataan mengatakan akan berlaku kelewatan dalam penempatan seperti yang diwar-warkan baru-baru ini.


Keratan akhbar yang dipetik daripada Bernama bertarikh 4 November 2008 itu melaporkan Hishammuddin sebagai berkata sebanyak 26 000 kekosongan jawatan perguruan akan diisi meskipun keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut memberi jaminan “semua usaha dan program untuk mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa pasti terus dipertahankan dalam apa jua keadaan kerana pendidikan amat penting”, menurut laporan dikeluarkan Bernama itu.

Mengulas berkenaan kenyataan tersebut, Aqilah mendakwa jumlah kekosongan jawatan perguruan menurut seperti yang dinyatakan bekas Menteri Pelajaran itu adalah satu jumlah yang besar dan secara kiraan kasar tidak sepatutunya berlaku kelewatan penempatan.

“Kalau diteliti kenyataan tersebut, memang dinyatakan pengisian 26 000 kekosongan itu untuk tahun hadapan iaitu tahun ini (2009), namun 26 000 kekosongan itu satu jumlah yang besar dan saya kira masih banyak kekosongan yang belum diisi.

“Jadi kita akan dapatkan data daripada pihak yang berkenaan untuk nyatakan berapa jumlah guru yang telah ditempatkan pada tahun ini, kalau masih kurang saya kira lebih baik jangan dilewatkan penempatan, penuhkan kekosongan yang ada supaya perjalanan sistem pendidikan negara dari segi keperluan tenaga pengajar dan sumber yang dibekalkan institusi-institusi yang terlibat tidak terjejas,”, jelasnya.

Beliau walau bagaimanapun tidak menolak punca kelewatan bukan kerana tiada kekosongan tetapi berpunca daripada kelembapan ekonomi negara.

“Saya juga berpendapat memang puncanya daripada keadaan ekonomi negara bukan kerana tiada keperluan, namun saya pegang kenyataan bekas Menteri Pelajaran sebelum ini, walau dalam keadaan apa sekalipun usaha dan program mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa harus dipertahankan”, ujarnya.

Terdahulu, beliau bersama beberapa Exco lain dalam MPP dilaporkan berusaha mendapatkan pandangan NUTP berkenaan isu tersebut.

27 comments:

Anonymous said...

hor

Beruang Kutub said...

Hisamuddin cakap boleh..tapi Muhidin cakap lembap ekonomi. ala... susah la ni.. Muhidin rasanya bertanggung jawab sbb ubah dasar pendidikan yang memakan kos bilion ringgit. PPSMI kenapa di hapuskan.. Tahu ekonomy tak stabil nak juga buat..

Anonymous said...

ckp bks menteri wt pa..

x laku dh..

napa hangpa ambik petikan dari menteri pelajaran thn 1999..

Anonymous said...

jgn lwtkan posting kami thn depan...ambil langkah sebijak-bijaknya hentikan pengambilan guru sandaran dan kpli or dpli serta merta..utamakan mereka yang benar2 mahu b'kecimpung dalam bidang ini sejak dari mula iaitu mereka yang mengambil jurusan pendidikan sama ada di maktab or Universiti..bukan mereka yang hanya beralih ke bidang ini kerana tiada peluang pekerjaan atau bosan dengan perkerjaan dahalu..buktikan profesyen perguruan adalah bdg p'kerjaan yg profesional hanya layak bagi mereka yg bnr2 punya kelayakan pergi mengajar bukan mereka yang menjadi sandaran dan hanya mengambil kursus setahun untuk mendapat title ini...hargai maruah insan bernama cikgu...

kepala mentega said...

Lepas Berenti motong getah,
Ingat nak jadi cikgu sekolah,
Tapi masalah tak sudah-sudah,
Akhirnya merempat dok kena ludah

Makan nasik ulam pegaga,
cecah dengan sambal tumis,
lepas keluar hang nak keja apa,
balik kampung hang jadi pengemis.

aku salah hang pun salah,
masing-masing dok melatah,
tunding jari sebelah-sebelah,
menteri kaya tak sudah-sudah.

Anonymous said...

woi bangang!!!

apa lu ingat lu belajar 4 tahun lu hebat sgt mengajar ker???

hingus meleleh pun tak tau nk bersihkan dah pandai nk kata org lain tak layak...

jangan duk riak ngan 4 tahun ko tu!!!


belajar sampai liang lahat dude!!
setakat 4 tahun ko tu apa la sgt???

400 pelajar upsi ambil IMSAK tak lulus apa cerita????? takkan tak cukup kot belajar 4 tahun????


ke sebab ko ni bodoh memantul2!!!!

byk makan semut n tgk taik ker????

Anonymous said...

Eh mpp bodoh nape xambik je kenyataan yg tahun 80an dulu. ko kan belajar falsafah pendidikan xkan xtahu kot pasal perubahan pendidikan. sia2 je sape undi ko.

Anonymous said...

nape la upsi ada mpp gni yang pemikiran jauh kebelakang. Owwww , banyakkan sikit membaca buku la, jangan la bagi pandangan mcm org xbelajar. Kecewa betul aku tdk kenyataan mcm tu. aku syak mpp ni xbanyak baca n xbanyak wat reserch la. ckap ikut sedap mulut je. alahai mpp upsi lemah gemalai je. kene tiup di angin dah melayang rasanye...

GERAKAN MANSUH DPLI/KPLI said...

woi bengong!!!

apa lu ingat lu belajar 1 tahun lu hebat sgt mengajar ker???macam hebat..

tahi meleleh pun tak tau nk bersihkan dah pandai nk kata org lain tak layak...

jangan duk riak ngan 1 tahun ko tu!!!


belajar sampai liang lahat dude!!
setakat 1 tahun ko tu apa la sgt???

3 tahun belajar jadi cikgu juga apa cerita????? takkan tak cukup kot belajar 3 tahun????haha-ijazah xlaku


ke sebab ko ni bodoh memenjol-flower horn!!!!

byk makan najis ker????

#diedit dari komen DPLi yg hebat -tp ayat yang ditulis mcm org igt dunia xigt akhirat..

sama-sama tawakkal said...

xtau perkembangan ke??memang pengambilan dpli dah dihentikan..skarang ni last batch...ape bukti yg student dpli xminat jd guru?ramai yg isi edu time nk ambil degree tp xdpt.ni la peluangnyer..bro, rezeki masing2 dah ditentukan la.kalau dapat jadi cikgu 2 dapat jugak..xyah nk salahkan kpli ke dpli ke....

Anonymous said...

askum...
btul lah mmp tu ckp,mase Hishamudin ckp ade 26 ribu kekosongn tu pd hujung tahun 2008..skang ni ujung tahun 2009...jd persoalannyer kt sni xkn le 26ribu tu dh penuh?..sian kita kena tipu ngn menteri...last2 kita gaduh sama2 kita...klu nk gaduh,gaduh ngn pemrintah le klu brani...haha..UPSI kan U yg akur kata pemerintah...mane brani..haha..last2 xdpt posting....1 malaysia le katakan...pangkah le lg..haha

Anonymous said...

sian la gerakan masukkan tuh kan. mcm kehilangan arah je

Anonymous said...

yg kamu smua ni ribut2 knp??
dah rezki masing2.. so terima ler..
kpli ke, dpli ke, ismp ke... semuanya sama saling kebergantungan.. nk jd cgu so kena la bersabar ek..

ni blm lg jd cgu, klu jd cgu entah camna kamu semua ni..
dah r dlm blog ni gn bahasa kasar entah apa... kecewa bakal guru yg berpandangan bgini n berperangai bgini..

inilah saya~ said...

ish.. apalah korang pegi kutuk cmtu sekali mpp upsi kita tu..

dia amik petikan tahun lepas sebab hishamuddin jnji thn depan iaitu tahun 2009 akan ada penempatan..

dan 26,000 masih belum diisi..

maksudnya tahun depan(2010) pun insyaallah masih akan ada lagi..

walaupun dia dah jd bekas menteri tp jnji dia masih perlu dikota tahun ini..

walau apa pun..kita tnggu apa kata muhyiddin..

sama2 berdoa..jgn bergaduh bertelagah cmni..tuhan x suka..
nmpak sgt x bersyukur dgn nikmat sedia ada..

kita kan dah dididik sebagai seorang guru..penuh dgn sikap keluhuruan budi pkerti..

semua ni ujian utk kita..
sbg guru, kita harus ada buah fikiran bg menyelesaikan masalah ni..
jgn menuding jari tp tnya diri sendiri...

fikir2kanlah..

Anonymous said...

bagus kata2 awk ni....jgn gaduh2...yg penting cari jalan pyelesaian k....HIDUP BN....

Anonymous said...

Tengok tu abg2 KPLI bercakap.riak semacam.suka2 hati guna perkataan yang menonjolkan kebodohan mereka yang belajar setahun dua je.kesian kan kat diaorg ni.nak gelak pun ada.hehehehehe.

aku dgr,bdk yg masuk DPLI and KPLI result bukan terrer mana pun.serius tak gempak result diaorg.tapi biasalah,org tua,nak kita respek,dok menipu kata result power.pensyarah pun semua meluat tengok student KPLI and DPLI.bodoh satu hal,sombong satu hal.siap pertikai macam2 yang lecturer cakap.tapi bila buat assingment mengelat.bagi bdk2 ISMP yg buat.student KPLI and DPLI nak present je.bila lecturer puji,diaorg yg ambik nama,cakap buah pikiran diaorg.tapi bila lecturer xpuas hati dengan presentation,bdk DPLI and KPLI jaja kata budak ISMP yg tak buat kerja.

Pengampu je budak DPLI.Pastu jadi batu api.tak faham aku dgn diaorg ni.

Anonymous said...

ape nih!
bila mase lak mpp tu amik petikan 1999? ke dah x tau kira matematik dgn jumlah 26 000 tuh. lain kali baca betul2 n buat research ckt. baling batu kena kt muka balik.... hahaha

Anonymous said...

kepada sape2 yg mengata mpp tu,rasanya bkn sume mpp mcm tu...yg 8 org tu je kot...dah lah bertindak tanpa berfikir pjg pastu apa yg dickp tak dibuat...ckp berapi semata-mata nak jg kepntingan sendiri.bkn nak jg kebajikan pelajar...bleh blah lah wei mpp kebajikan...bajet bagus!

Anonymous said...

Anonymous said...

ape nih!
bila mase lak mpp tu amik petikan 1999? ke dah x tau kira matematik dgn jumlah 26 000 tuh. lain kali baca betul2 n buat research ckt. baling batu kena kt muka balik.... hahaha

October 7, 2009 11:53 PM

aku slh taip tuh...bese r typing eror... anyway abaikan sj.. xptg pn bnda tue..


napa hangpa X AMBIK petikan dari menteri pelajaran thn 1999..

Anonymous said...

pembetulan yer..bukan 400 warga upsi yg gagal ujian insak..
400 org gagal dan 20 peratus-30 peratus daripadab 400 org adalah bdk upsi..so dlm 120 org jer yg gagal.dah upsi jer yang hantar ramai graduan pergi temuduga so bilangan yang gagal nampak ramai la...cuba kire yang berjaya...jgn hny cari buruk org...
xpyh la kutuk mengutuk...rezeki Allah berikan dimana-mana

Anonymous said...

dpli pn bkn bagos sgt..ada j yg xpndai ngaja bila kna observe.yg kantoi mngulang praktikum smpai 2 kali n lbih pn ada..sma j la..untung yg blaja 4taun.at least brusaha perkasakn diri.drpd blaja stahun tp nk riak xguna klu xleh aplikasi

Anonymous said...

nih, ko g cek dgn hep upsi berapa orang jumlah keseluruhan yang xlulus kpm, pastu ko cek plak, siapa yang x ditaja kpm. pastu ko cek plak apa kos yang xditerima kpm cam bm tuh baru thn ni diambil.agak2 berapa kerat je yang tinggal kan. ismp boleh, hehe

Anonymous said...

kesian budak ismp,,siap ade nama blog gerakan mansuhkan dpli/kpli..hehehe

Anonymous said...

Daripada dpli

Tolonglah jangan dibangga dengan 4tahun korang tuh. Kami ni belaja dah kat u 3tahun pastu sambung plak 1thn kat upsi ni. Satu lagi kitaorang otak pikap la sebab tu kerajaan ambik kami. buat apa kalu belaja 4 tahun tapi xlulus kpm. nak budak2 sekolah jadi xpandai ke. Ditekankan sekali lagi jangan keluarkan stetment berbaur diskriminasi. Kami hormat kamu n kamu hormat la kami. ismp mengapa merayu2 nak kan posting? yang xcukup syarat pun merayu-rayu jugak nak penempatan. Ai, kalu diberi rosak pelajar kat sekolah. Sekali lagi jangan keluarkan stetmet yang boleh memudaratkan anda!

Anonymous said...

salam.
melalui pengalaman dan pengamatan saya rata-rata guru lepasan kpli atau dpli malas mengajar dan kurang kemahiran mengajar.Impaknya pelajar tidak berminat untuk belajar.

CEKGU CEKGI said...

salam... sonok gak bace korang gaduh2 ni... terhibur lak... ni nk tanyer korang gaduh betol2 ker atau main2??? kalo main2 xpela... tp kalo serius mcm org xbetol jer... haha.. mcm diri sendiri jer yg paling pandai... diri sendiri jer yg hebat... huhu...

wes... same jelah dpli ngan ismp pom... xyah la gaduh2... bagus x bagus atas individu la... aku jd cg dah dekat 2 tahun dah.. xpenah lak timbul pasal perbandingan guru antara institusi atau pom dpli/ismp...

dah2 la yerk gaduh..
sekian...

Anonymous said...

cikgu berwawasan..

askum..maafla nak menyelit sedikit..
saya pelik kenapa kita nak gaduh2..sama-sama nak jadi cikgu, biarlah ikhlas..siapa yang berjaya alhamdulillah, yang tidak berjaya usaha lagi..semua kejadian allah ada hikmahnya..sebab hanya Dia yang tau apa akn jd pd ms hadapan..saya doakan kita semua dapat posting, yang penting hati mesti IKHLAS..jgn cuma bergaduh sal posting, belajar tah ke mana..