Tanjong Malim, 19 Okt – Pro Kebajikan UPSI, kumpulan mahasiswa UPSI yang mula mendapat perhatian sejak menang mengejut 8 kerusi termasuk 3 kerusi Umum pada Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu akan mempertimbangkan cadangan Biro Politik & Risikan kumpulan tersebut supaya tidak bertanding dalam PRK akan datang.
Cadangan tersebut dibentangkan Ketua Biro tersebut dalam satu mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Pro Kebajikan beberapa hari lalu.
Tindakan menarik diri dalam PRK akan datang disifatkan Biro tersebut sebagai langkah pilihan selepas mempertimbangkan beberapa perkara mengikut kajian yang dijalankan.
Dalam pembentangannya, Ketua Biro terbabit mengatakan, melalui risikan yang dibuat, sistem e-voting yang digunakan dalam pengundian berkemungkinan besar dimanipulasi pihak tertentu dalam memastikan calon Pro Kebajikan tewas.
Justeru katanya, adalah sesuatu yang agak sukar untuk menerajui kepimpinan MPP meskipun calon terbaik diletakkan selagi system tersebut digunakan.
Tambahnya, faktor lain yang mendorong kepada cadangan itu adalah bagi memberi penumpuan kepada organisasi lain yang lebih praktikal dalam pelaksanaan program-program yang selari dengan prinsip Pro Kebajikan.
Selain itu, biro tersebut juga mengusulkan sistem dwi tahunan yang mencadangkan Pro Kebajikan bertanding sekali dalam tempoh dua tahun.
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dikatakan menimbulkan pelbagai pandangan daripada ahli MT Pro Kebajikan.
Setiausahanya ketika mengulas perkara terbabit berkata cadangan itu masih belum diputuskan kerana beberapa faktor lain harus diambil kira.
“Perkara ini masih di peringkat cadangan kerana kita perlu menilai dari semua aspek sebelum membuat keputusan”,ulasnya
Ditanya adakah tindakan tersebut dipengaruhi faktor kekurangan calon untuk bertanding, beliau berkata, “setakat ini ramai yang menawarkan diri untuk bertanding atas nama Pro Kebajikan dan soal kurang calon memang tidak timbul”.
UPSI dijangka bakal mengadakan PRK awal tahun depan bersama-sama 4 kampus utama di Lembah Klang – UM, UKM, UPM, dan UIA.
12 comments:
Salam kepada pro kebajikan....
Saya sangat tidak bersetuju jika pro kebajikan memboikot prk kali ini. Satu kerugian yang besar jika prk ini diboikot. Pertamanya ialah amat sukar jika penguasaan sepenuhnya oleh aspirasi jika diberi kemenangan percuma. Hal ini juga sedikit sebanyak memgugat keadaan kampus jika diberi begitu sahaja. Bertanding la kerana hal ini juga sedikit sebanyak pro kebajikan mendapat pengalaman daripada tektik kotor dan memgalami keadaan baru. Jika ditambah dengan jangka masa hanya 1 tahun. hal ini sesungguhnya menjanjikan satu yang berharga dalam melahirkan bakal seorang pemimpin setahun sekali.dimasa ini la kita dapat melihat keberanian dan bakat kepimpinan para pelajar. Saya merasakan agar satu kerugian jika dilihat dari aspek keseluruhan. ini bukan kita tidak bermakna menempuh kesusahan. tetapi kita dalam proses belajar dan memahami selok belok politik. Menang atau kalah tu sudah menjadi adat. ingat la janji Allah bahawa kebenaran akan muncul juga...............
pantang menyerah sebelum kalah. PRO KEBAJIKAN PERLU TERUSKAN BERTANDING! kami perlukan pemimpin yang mewakili suara mahasiswa seperti yang telah tersedia 8 orang yang berjaya menjalankan tugas-tugas selaku mpp dengan baik. bukannya pemimpin hep yang hanya tahu duduk dalam bilik mpp tak buat keje. hidup pro kebajikan!
hahahaha. ni namanya tak cukup calon.
ambil langkah mudah dengan cari alasan.
pro Kebajikan hilang sengat!!!
salam...salam perjuangan...
sy merupakan bekas MPP sebuah IPTA di negara ini dan kini sedang berkhidmat di UPSI..
saya mohon kepada pro kebajikan, jangan mudah menyerah kalah...teruskan bertanding...mantapkan kepimpinan kita..jangan biarkan aspirasi mendalangi kepimpinan di UPSI...semakin rosak akhlak andaikata Aspirasi terus memimpin pelajar-pelajar di UPSI ini..contoh sudah ada - rashid-
so, berpantang maut sebelum Ajal..teruskan perjuangan demi anak-anak bangsa - anak kandung suluh budiman -
Tolong la bertanding..Saya nak lihat MPP sepenuhnya Pro Kebajikan yang pegang...Saya dan kawan2 betul2 nk tgk perubahan..
Pro Kebajikan mesti bertanding..saya sebagai pengundi nak Pro Kebajikan bertanding..Saya nampak anda memang mempunyai kesungguhan dalam membawa suara mahasiswa..Pro Kebajikan, kalau anda perlukan bantuan, beritahu kami, kami sedia membantu..kami nak anda bertanding...!!!!
come on la pro kebajikan...
jgn la tunjuk anda ini fanatik kpd politik pembangkang..biasanya yg suka2 boikot pilihanraya adalah cenderung kpd parti politik mcm PAS..adakah anda di dalangi oleh PAS..dari kaca mata pemerhati politik yg matang, akan terus melabel anda di dalangi oleh golongan yg mendapat nasihat drpd Parti Politik...tunjukkan neutral anda..jgn jadikan perkara ini sebagai bahan kempen pihak lawan anda yg sememangnyer terkenal dgn taktik kotor..
gunakan akal...jika hendak dedahkan perkara sebegini pun...tidak perlu "post" dlm blog alternatif anda ini..seolah2 anda telah mengangkat bendera putih sebelum berjuang..
percayalah, lawan secara intelek..jika anda bijak mencaturkan strategi, licik mcm mana pun taktik HEP..pasti anda dpt menembusinya..
byk2 lah membaca buku karangan Sun Tze "The Art of War".....harapa dpt membantu..seseungguhnya, musuh anda dlm keadaan lemah,,jgn dedahkan kpd musuh anda dlm keadaan ketakutan...
katakan tidak kepada Aspirasi(kualiti)..
Saya menyeru kepada pimpinan Pro Kebajikan sila hantar wakil anda dalam PRK kali ini.
Terbukti 8 orang team kebajikan yang telah menang menunjukkan kepimpinan yang mantap bukan sahaja kepimpinan kampus malah peringkat Nasional..
Bukan sahaja juara isu-isu kampus malah juga mnegunguli isu nasional.. Saya menyeru agar kebajikan jangan menyerah kalah..
Saya pernah ikut serta himpunan Pro Kebajikan yang pernah diadakan di satu tempat yang dirahsiakan. Saya yakin calon-calon yang diumumkan pada majlis tersebut seramai 21 orang itu mampu mengugat Aspirasi..
Teruskan memimpin...
Saya dan kawan-kawan sanggup berkempen utk calon kebajikan walaupun kami tidak kenal secara jelas siapa pemimpin kebajikan yang sebenar..
Anonymous said...
Salam kepada pro kebajikan....
Saya sangat tidak bersetuju jika pro kebajikan memboikot prk kali ini. Satu kerugian yang besar jika prk ini diboikot. Pertamanya ialah amat sukar jika penguasaan sepenuhnya oleh aspirasi jika diberi kemenangan percuma. Hal ini juga sedikit sebanyak memgugat keadaan kampus jika diberi begitu sahaja. Bertanding la kerana hal ini juga sedikit sebanyak pro kebajikan mendapat pengalaman daripada tektik kotor dan memgalami keadaan baru. Jika ditambah dengan jangka masa hanya 1 tahun. hal ini sesungguhnya menjanjikan satu yang berharga dalam melahirkan bakal seorang pemimpin setahun sekali.dimasa ini la kita dapat melihat keberanian dan bakat kepimpinan para pelajar. Saya merasakan agar satu kerugian jika dilihat dari aspek keseluruhan. ini bukan kita tidak bermakna menempuh kesusahan. tetapi kita dalam proses belajar dan memahami selok belok politik. Menang atau kalah tu sudah menjadi adat. ingat la janji Allah bahawa kebenaran akan muncul juga...............
October 19, 2009 6:03 PM
Anonymous said...
pantang menyerah sebelum kalah. PRO KEBAJIKAN PERLU TERUSKAN BERTANDING! kami perlukan pemimpin yang mewakili suara mahasiswa seperti yang telah tersedia 8 orang yang berjaya menjalankan tugas-tugas selaku mpp dengan baik. bukannya pemimpin hep yang hanya tahu duduk dalam bilik mpp tak buat keje. hidup pro kebajikan!
October 19, 2009 6:39 PM
KUALIti said...
hahahaha. ni namanya tak cukup calon.
ambil langkah mudah dengan cari alasan.
pro Kebajikan hilang sengat!!!
October 19, 2009 7:17 PM
Anonymous said...
salam...salam perjuangan...
sy merupakan bekas MPP sebuah IPTA di negara ini dan kini sedang berkhidmat di UPSI..
saya mohon kepada pro kebajikan, jangan mudah menyerah kalah...teruskan bertanding...mantapkan kepimpinan kita..jangan biarkan aspirasi mendalangi kepimpinan di UPSI...semakin rosak akhlak andaikata Aspirasi terus memimpin pelajar-pelajar di UPSI ini..contoh sudah ada - rashid-
so, berpantang maut sebelum Ajal..teruskan perjuangan demi anak-anak bangsa - anak kandung suluh budiman -
October 19, 2009 7:31 PM
Anonymous said...
Tolong la bertanding..Saya nak lihat MPP sepenuhnya Pro Kebajikan yang pegang...Saya dan kawan2 betul2 nk tgk perubahan..
October 19, 2009 7:38 PM
Anonymous said...
Pro Kebajikan mesti bertanding..saya sebagai pengundi nak Pro Kebajikan bertanding..Saya nampak anda memang mempunyai kesungguhan dalam membawa suara mahasiswa..Pro Kebajikan, kalau anda perlukan bantuan, beritahu kami, kami sedia membantu..kami nak anda bertanding...!!!!
October 19, 2009 7:40 PM
KANTOI ORANG YANG SAMA KOMEN..MR TELLER MANGKOK HAYUN PENIPU MUNAFIK BLOG SYOK SENDIRI
Kepada adik2 pro kebajikan...
Saya terpanggil untuk mencoret wadah buat kalian...
Walaupun saya dlm DPLI tetapi saya menyeru kepada anda supaya anda bersama-sama membina kekuatan di Universiti.. Kami bersama anada... bermaind i benak fikiran sana : 1.Pro Kebajikan tiada calon,. 2. Pro Kualiti (Aspirasi) semakin mantap jenteranya 3. Pro kebajikan takut KALAH? ( jangan berundur sebelum mencuba) 4.Pro Kebajikan telah berpecah?..
Mungkin benar apa yang saya dengar kalau anda tidak bertanding ini bermakna Pro kebajikan ada masalah dalaman.. apa perbalahan dikalangan ahli... ( makna kata memang berlaku la dikalangan kamu)
NAuzubillah...
BIAR DEMOKRASI TERUS SUBUR DI UPSI
ada benda yg disorokkan oleh pro kebajikan nie..diugut.??dianiaya??difitnah??aper2 jer la...
Post a Comment